Dee

7 1 0
                                    

Terkial-kial jiwa yang layu itu bersiap-siap apabila tibanya sang rerama berkelopak merah jambu. Dulunya ampuh terkunci hanya kerana ingin menantikan kehadiran seorang dewi akan tetapi apa yang hinggap itu lebih unik dan asli.

belum pernah menemukan wajah, zat dan sifatnya, aku hanya dapat mendengar debunga-debunga yang terhasil daripada suara yang terbibit dari mulutnya,

pelik bukan?
kerana hanya dengan itu atma yang layu ini tiba-tiba bersemi
hanya kerana dengan itu juga aku mula terkesan
belum terjatuh tapi diambang kejatuhan
benteng ego luluh

dan kalini aku berasa lebih yakin untuk jatuh kerana aku yakin bahawa aku akan disambut oleh sang rerama berkelopak merah jambu.

izinkan waktu pertemukan aku dengan mu
dan pada waktu itu,
aku berharap agar kau sudi menginap terus disini
kita bina rumah bersama
kita jalani hari-hari sepi juga hari-hari happy bersama

bismillah,
sang rerama kelopak jantung

DWhere stories live. Discover now