Syarikat Tinta Novel, Selangor
Sejam perjalanan, akhirnya Redza sampai di Syarikat Tinta Novel berdekatan dengan kedai Cafe Olley'man, pemiliknya berasal dari Turki. Syarikat Tinta Novel sungguh besar. Kemungkinan perniagaan mereka maju. Mesti semua hasil jualan novel mereka laris dipasaran. Redza pun masuk ke dalam syarikat itu. Indah dan mewah tempat itu. Lantainya sahaja batu Marmel. Banyak orang di dalam bangunan itu. Sibuk melakukan tugas masing-masing. Dan ada juga pembersih lalu lalang disitu. Redza bertanya pada kaunter yang tidak jauh dari tempat ia berdiri.
“Assalammu'alaikum.” salam Redza dijawab oleh seorang pekerja perempuan disitu.
“Ada apa yang boleh saya bantu?” peramah pekerja-pekerja disitu. Lebih beradab dan sopan santun.
“Kita mahu berjumpa dengan pemilik syarikat ini.”
“Ada apa Tuan mau menemui Mr. Poli?” Redza terkejut bukan kepalang. Dia fikir syarikat ini milik orang islam. Rupanya bukan.
“Kita mau melamar kerja.” sahut Redza.
“Tunggu sebentar, saya akan menghubungi Mr. Poli.” Redza cuma angguk. Pekerja perempuan itu mengangkat gagang telefon dan berbicara dengan Mr. Poli yang empunya Syarikat Tinta Novel. Setelah berbicara, pekerja perempuan itu meletakkan gagang telefon semula.
“Mr. Poli meminta supaya tuan pergi ke biliknya.”
“Biliknya dekat mana?”
“Tingkat 5. Belok kiri dan hujung sekali sebelah kanan.” Redza pun mengangguk kepalanya seraya mengucap terima kasih pada pekerja itu.
Redza pun menaiki lif. Kalau ikut tangga, lama lagi. Pintu lif pun terbuka. Sudah sampai ditingkat 5. Redza ikut arahan yang diberikan tadi. Redza belok ke kiri. Banyak bilik disitu. Ada juga pekerja yang tercengang melihatnya disitu. Salah seorang pekerja perempuan — Anita yang bekerja disitu hampir 3 tahun. Anita menghampiri Redza yang meninjau disitu. Seolah kepala kura-kura melihat suasana sekeliling.
“Hai, may i help you?” suara Anita halus seperti bunyi angin yang bersiul di petang hari. Redza menolehnya.
“Kita mau mencari Mr. Poli.” sahut Redza dengan senyuman.
Anita pun membawa Redza pergi ke bilik Mr. Poli. Lalu dibawa masuk ke dalam bilik majikannya. Mr. Poli sedang mengetik-ngetik keyboard komputer dengan pantas. Bilik itu sederhana sahaja meskipun syarikatnya besar dan mewah. Mr. Poli menyuruh Anita untuk keluar. Biar dia bersendirian dengan Mr. Poli. Anita angguk dan melanjutkan jalannya pergi keluar.
“Have a sit.” Mr. Poli mempelawanya dengan isyarat tangan ke sofa itu. Mereka berdua pun duduk di sofa berwarna putih. Tebal dan empuk. Kaki kanan Mr. Poli menyilang ke kaki kiri. Tangannya disatukan diantara jari jemarinya. Tatapannya tajam menikam.
“Ada apa mahu berjumpa dengan saya?” tanya Mr. Poli.
“Kita mau lamar kerja, tuan.” Mr. Poli kagum melihat Redza yang beradab ketika berbicara. Selama ini, dia hanya jumpa manusia yang seusia dengan Redza, tidak beradab dan lebih kurang ajar.
“Kerja apa yang encik mau lamar?”
“Kita mau kerja sebagai penulis novel, tuan.”
