Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Matahari kian menderang, langit yang gelap kini terang disinari pantulan cahaya matahari mendatang. Seakan kegelapan tenggelam ke dasar lautan. Ketika ini, Aminah masuk ke bilik Irdina dan menyingkap tabir. Sinar cahaya menyakitkan anak mata Irdina walau kelopak matanya masih tertutup.
Irdina membungkus diri dengan selimut tebal bergambar barbie itu.
“Sayang.. anak mama, bangun. Dah jam 8:00 ni. Lekas bangun.” Aminah duduk disebelah anak kesayangannya itu. Sambil menggerak-gerakkan tubuh anak manjanya itu. Aminah mengalihkan laptop anaknya di atas meja bersebelahan dengan katil.
“Kejap lagilah mama, Irdina ngantuk.” suara Irdina tidak berapa kedengaran. Ibarat suaranya dikurung.
“Takde-takde. Bangun cepat.” Aminah terus tarik selimut Irdina. Cahaya itu menyakitkan anak matanya.
“Eeeeee mama....” rungut Irdina.
“Bangun cepat. Kita nak pergi Selangor pagi ni.” selajur Irdina bangkit dari baringnya. Dan menggosok matanya dua kali.
“Buat apa ke Selangor mama?” dalam keadaan wajah yang masih mamai itu, Irdina menanyakan soalan.
“Melawat akak Redza. Dah, pergi mandi. Cepat. Mama dan papa tunggu dibawah.” Sempat lagi Aminah menguis hidung anaknya sebelum meninggalkannya.
Setelah kelibat mamanya tidak kelihatan, Irdina cepat-cepat mengemas katilnya dan mengambil tuala disangkut di tempat sangkutan di dinding. Betapa gembiranya hatinya pergi ke Selangor untuk menemui kakak Redza. Tapi lonjakan kegirangan bukan pada kakak Redza, lebih ke arah Redza. Baru semalam dia merindui sahabat istimewanya, kini pagi ini hendak belayar menuju ke kerinduannya.
Irdina membersihkan diri dan menyikat rambut setelah kering. Lalu memakai baju lengan panjang dan berseluar pendek diatas lutut dan memakai stokin berwarna pink. Mama dan papanya tidak pula menegur cara pemakaian anaknya. Kerana dari dulu lagi Irdina suka berpakaian semacam gaya orang barat.
Mereka pun pergi ke Selangor untuk menemui keluarga Redza. Dalam perjalanan, Irdina menurunkan cermin kereta disebelahnya. Mengeluarkan separuh tangan, merasai angin yang berhembus kuat kerana kelajuan kereta yang dipandu oleh papanya. 'Sebentar lagi.. aku menemui buah hati aku. Hehe.' bisikan hati yang terlalu gembira. Menemui Redza seperti menemui pangeran raja yang ingin dilamarnya.
Irdina mengelamun panjang sambil jari-jemarinya bergerak-gerak merasai setiap hembusan angin. Terasa sejuk di dada. Sesekali rambut Irdina dihempas oleh angin. Keanggunannya juga tiada tolak bandingnya. Cantik serupa seorang puteri. Saat kereta itu berhenti, kerana lampu isyarat berwarna merah, ada sebuah kereta disebelahnya. Dipandu oleh orang tua seumuran dengan papa atau mamanya.Dibelakang pemandu ada seorang lelaki yang kacak sedang bermain telefon. Irdina dapat agak, lelaki itu sedang bermain game. Kerana telefon lelaki itu melintang. Cermin kereta itu disingkap, oleh itu Irdina dapat melihat dengan jelas. Sesekali lelaki itu marah membentak. Kedengaram suaranya memaki hamun.
'Bongok, fasal game pun nak marah-marah' bentak hati Irdina setelah melihat kebentakan lelaki itu.
Lelaki itu menoleh ke arahnya. Irdina pura-pura mendongakkan kepala ke langit. Melihat awan yang sedang berjalan tanpa kaki, dibawa arus angin. Lelaki itu mendekatkan kepalanya pada cermin kereta itu.
“Hai.. nama siapa?” tidak semena-mena, lelaki itu berani menegurnya. Sudahlah habis maki hamun selepas kalah bermain game, tidak pula malu menegur perempuan.
“Dasar buaya darat!” pekik Irdina.
“Muka cantik tapi.. perangai busuk.” lelaki itu ketawa terkekeh-kekeh. Pemandu lelaki itu menepuk bahu lelaki itu. Spontan lelaki itu berpaling darinya.
“Bodoh punya lelaki. Tak sedar diri.” giliran Irdina pula yang memaki hamun. Mendengar itu, Aminah terus menyentuhnya.
“Sayang.. tak baik cakap macam tu.” Irdina memandang wajah mamanya. Tanpa seulas senyuman.
“Dia yang biadab dulu, mama.”
“Tak kira siapa yang mula dulu, menunjukkan sifat dan akhlak yang baik itu yang didahulukan, sayang.” Irdina menghela nafas panjang. Akur dengan teguran mamanya. Aminah sempat mencubit pipi anaknya yang murung itu bertukar jadi senyuman dan galak tawa.
YOU ARE READING
Dimensi
ActionDimensi Seorang lelaki ~ Redza.. terjebak di suatu tempat yang indah dan aneh. Tidak pernah dia melihat alam seindah ini. Awalnya.. berniat merantau melalui laut, demi mencari inspirasi membuat buku novel. Sebaliknya berlaku, akibat terjahan dari om...