Malam ini,
tiada apa yang ingin aku coretkan
sekadar hanya tarikh yang ingin aku pahatkan
agar nanti,
apabila sang rerama berkelopak merah jambu
membaca nukilan aku ini,
dia tahu yang
kita sudah berjaya mengharungi
tiga bulan pertama
malah sekarang sudah lebih tujuh haritiga bulan itu,
agak sesak buat kita
seperti air yang bergelora di lautan
apabila cuaca mendung kegelapan
akan tetapi,
tetap ada cerahnya juga seperti
baskara pagi yang muncul selepas subuhselamat malam sayang
aku tidur dulu
YOU ARE READING
Dia; Dee-a
PoetrySemua Cerita Tentang Dee. Sang Rerama berkelopak merah jambu yang hinggap di jiwa aku ketika hati kian layu menunggu masa untuk membatu.