BAB 10

36 6 6
                                    

DENYUT jantung Arzhel kian berdebar. Malam ini, dia bakal melamar sang gadis pujaan hati, Haura Aneesa.

Wajah licin milik Aneesa ditatap dengan penuh rasa cinta, tanpa Arzhel sedari bahwa garisan bibir mengukir satu senyuman terselit semua kebahagiaan.

Melihat anak mata hazel Aneesa bersirna teruja melihat kawasan sekeliling yang dipenuhi bunga ros merah membuatkan hati Arzhel bersorak riang.

Nian, dia sangat bahagia.

"Arzhel, bawa Aneesa pergi ke meja makan. Semua dah ready," Suara Haidar di alat komunikasi di telinga Arzhel.

Arzhel memandang kamera litar tertutup dan mengangguk. Di sebalik kamera itu, Farhan tersengih mengusik melihat gelagat resah Arzhel di komputer.

"Aneesa.." Seru Arzhel dengan penuh rasa gemuruh.

Aneesa menoleh ke belakang berserta senyuman gembira. "Ya?" Balas Aneesa.

Arzhel tersenyum nipis.

"Jom kita pergi ke meja makan, nak?" Soal Arzhel.

Aneesa mengangguk dan mendekati Arzhel. Sebaik sahaja Aneesa mendekati Arzhel, Aneesa mengukir senyuman gembira.

Dup dap!

Senyuman manis yang indah terukir membuatkan jantung Arzhel berdegup laju bagai mahu meletup.

"Jom Arzhel. Saya pun lapar ni," Ajak Aneesa.

Arzhel mengangguk dan tersenyum.

Mereka berdua berjalan bersama menuju ke arah meja makan, di mana di situlah Arzhel akan melamar Aneesa.

'Ya Allah, permudahkan lah urusanku' Bisik hati Arzhel dengan penuh harapan.

Mereka berdua berjalan menuju ke arah meja makan, sebaik sahaja mereka sampai di meja makan, mereka berdua melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

Anak mata Aneesa bersirna tatkala dia melihat kelopak bunga ros yang bertaburan di atas meja, lilin yang menerangi meja makan itu dan aroma makanan yang terhidang di atas meja itu memasuki rongga hidung.

Kecut air liur Aneesa melihat makanan yang terhidang di atas meja makan itu.

"Ya Allah, nampak sedap betul semua makanan ni kan?" Tanya Aneesa.

Arzhel mengangguk dan tersenyum kelat.

"Um, sebelum kita makan, boleh saya nak cakap sesuatu?" Pinta Arzhel.

Dahi Aneesa berkerut seribu dan teragak-agak Aneesa menjatuhkan kepalanya.

"Haura Aneesa, malam ini dan detik ini saya mengaku bahwa saya benar-benar mencintai awak. Awak adalah gadis yang mampu membuka pintu hati saya selembut surah Ar-Rahman. Setiap kali saya berdoa, saya mesti akan selitkan nama awak dalam doa saya dengan penuh harapan,"

"Harapan bahwa awak ialah takdir untuk saya. Haura Aneesa..Sudi tak awak menjadi isteri saya yang sah untuk menjadi bidadari syurga saya hingga akhir hayat saya?" Lamar Arzhel dalam satu nafas.

Aneesa terkelu tatkala Arzhel mengeluarkan kotak baldu cincin berwarna merah dan ada cincin emas di dalam kotak itu.

Arzhel menatap wajah Aneesa dengan penuh harapan. Namun, Aneesa diam membisu memandang kotak cincin itu.

Riak wajah Aneesa membuatkan hati Arzhel luluh. Kelopak mata terasa panas. Kau, tak terima lamaran aku ya?

Arzhel tersenyum pahit dan dia menarik kotak cincin itu dengan penuh rasa sebak.

"Kalau awak tak terima lamaran saya.. tak apa.. Saya tak paksa awak untuk terima.. lamaran saya.." Suara Arzhel dengan nada serak.

Pantas kepala Aneesa menggeleng. "Saya sudi!" Jawab Aneesa dengan yakin.

Apollyon: The Shadow Of Revenge OGWhere stories live. Discover now