BAB 3 ( EDIT )

49 6 5
                                    

ANGIN subuh mula mengelitik ketika dia bangun mengira usia hari. Air muka melukis kepedihan yang maha dalam.

Ruang redup dan damai basah itu membuatkan hatinya sayu dikerat hari.

Pada hari ini, hari sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia buat Arzhel, namun semua telah menjadi gelap dan muram.

Senyuman bahagia yang sepatutnya diukir pada hari ini bertukar menjadi muram dan tangisan.

Pada hari ini, hari dimana majlis pernikahan Arzhel Kaisar bersama wanita yang dia cintai, Nur Hawla tidak berlangsung dan musnah.

Semakin sayu hatinya dikerat tatkala minda ligat memikirkan semula kejadian dimana dia menjadi saksi Hawla menjadi isteri milik jejaka lain. Bukan Arzhel Kaisar.

Hatinya bertambah sayu saat sang ayah memberitahu tentang Hawla ditangkap khalwat pada malam pernikahan Hawla dan Yusuf.

Rasa derita ini usah dikata, mahu bernafas pun terasa sesak.

Arzhel mengusap dadanya dengan perlahan, dalam beberapa saat, dia membiarkan hatinya hanyut dalam kebisuan.

Tanpa Arzhel sedar, butiran mutiara jernih jatuh dan tumpah mengalir membasahi tulang pipi.

Air mutiara jernih itu semakin laju meluncur keluar tatkala anak mata Arzhel tertumpu ke arah baju pengantin yang seharusnya tersarung kemas di tubuhnya.

"Ya Allah, seksanya rasa ni..." Adu Arzhel sendirian.

Arzhel merebahkan tubuh kekarnya di lantai dan dia menangis tersedu-sedan.

Sungguh, dia terseksa dengan rasa cinta ini.

Dia cuba membuang rasa cinta ini, namun cinta ini semakin menjulang tinggi. Bahkan, rasa cinta ini semakin mekar tumbuh di dalam hati.

Arzhel membiarkan dirinya tanpa haluan saat kepedihan memaku perasaan.

Puan Aryna yang sedang berdiri di sebalik dedaun pintu kamar bilik sang anak menahan rasa sebak tatkala dia menangkap suara tangisan sang anak.

Luluh hatinya sebagai seorang ibu melihat anaknya dipermainkan oleh seseorang yang benar dia cintai.

Semakin luluh hati sang ibu mendengar suara tangisan dan rintihan sang anak.

Nak, janganlah kamu menangis dan merintih macam ni... Luluh hati ibu, nak... Anak ibu kena kuat, kan?

Puan Aryna menarik nafas dalam sebelum tombol pintu kamar tidur Arzhel dipulas dan dikuak perlahan.

Puan Aryna melihat susuk tubuh kekar anaknya sedang terbaring di lantai dan merintih sambil memeluk erat baju nikahnya.

Ya Allah, pinjamkan aku kekuatan-Mu..

Puan Aryna melangkah perlahan ke arah anak terunanya dan dia mengusap perlahan belakang anaknya.

"Zhel, jangan macam ni nak... Sebak ummi tengok kamu macam ni..." Pujuk si ibu.

Arzhel mengalihkan pandangan dan memandang ke arah sang ibu.

Dirinya kelihatan tidak terurus, nampak kusut. Matanya yang sembab dan garisan hitam mula melingkar di bahagian bawah mata.

"Ummi...." Panggil Arzhel dengan nada perlahan.

"Ya? Ummi ada dekat sini.. Janganlah macam ni... Sebak ummi tengok anak ummi macam ni..." Pujuk si ibu lagi.

Arzhel bangun dari baringnya dan kepala disandarkan ke bahu sang ibu.

Puan Aryna terus memeluk tubuh rapuh sang anak. Empangan air mata bertakung dan akhirnya terus pecah dan mengalir keluar.

Apollyon: The Shadow Of Revenge OGWhere stories live. Discover now