D I M E N S I (bab 1)

5 3 0
                                    

KL Freehold Condominium Kuala Lumpur

Redza sedang bertafakur. Sambil memandang ke hujung ufuk. Bilangan biji tasbih diusap satu persatu dengan bisikan zikrullah. Sahabatnya, Haikal memperhatikannya dari tadi. Ingin saja diajak berbual tapi melihat gaya sahabatnya, menggagalkan hasratnya untuk berbual dengannya. Redza seolah sedang memikirkan yang kalut melanda Malaysia. Seumpama terjadinya bencana alam.
    “Kalau nak borak tu, ajaklak. Aku tak marah pun.” Redza menoleh sahabatnya yang berdiri tidak jauh darinya.
    “Melihat kau khusyuk berzikir tu, tak berani aku nak meningkah.” kata Haikal sambil berjalan menghampirinya dan berdiri disebelah sahabatnya yang gemar berzikir.
Seketika sunyi suasana. Seperti sahabat yang baru kenal semalam. Redza dan Haikal sudah lama bersahabat semenjak zaman sekolah. Redza orangnya sederhana. Impiannya ingin menjadi penulis terkenal. Tapi semua hasil penulisannya tidak diendahkan. Bahkan, ada yang menghina tatabahasanya yang teruk seperti tulisan dicakar ayam.
    “Kau tak sambung buat novel lagi?” Haikal mengimbau kenangan lama yang pahit ditelan. Dia tahu semua hasil novel sahabatnya itu sangat bagus. Tapi, mungkin mereka yang menilai buta sebelah.
    “Tak tahu Haikal.” sambil menghembus nafas yang ditahan lalu dikeluarkan.
    “Jadi.. kau menyerah macam tu je?” sengaja Haikal mengatakan seperti itu. Untuk menaikkan lagi semangat sahabatnya yang terlihat putus asa itu.
    “Tak. Aku tunggu ilham dari langit.” sahut Redza dengan seulas senyuman memandangnya.
    “Maksud kau?” ternyata Haikal tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Redza.
Redza memandangnya tanpa membalas pertanyaannya. Hanya senyuman dibibir yang mengukir segala jawaban. Redza melihat jam tangannya, sudah pukul 1:05pm. Waktu zohor hampir masuk. Haikal diajak untuk berwudhu diawal waktu sebelum azan berkumandang. Sepanjang bersama Redza, banyak kebaikan yang dia dapat.

Seusai solat, mereka bermunajat. Sekaligus Redza meminta petunjuk kepada ALLAH bagi memberikan idea untuk menghasilkan sebuah novel yang boleh mengubah garis hidupnya.
    Mereka mengaamiinkan doa serentak. Sudah lama Haikal tidak melihat Redza keluar bersama Irdina. Sejak Irdina keluar negara. Irdina sahabat karib mereka. Dialah yang membantu Redza mengembangkan lagi hasil buku novelnya.
    Tapi, ini semua ketentuan ALLAH. Hasilnya tidak laku. Bahkan, belum lagi dijual dipasaran. Baru diselidik, diperiksa secara teliti, terus ditolak serta-merta. Hampir 5 tahun Redza berusaha dengan gigih. Namun keuntungan tidak menyebelahinya.
    Haikal juga pernah menghantar hasil buku novel ke arah Syarikat Grub Buku Promo. Tapi mereka menolaknya. Atas alasan cerita itu tidak menarik dan bosan ketika dibaca. Banyak komentar-komentar negatif dari orang yang berpengalaman. Tidak pula Redza putus asa untuk meraih cita-citanya ingin menjadi penulis terkenal.
    Redza dan Haikal makan malam dengan makanan biasa sahaja. Orang bujang, akan makan apa saja yang ada di dapur. Tidak memilih ketika perut sudah bergetar kelaparan. Selesai makan, mereka sempat lagi berbual kosong mengenai Irdina yang lucu itu.
    Di beranda, Redza berdiri dengan melihat keindahan malam. Dibiarkan angin menghempas tubuhnya. Dingin yang begitu sayu ibarat angin menghembus impiannya sejauh mungkin. Bintang-bintang berkelipan menghiasi langit bumi. Haikal menjenguk di luar. Dan menghampiri sahabatnya yang sendirian disitu. Sempat lagi dia melihat sekilas di dinding, melihat jam sudah ke arah 9:50pm.
    “Mengelamun nampak? Macam orang dilanda rindu.” Haikal berdehem berkali-kali. Saja ingin mengusik sahabatnya.
    “Apa salahnya jika aku rindu seseorang? Rindu itu kan fitrah.” Redza tertawa kecil dengan jawabannya sendiri.
    “Iya. Tapi.. kau rindu siapa? Irdina?” duga Haikal. Sebab, hanya Irdina sahaja yang mereka kenal.
    “Bukan dia, Haikal.” ternyata tekaannya salah.
    “Habis tu siapa? Mana ada lagi wanita selain Irdina kenalan kita.” balas Haikal yang merasa curiga dengan Redza. Entah siapa yang dirinduinya.
    “Aku pun tak tau. Tapi hati aku rasa rindu.. rindu yang tak dapat dirungkai. Belum masanya.” Haikal menggaru kepalanya dua tiga kali.
    “Maksud kau? Aku tak faham.” Haikal melontarkan soalan.
    “Entahlah Haikal. Aku cuma pasrah kepada ALLAH je.” ringkas tapi padat jawaban Redza. Andai tiada jawaban, pasrah dan tawakallah sebagai pendinding bagi soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia. Haikal cuma angguk kepalanya sambil mendongakkan kepala ke langit. Sesekali bulan penuh dihadang oleh awan kelabu. Mungkin akan hujan sebentar lagi.

DimensiWhere stories live. Discover now