"Woi, nanti lepas kita habis SPM, aku stay over rumah kau boleh?" Amira bertanya, penuh harapan.
"Boleh je. Tapi aku tahu mesti kau ada agenda lain... nak tengok Abang Adib, kan?" balas Mira sambil tersenyum sinis.
Amira tergelak kecil, cuba menyembunyikan perasaannya. "Mana kau tahu? Hihihi."
Mira ketawa kecil. "Aku tahu sangatlah perangai gatal kau tu. Tapi dia jarang balik rumah sekarang, kan Dia sibuk jadi pilot."
"Oh..." Amira sedikit kecewa, namun cuba bersikap tenang.
Mira tersenyum nakal. "Aku dengar-dengar dia dah ada girlfriend..."
Mata Amira terbelalak. "Serious?! Girlfriend dia hot ke?" tanya Amira, penuh dengan rasa ingin tahu sambil membuat muka kecewa yang jelas.
Mira ketawa lebih kuat. "Aku usik je lah. Janganlah kecewa sangat!"
BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN
Mereka berdua belajar bersungguh-sungguh, masing-masing dengan impian besar untuk berjaya. Walaupun keletihan dengan buku-buku yang bertimbun, semangat untuk mencapai kecemerlangan tetap membara.
Namun, di sela-sela waktu rehat, Amira tidak dapat menahan diri. Dia membuka Instagramnya dan mula melayari gambar-gambar. Sejurus selepas itu, dia ternampak profil Abang Adib. Gambar-gambar Adib dalam pakaian seragam co-pilot yang segak dan penuh keyakinan membuatkan Amira tersenyum sendiri.
"Fuh, Adib nampak hot dan seksi gila," bisik Amira sendirian, matanya terpaku pada gambar Adib yang tersenyum sambil duduk di kokpit kapal terbang. "Macam hero drama Korea pun ada."
Mira yang duduk di sebelah, menyedari gelagat sahabatnya, tersenyum kecil. "Sudah-sudahlah tu, fokus study dulu. Abang aku tu bukan lari ke mana," gurau Mira, cuba menarik perhatian Amira kembali ke buku.
Amira hanya ketawa kecil, masih belum puas menatap gambar-gambar Adib. "Sekali-sekala, tak apa kan?" balasnya dengan senyuman nakal.
Ibu Mira datang ke ruang tamu, membawa dulang dengan gelas minuman sejuk. "Nah, minum dulu. Mesti penat belajar, kan?"
"Terima kasih, Aunty," Amira berkata dengan senyuman manis sambil mencapai gelasnya.
Ibu Mira memandang Amira, seolah-olah mengamati kecantikan semula jadi gadis itu. "Amira ni cantiklah," puji ibu Mira sambil tersenyum. Amira, dengan rambut coklat yang lembut dan mata hijau yang memukau, kelihatan menonjol dalam cara yang sederhana.
"Mana ada, Aunty. Biasa je..." jawab Amira, malu-malu sambil menundukkan kepala.
Ibu Mira tersenyum lebih lebar. "Sesuai sangat jadi menantu Aunty, ni."
YOU ARE READING
Falling for My Best Friend's Brother
Romantik"Kisah ini menceritakan tentang dua sahabat akrab, Amira dan Mira, yang ibarat sehidup semati. Amira terkenal dengan sikapnya yang sering bermain-main dengan perasaan orang, kerap menukar-nukar 'crush'. Sementara itu, Mira lebih suka menghabiskan ma...