♡✧˚ ༘ ⋆。♡˚
Kedengaran enjin kereta dan juga suara orang orang kampung yang sedang berbual. Aisyah mengangkat bag pakaian nya lalu diletakkan di dalam boots kereta manakala Daniel sedang berbual dengan pakcik pakcik dan ibu mertua nya di bawah pokok yang terletak tak jauh daripada rumah Puan Suri.
"Bawa kereta elok - elok ye? Kalau mengantuk, tukar lah dengan Aisyah. Sama sama bantu." Nasihat Puan Suri.
"Tak apa ibu. Daniel boleh je bawa kereta sehingga sampai rumah. Ibu jaga diri ye? Daniel tak tahu bila pula boleh jenguk ibu." Daniel mengambil wang belanja lalu dihulurkan kepada mertua nya.
"Eh, tak payah la Daniel." Puan Suri menolak tangan Daniel tetapi Daniel berkeras memberi juga.
"Tak apa ibu. Ambil lah. Daniel... Daniel ikhlas." Daniel berkeras memberi wang belanja kepada mertua nya. Puan Suri terpaksa menerima pemberian Daniel walaupun di dalam hati nya dia dia tidak mengharapkan apa apa pemberian dari menantu dia.
"Terima kasih Daniel. Baik nya kamu. Untung Aisyah dapat suami macam kamu ni."
Daniel tersenyum malu. Tangan ibu mertua nya dicium lembut, dan Daniel juga turut bersalam salaman dengan warga emas yang berada di sekitar dengan nya.
"Ibu? Aisyah balik dulu." Ujar Aisyah dengan nada yang kecewa. Kalau ikutkan, dia dah taknak jejak kaki di rumah Daniel. Tetapi, selagi dia masih bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama Daniel Veins, dia tak ada apa apa pilihan.
"Ha ye lah. Hati hati ye. Teman suami tu sepanjang perjalanan." Puan Suri yang perasan wajah anak perempunan nya masam mencuka, dia berkata lagi.
"Ni kenapa ni muka masam je? Tak gembira ke nak ikut suami tu balik?"
Kalau boleh bagitahu Puan Suri perkara yang sebenar, dah lama Aisyah bagitahu. Tetapi, dia tak sampai hati. Ibu nya sudah tua. Dia tak nak membebankan kepala ibu dia dengan perangai syaitan Daniel!
"Penat. Aisyah balik dulu ye ibu? Ibu jaga diri ye? Ada apa apa, call lah Aisyah. Jangan diam je." Aisyah memeluk erat tubuh seorang insan yang dah melahirkan dia ke alam dunia. Pipi Puan Suri dikucup berkali kali.
"Ye. Jangan risau. Kamu pun jaga diri ya? Dengar cakap suami."
Nak sahaja aisyah cungkil biji mata Daniel biar dia buta! Kalau dah buta, takboleh drive kereta. Aisyah pun tak perlu balik ke rumah Daniel tu lagi.
"Ya ibu."
Aisyah dan Daniel berjalan menuju ke kereta dan tak lama kemudian, kelibat mereka sudah pun hilang daripada pandangan.
"Handsome betul menantu kau, suri?" Ujar kawan kepada Puan Suri.
"Alhamdulillah. Sama padan." Kata Puan Suri.
♡✧˚ ༘ ⋆。♡˚
Sepanjang perjalanan, Aisyah hanya membuang pandangan ke luar tingkap sambil berpeluk tubuh. Wajah daniel di sebelah langsung tidak berselera untuk ditatap apatah lagi nak berborak. Hanya lagu yang menemani.
"Kau layan aku acuh tak acuh je kan sekarang?" Daniel merendahkan volume radio.
"Ceraikan saya, daniel."
Daniel tersenyum sinis.
"That's not gonna happened, baby."
"Saya taknak jadi isteri awak lagi, tak faham ke?"
"Tak faham kut." Daniel memusingkan stereng nya lalu wajah Aisyah di pandang sekilas.
"Tak kelakar lah!"
YOU ARE READING
Isteri Simpanan [ ✅ COMPLETED ]
RomanceDaniel veins, seorang lelaki berumur dua puluh lima tahun yang dipaksa berkahwin dengan anak orang gaji nya sendiri. Sifat nya yang penyayang, sopan dan charming hilang setelah ibu bapa nya langsung tidak menghiraukan permintaan nya untuk menolak d...