“Penulis novel? Siapa nama kamu?” tanya Mr. Poli sambil menurunkan kaki kanan yang disilang tadi.
“Nama kita Redza. Redza bin Hasan.” jawab Redza.
“Kenapa mau menjadi.. penulis novel?” Siku tangan Mr. Poli diletakkan diatas lutut. Badannya sedikit menurun. Jari Mr. Poli berada di depan, dibentuk segi tiga sama. Matanya menjurus ke arah mata Redza.
“Kita minat dengan novel, tuan.” Mr. Poli diam membisu.
“Dah banyak novel kita buat tapi.. syarikat lain menolaknya.” melihat Mr. Poli diam, terpaksa Redza memberitahu.
“Oh, kamu pernah buat novel?” Redza mengangguk.
“Kamu minat novel atau... Terdesak?” mendengar pertanyaan Mr. Poli, jantung Redza berdegup kencang. Tapi masih mampu mengawal emosinya.“Begini Redza, menulis novel ni kena tenang. Bukan kerana terdesak. Hati dan minda kena lapang. Kemungkinan.. novel yang kamu buat selama ni.. takde isi. Lebih kepada karangan yang.. macam budak sekolah tadika.” kata-kata Mr. Poli sungguh menyakitkan hati Redza. Tapi dia tetap sabar. Mungkin ini sebuah nasihat yang berguna untuknya.
“Menulis novel memang senang. Ramai anak muda mereka-reka cerita dan terhasillah sebuah novel. Tapi.. kalau takde isi penting, aksi atau macam-macam ragam keajaiban, cinta, hanya karangan yang dijadikan sebagai.. landasan novel, semua tu tak menjadi, Redza.” lanjut Mr. Poli.
“Saya bukan menghina, kamu memang ada prestasi. Ada kejayaan dimasa depan menerusi karya kamu. Tapi, kamu harus tahu selok belok mengenai novel. Novel? Bukan sekadar menulis, tatabahasa, tapi mengandungi juga aspek-aspek dasar bagi novel. Kalau setakat menulis, semua orang boleh.” Mr. Poli cuba menjelaskannya.
“Jadi, apa yang tuan nak kita lakukan?” tanya Redza yang dari tadi hanya diamkan diri.
“That question, its suppose to be on you, Redza. Apa yang kamu nak lakukan?” kali ini Redza terdiam membisu. Tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi. Muncul satu persoalan di benaknya.
“Selama ni.. tuan menulis sebuah novel berdasarkan pengalaman?” Mr. Poli terbelalak juga matanya. Bagaimana Redza dapat tahu mengenai hal itu. Sejurus Mr. Poli berdiri dan duduk disebelah Redza.
“How you know about that?” Mr. Poli mula rasa tertarik dengan Redza.
“Tuan kata.. menulis novel bukan hanya sekadar menulis atau tatabahasa dan lainnya. Kemungkinan dari jalan ceritanya. Lebih menarik lagi apabila kisah cerita tu dari pengalaman sendiri.” Mr. Poli menepuk tangan berkali-kali.
“Brilliant! Tak sangka kamu bijak memahami kata-kata saya yang berbelit.” puji Mr. Poli. Redza hanya senyum. Tidak balas pujian itu.
“Baik. Saya akan mengambil kamu bekerja disini.” Redza seolah tidak percaya.
“Betul ke tuan?”
“Iya, betul. Jangan panggil saya tuan, just call me Mr. Poli.” Mr. Poli menyentuh bahu Redza. Redza berterima kasih pada Mr. Poli kerana sudi menerimanya kerja disyarikat ini.
YOU ARE READING
Dimensi
ActionDimensi Seorang lelaki ~ Redza.. terjebak di suatu tempat yang indah dan aneh. Tidak pernah dia melihat alam seindah ini. Awalnya.. berniat merantau melalui laut, demi mencari inspirasi membuat buku novel. Sebaliknya berlaku, akibat terjahan dari om...