"Aneesa boleh ke jalan tu?" Soal Puan Amora dengan nada risau. Semenjak anak daranya discharge, sampai sahaja di rumah dia terus aktif berjalan.
"Boleh mama. Cuma, rasa pedih sikit aje. Jangan risau, Aneesa tak apa-apa. Kalau sakit, Aneesa bagitahu mama." Jawab Aneesa lalu dia memgenyitkan sebelah matanya.
Puan Amora mendengus kasar. "Sudah lah tu nak berjalan, baik kamu duduk sini berehat." Pujuk Puan Amora.
"Tak apa! Aneesa tak rasa nak duduk lagi, Aneesa rasa nak berlari marathon sekarang!" Balas Aneesa dengan nada riang.
"Jangan nak mengada! Duduk dan rehat sekarang! Mama dan papa risau tahu tak?" Ujar Puan Amora dengan tegas.
"Mama dan papa jangan risau. Anak dara mama dan papa ni kuat!" Jawab Aneesa.
Puan Amora yang baru sahaja mahu mendekati Aneesa terus memberhentikan langkahnya. Puan Amora tersengih sebelum dia berlalu pergi menuju ke ruangan dapur. Aneesa kelihatan bingung.
"Mama! Mama nak pergi mana?" Soal Aneesa. Namun, Puan Amora menghiraukan soalan itu dan Puan Amora tersenyum sinis.
"Mama, tunggu Aneesa!" Jerit kecil Aneesa lalu dia cuba mengejar langkah besar Puan Amora.
"Nak pergi mana?" Soal satu suara serak basah dalam nada tegas dari belakang Aneesa. Aneesa tersentak. Dia amat mengenali gerangan suara itu.
Aneesa menoleh ke belakang dan kepala didongak memandang raut wajah sang jejaka.
"Saya nak pergi dapur. Kenapa?" Soal Aneesa lalu tangan disilangkan ke dada.
"Awak tu tengah sakit, tak sembuh lagi luka tu. Cuba duduk diam. Mama awak bagitahu saya yang awak tak reti nak duduk dan rehat! Bahaya tahu tak?" Suara Arzhel dengan tegas.
Aneesa menggulingkan bebola matanya. Menyampah. Kerana luka di bahagian perutnya boleh tahan dalam, apa sahaja yang dia lakukan pasti akan ada pemerhati.
Mama pula, sengaja bagitahu Arzhel!
"Saya bosanlah asyik duduk diam saja. Saya nak juga berjalan-jalan. Saya tak apa-apa pun, awak jangan risau!" Ujar Aneesa bersungguh.
Arzhel menggeleng.
"Awak tu tengah sakit dan awak tak sihat sepenuhnya. Jadi, lebih baik awak duduk dan rehat sekarang." Tegas Arzhel bersuara dan dia menuding jari ke arah sofa.
Kepala Aneesa menggeleng laju. Dia tidak mahu. Masih degil, tak tahu lah apa yang dia telan sewaktu dia kecil. Degil betul.
"Haura Aneesa bt Harzan Aqil. Duduk sekarang." Arah Arzhel. Namun, Aneesa menggeleng. Bibir dimuncungkan sedepa. Masih berdegil, tidak mahu duduk.
Arzhel berdecit geram. Ya Allah, demi kau Aneesa, sanggup aku bekerja separuh hari.
"Saya tak nak! Tak faham ke? Ish!" Bentak Aneesa. Kaki dihentakkan perlahan pada marmar lantai tanda protes. Kalau mahu menghentak kuat kakinya, ada yang terbuka jahitan di bahagian perut.
"Ya Allah, degil betul lah awak ni. Baik, sekarang apa yang perlu saya buat untuk awak duduk?"
Anak mata Aneesa terus bersirna sebaik sahaja dia mendengar ujaran Arzhel. Akhirnya, dia boleh menggunakan peluang keemasan ini.
"Bawa saya keluar jalan-jalan, boleh?" Jawab Aneesa lalu kening dijongketkan beberapa kali.
"Tak ada benda lain ke? Cuba minta benda la-"
"Saya naik kerusi roda dan awak tolak!" Sampuk Aneesa dengan penuh semangat.
"Naik kerusi roda? Betul awak nak naik kerusi roda dan saya tolak?" Tanya Arzhel, ingin kepastian.
YOU ARE READING
Apollyon: The Shadow Of Revenge OG
RomansaApollyon, nama yang membawa maksud si penghapus atau pemusnah. Dengar sahaja nama Apollyon di ulas bibir seseorang, ramai orang akan menjadi gerun. Tidak akan ada siapa yang akan berani mahu terserempak sekalipun bertentang mata dengan jejaka mister...