Adeela memeluk erat tubuh sasa Daniel membuatkan Aisyah kecewa. Dalam pada Daniel masih bergelar sebagai seorang suami kepada Aisyah, dia boleh bersentuhan dengan perempuan lain? Dan perkara itu berlaku di rumah nya sendiri.
"I love you, baby."
Daniel tersenyum sambil melirik ke arah isteri nya yang berada di dapur.
"I love you too." Sengaja Daniel meninggikan suara nya supaya Aisyah sakit hati.
"Woi perempuan. Mana air i?"
Adeela terus melabuhkan kedudukan nya di atas sofa sebaik sahaja aisyah datang menghidangkan air untuk nya.
"You tak pergi gallery ke harini?" Tanya adeela. Anak mata nya memandang Aisyah yang duduk di sebelah Daniel.
"Hey! Step aside!" Tengking Adeela
Sebaik sahaja Aisyah nak bangun, Daniel memegang tangan Aisyah dan menyuruh untuk Aisyah duduk semula. Aisyah hanya menurut.
"Baby? Kenapa you buat macam tu?" Tanya Adeela.
"She's my wife. She can sit here." Jawab Daniel.
"Tadi baru je you bagitahu i yang you cintakan i, kan?"
"Yeah. I love you. Tapi, dia isteri i. You siapa?" Daniel mengambil air lalu diteguk perlahan.
Adeela bangun sambil berpeluk tubuh.
"Habis tu yang you peluk i tadi tu, apa? You ingat i perempuan murahan ke?" Marah Adeela. Dia sangat sangat tak puas hati.
"Jap nak fikir. Hm, yeah.." Daniel tersenyum.
"Awak ni kenapa Daniel?" Bidas Aisyah.
"Hm? Kenapa apa? Kenapa? Ada apa dengan saya?"
Aisyah memandang Adeela lalu berdiri.
"Kalau awak nak sangat jantan tak berguna ni, awak ambil lah. Sikit pun saya tak hadap."
Aisyah terus masuk bilik tanpa berpaling ke arah Adeela dan Daniel.
"What the hell?" Desis Daniel di dalam hati.
♡✧˚ ༘ ⋆。♡˚
"Sayang?"
Daniel menyentuh bahu si isteri tetapi satu tamparan hinggap di pipi Daniel.
"AUH!" Daniel menggosok pipi nya lalu memandang dengan tajam wajah Aisyah.
"Awak dah melampau lah Daniel!" Marah Aisyah.
"Kau kenapa nak marah aku?" Tanya Daniel.
"Kenapa awak cakap? Awak masih sah bergelar sebagai suami saya yang sah. Awak boleh berpeluk dengan perempuan lain!"
Dada Aisyah naik turun akibat menahan marah, sakit hati, kecewa. Tiada apa yang boleh diungkap kan lagi. Hati nya terlalu sakit. Semua sebab Daniel!
"Macam tu lah sakit nya hati aku bila kau gatal gatal dengan si fawwaz tu!" Tengking Daniel.
"Bila saya gatal gatal dengan fawwaz hah! Walaupun dia kawan lama saya, saya masih tahu jaga batas. Se inci pun saya tak pernah sentuh fawwaz! Awak? Apa awak dah buat? Awak berpelukan dengan Adeela."
Aisyah memusingkan badan nya. Langsung tak hingin nak menatap wajah si suami.
"Kau cinta kan aku?" Tanya Daniel.
"Saya sayangkan awak. Saya cinta kan awak, Daniel. Tapi, awak langsung dan tak pernah nak hargai saya."
"Tolong Daniel. Lepaskan saya. Ceraikan saya. Awak pergi lah cari kebahagiaan awak. Saya izinkan awak kahwin dengan Adeela. Tapi, ceraikan saya."
Aisyah memandang anak mata si suami. Daniel hanya diam setiap kali Aisyah suruh dia lafaz cerai. Daniel menggeleng.
"Kenapa... kenapa awak nak seksa saya Daniel! Apa dosa saya kat awak! Tolong lah Daniel. Saya dah bagi semua dekat awak. Hak saya, cinta saya, kasih dan sayang saya. Tapi, sikit pun awak tak hargai! Buat apa awak nak simpan saya lagi!"
Aisyah menangis teresak esak. Tiba tiba Daniel menarik tubuh Aisyah rapat ke dalam dakapan nya. Kepala Aisyah di usap lembut. Pelukan itu hanya terjalin tanpa sebarang kata kata yang keluar daripada bibir masing masing.
"Aisyah. Aku minta maaf dengan atas apa yang aku dah buat dekat kau. Aku takboleh nak lafaz ayat cerai tu dekat kau. Aku taktahu kenapa."
Daniel mengusap lembut belakang si isteri.
"Tolong Daniel. Awak manusia, begitu juga dengan saya. Sakit nya hati saya bila tengok awak berpelukan dengan perempuan lain. Di depan mata saya Daniel."
Aisyah meleraikan pelukan tetapi daniel memegang bahu si isteri dengan kemas. Airmata bercucuran di pipi Aisyah membuatkan Daniel juga terasa sebak.
"Maafkan aku?"
"Aku janji dengan kau, i'll be better.."
Aisyah terdiam. Bahu nya digoncang lembut.
"Aku kena akui.. aku tak sayangkan Adeela sebenarnya. Aku sayangkan kau. Aku tak cintakan Adeela. Aku cintakan kau. Aku minta maaf dengan kau atas apa yang aku dah buat dekat kau. Kekasaran aku selama ni. Kau isteri aku yang sah, Aisyah."
Daniel mengusap lembut pipi si isteri yang kemerahan. Merah menangis atau merah kena tampar dengan tangan sasa dia.
"Last time you were sorry, and you did it again. Get lost!"
Aisyah terus keluar daripada bilik mereka meninggalkan Daniel seorang diri.
![](https://img.wattpad.com/cover/379674670-288-k414389.jpg)
YOU ARE READING
Isteri Simpanan [ ✅ COMPLETED ]
RomantikDaniel veins, seorang lelaki berumur dua puluh lima tahun yang dipaksa berkahwin dengan anak orang gaji nya sendiri. Sifat nya yang penyayang, sopan dan charming hilang setelah ibu bapa nya langsung tidak menghiraukan permintaan nya untuk menolak d...