Pendamar Indah 2, Selangor
Redza dan Haikal terkaku apabila melihat kemarahan Fitri meledak dek boom. Cetusan gundah merubah segalanya. Fitri tidak seperti dulu yang lembut, keanggunannya menyerlah. Kini, bertukar kusam dan kuat marah. Agresif sehingga tidak fikir risikonya. Redza sudah cuba mengetuk pintu bilik kakaknya, tapi tidak dipedulikan. Hanya satu teriakan sahaja yang dia dengar 'Pergi!'. Redza tidak mahu memaksa lagi.
Kemudian Redza mengatur langkah perlahan-lahan dan menoleh semula. Berharap kakaknya berubah fikiran. Ternyata tidak. Redza pun pergi ke ruang tamu dan keluar ke beranda rumah. Angin hembus seiring dengan kedukaan jiwa. Sesekali nafas berhembus lembut. Mengeluarkan sisa jiwa yang gundah gulana. Hanya zikir yang mampu mengobat luka batin seseorang.
Haikal menjenguk. Melihat sahabatnya berseorangan di beranda dia merasa terpanggil untuk memujuknya. Dia berdiri disebelah sahabatnya. Siapa tahu sahabatnya mahu berganding bahu melewati ujian dan masalah ini. Tapi Redza lebih memilih untuk diam. Hanya nafas sahaja di dengarnya. Ia mendongakkan kepalanya ke langit. Tiada bintang-bintang yang berkelipan. Bulan tidak menghiasi langit.
Gelapnya suasana malam seperti suram. Tiada terpamer keindahan dilangit. Hanya warna hitam menerusi di atas langit. Terdengar bunyi katak seolah ingin memanggil hujan. Suasana hening menghampakan Haikal. Dia berharap, sahabatnya itu berkongsi segala yang terpendam di dalam hati.
“Redza.. kau sahabat aku dari dulu sampai sekarang.” akhirnya Haikal tidak dapat menahan diri dari kebisuan. Terpaksa ia mendahulukan pembicaraan.
“Iya, benar. Kau satu-satunya sahabat yang memahami aku meskipun kau tak sabar menanggung segala pertanyaan.” terkebil-kebil mata Haikal mendengar ucapan Redza seolah dia tahu apa yang dia tahankan.
“Berat sama dipikul, Redza. Jangan biarkan diri kau memikul beban sendirian. Kau ada aku. Kongsilah dengan aku.” pinta Haikal. Dia juga mahu membantu sahabatnya yang berduka itu.
“Tak mengapa, Haikal. Aku masih ada ALLAH.”
“Aku tau tapi kau tak kan sanggup mengharungi semua ni keseorangan.”
Dikala ini Redza terdiam. Tidak mampu berkata-kata. Seolah lidahnya dipotong. Haikal pun membisukan bicara. Biarlah sahabatnya sendiri bersuara meminta pertolongan darinya. Walau dia tahu, Redza suka menghadapinya sendirian. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain. 'Ujian itu sangat dirindui oleh orang-orang beriman' Kata Redza semasa suatu ketika dahulu. Haikal masih ingat kata-kata sahabatnya itu.
'Apa pun yang terjadi, hanya kepada ALLAH aku berserah diri' ucapan Redza masih terngiang-ngiang meskipun sudah lama ditelan zaman. Kesabaran Redza sungguh luar biasa. Tidak semua orang akan mampu memiliki sabar yang tinggi. Ketaqwaan semakin bertambah, maka ujian juga semakin berat. Tapi jika redha kepada ALLAH, semua itu senang diatasi.Sepertiga malam mengejutkan Redza. Dia merasa terpanggil untuk melakukan solat sunat Tahajjud. Tanpa membuang masa, Redza bangkit dan mengambil air wudhu. Lalu mendirikan solat sunat dua rakaat seperti lazimnya. Selesai sahaja bermunajat kepada ALLAH, dia menyambung lisan dengan zikrullah. Hanya itu sahaja yang dia lakukan. Tanpa rasa jemu dan bosan. Jika manusia bosan berzikir, ALLAH tidak bosan mendengar.
Redza terhanyut dalam kekhusyukannya. Dunia dilupakan seketika. Tiada dunia dalam jiwanya. Hanya ALLAH yang diutamakannya. Tidak semena-mena air mata yang jernih itu bercucuran. Bukan kerana beratnya ujian, tapi kerana takut kepada ALLAH Yang Maha Kuat. Redza merasa dirinya banyak dosa. Dengan hati yang ikhlas itu dia redha atas apa yang menimpa pada dirinya dan keluarganya.
Saat Redza asyik berzikir memuji ALLAH dengan tangis yang masih berlinang, ada satu bisikan yang membuatkan Redza teralih khusyuknya. 'Tolong aku... Tolong... Tolong aku Redza..' bisikan itu seolah-olah berada disebelahnya. Redza membuka kedua kelopak matanya. 'Redza.. tolong aku.. aku terperangkap..' bisikan itu masih terdengar ditelinganya. 'Siapa tu?' Redza membalas dengan nalurinya. Dibalas dengan batin. Dia menutup kembali kedua kelopak matanya. Cuba meraih pendengaran dengan lebih jelas lagi. 'Redza.. tolong aku.. aku terperangkap..' suara bisikan itu teramat sayu didengar. Tapi, Redza seakan tahu suara itu milik siapa. Tidak pula dia berani menyimpulkannya. 'Terperangkap?' tanya Redza dengan suara batin. 'iya aku terperangkap.. hanya kau sorang je yang boleh bantu aku..' jawab suara bisikan itu. Bila Redza tanya siapa pemilik suara itu, bisikan itu tidak terdengar lagi.
Berkali-kali Redza memanggilnya, tidak muncul-muncul lagi. Entah siapa yang empunya bisikan itu.
“Ya ALLAH, apakah ni semua petunjuk dariMU?" Sebagai manusia biasa, Redza tidak mampu merungkai segalanya. Hanya ALLAH yang tahu segala-galanya.
Redza pun mendirikan solat istikharah. Mumpung masih ada waktu. Seusai solat, dia bermunajat meminta petunjuk dari ALLAH. Lalu dia berzikir. Siapa tahu ada ALLAH memberinya petunjuk saat dia khusyuk berzikir. Gerak hatinya terasa aneh. Segumpal daging dalam jasad seperti disiat-siat, dicucuk-cucuk. Redza segera beristighfar.
30 minit sebelum waktu subuh, Redza beristighfar sesungguh hati. Beristighfar menjelang subuh adalah amalan terbaik menurut para ulama. Boleh berzikir, membaca Al-Quran, solat malam tapi yang terbaik, adalah istighfar menjelang subuh. Istighfar yang paling dahsyat adalah Sayyidul Istighfar.
YOU ARE READING
Dimensi
ActionDimensi Seorang lelaki ~ Redza.. terjebak di suatu tempat yang indah dan aneh. Tidak pernah dia melihat alam seindah ini. Awalnya.. berniat merantau melalui laut, demi mencari inspirasi membuat buku novel. Sebaliknya berlaku, akibat terjahan dari om...