Mira, buat apa tu? Nak hantar projek ni ke?" Amira bertanya dengan mata bersinar-sinar, tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.
"Nak tengok! Please!" tambahnya, teruja ingin melihat hasil kerja teman karibnya yang begitu dia kagumi. Senyum manisnya jelas menunjukkan betapa dia menghargai usaha itu."Nak ambil lah," Mira menghulurkan projek itu dengan lembut, tangannya sedikit gemetar, mungkin kerana dia sendiri rasa teruja atau gugup dengan reaksi Amira nanti.
"Hati-hati, okay?" Mira tersenyum, namun jelas kelihatan dia sedikit risau. Walaupun dia yakin dengan usahanya, perasaan ingin tahu akan pendapat Amira berlegar-legar di fikiran.Amira menyambut dengan penuh minat, matanya bersinar seakan-akan melihat sesuatu yang sangat berharga. "Terima kasih! Aku memang tak sabar nak tengok hasil kerja kau," balas Amira dengan senyuman lebar, rasa kagum tak dapat disembunyikan dalam suaranya.
Amira terdiam seketika, matanya terbeliak melihat lelaki di hadapannya. "Mira, kau tak pernah bagitahu aku yang kau ada abang... dan abang kau hot, woi!" Suaranya separuh terkejut, separuh teruja.
Mira tergelak kecil melihat reaksi sahabatnya itu. "Kau tak pernah tanya pun," jawabnya selamba, seolah-olah perkara itu tidak penting. Namun, ada senyum nakal di bibirnya, seakan-akan menikmati kekeliruan dan keterujaan Amira.
Amira tidak dapat melepaskan pandangannya dari lelaki itu. "Wow, dia... dia hot, lah!" Dia berbisik, masih terkejut dengan penemuan baru ini. Jantungnya berdegup sedikit lebih laju, tetapi dia cuba mengekalkan nada santainya.
Mira mengangkat kening, tersenyum lebih lebar. "Nak aku kenalkan ke?" gurau Mira, sambil mengenyit mata.
YOU ARE READING
Falling for My Best Friend's Brother
Lãng mạn"Kisah ini menceritakan tentang dua sahabat akrab, Amira dan Mira, yang ibarat sehidup semati. Amira terkenal dengan sikapnya yang sering bermain-main dengan perasaan orang, kerap menukar-nukar 'crush'. Sementara itu, Mira lebih suka menghabiskan ma...