Qayyum turun daripada kereta lalu terus menekan loceng rumah banglo yang tegah itu. Tak lama kemudian, muncul Datuk Haris yang datang menyapa kedatangan nya.
"Eh Qayyum. Jemput masuk. Meh."
Tanpa buang masa langkah diatur masuk ke dalam rumah banglo mewah itu. Terlihat Datin Maira yang tengah bermain dengan cucu manakala Aisyah yang tengah menjamu selera.
"Assalamualaikum, maaf lah kalau kedatangan saya menganggu. Datang nak melawat baby dan Aisyah." Kotak hadiah diberikan Datuk Haris. Haish, susah susah je Qayyum.
"Beli apa tu? Susah susah je." Kata Aisyah lembut.
"Tak apa. Bukan selalu dapat tengok baby"
Datin Maira yang tak sudah mengagah cucu nya padahal cucu nya tengah tidur. Kalau si kecik tu dah boleh bercakap dah lama dia bagitahu
'Saya nak tidur nenek, agah siapa tu'
Bebel Datuk Haris sendirian.
"Oi nenek nya. Ada tetamu datang ni. Dah berjam jam duk agah si kecik tu." Datin Maira sempat menjeling sekilas ke arah laki dia. Dengki betul si tua ni.
"Mana Daniel, uncle?" Tanya Qayyum lalu melabuhkan kedudukan nya di sofa empuk itu. Tiba tiba Daniel datang ke arah nya dengan muka berkerut.
"Kau dah kenapa?" Tanya Qayyum.
"Berak. Sakit perut. Salah makan." Daniel Veins melabuhkan kedudukan nya sambil keluhan berat keluar daripda mulut nya. Sudah berkali kali dia ulang alik masuk tandas. Entah apa yang dia makan pun taktahu. Orang lain elok je.
"Dia dengan jamban memang tak boleh berpisah. Qayyum sihat ke?" Suara garau itu bertanya lalu menuang air ke dalam cawan memandangkan isteri nya sudah siap menghidang air.
"Sihat uncle. Macam ni je lah."
Qayyum pula jenis seorang yang asyik fikir pasal kerja sahaja. Dalam kepala otak dia, kerja kerja kerja.
"Makin handsome eh Qayyum sekarang?" Aisyah melabuhkan kedudukan nya di sebelah si suami membuatkan dia mendapat jelingan maut dari Daniel.
"Ewah ewah. Dalam pantang lagi nak usha lelaki lain pula"
Duk! Tak pasal pasal Daniel makan penumbuk di atas paha dengan tangan besar ayah nya.
"Apa kamu ni nak cemburu tak bertempat? Aisyah tanya je la."
"Aduh! Sakit la papa. Dah taknak cucu lagi ke?" Paha nya pedih di gosok.
"Nak. Tapi sekarang memang tak nampak jalan lagi." Bidas Datum Haris.
Kedengaran baby menangis. Datin Maira pujuk tak jalan, si atuk pujuk pun tak jalan juga. Habis semua selawat doa dibaca pun tak jalan.
"Alololo meh sini kat uncle Yum meh." Qayyum mengangkat lembut babygirl lalu dodoi sambil bibir nya membaca kisah kisah nabi. Tak lama kemudian babygirl senyap.
"Uncle Yum? Buruk nya" Daniel ketawa terbahak bahak apabila mendengar nama 'uncle Yum'
"Apa yang buruk nya. Shh shh. Kan aesthetic nama tu. Kan afia kan? Kan kan? Alolo" pipi Afia dicucuk lembut oleh jari telunjuk Qayyum.
"Comel anak kau ni. Macam aku."
Daniel annoyed. Apa pula macam mu?
"Oi gila. Tu anak aku, comel macam aku la. Pahal mu masuk dalam cerita ni?"
"Anak abang ni kuat betul cemburu ya?" Datin Maira yang tengah duduk di sebelah Aisyah menggeleng kepala apabila memandang anak lelaki nya yang tampak cemburu dengan kehadiran Qayyum.
"Macam awak lah"
Eh? Datuk Haris nak tidur luar ke malam ni?
"Amboi amboi.. bila pula saya kuat cemburu?" Si isteri sudah berpeluk tubuh menanti jawapan syurga nya. Bantal kecik dah nak terbang dah ni.
"Kena buka buku nota dulu tengok list waktu bila awak tengah kuat cemburu"
Daniel yang ketawa angin sudah makan cubit di paha. Tadi tumbuk dari papa nya, sekarang ni cubit pula.
"Aduh! Sakit la mama. Taknak cucu dah ke? Dah cukup sorang?"
"Memang itu je ke yang kamu nak cakap kalau setiap kali kena cubit ha?"
Daniel mencebik sambil muncung bibir.
Qayyum meletakkan baby di atas katil lalu terus berkata.
"Anak kau keluar ikut paha ke?"
"Kau nak aku bagitahu ke ikut mana?"
Kedua dua kening daniel dijongket. Tanpa melayan mengarut si Daniel, Qayyum menyapa Aisyah.
"Aisyah macam mana dalam tempoh berpantang ni? Semua okey?"
Aisyah menggangguk. Sejujur nya langsung tak ada masalah. Dia bahagia. Keluarga mertua nya melayan dia seperti anak sendiri. Bukan sebagai menantu atau orang luar.
"Alhamdulillah yum. Semua okey. Saya pun dah rasa macam sihat sikit."
"Jadi dah boleh dapat anak kedua ke sayang?"
Selamba badak je mu Daniel.
"Aisyah tak habis pantang lagi lah."
"Alaaa lama nya..."
"Woi!" Jerkah Datuk Haris membuatkan Daniel latah.
"Woi woi siapa kau hah! Eh!" Daniel menekup mulut dengan tangan nya.
"Siapa aku? Bapak kau lah." Tenang sahaja suara garau tua itu berkata. Puas hati dia apabila dapat mengusik anak lelaki dia yang satu itu.
MALAM menjelma. Jam menunjukkan tepat jam sebelas malam. Daniel terjaga dari tidur nya dengan suara Afia menangis. Aisyah yang tidur nyenyak tidak diganggu. Memandangkan Aisyah selalu pump susu badan nya dan disimpan di dalam freezer, senang kerja Daniel setiap kali nak bagi Afia minum susu. Lebih lebih lagi waktu malam.
Setelah selesai bancuh susu, anak perempuan nya diambil dan Daniel duduk di atas sofa lembut sambil menyuap susu kepada anak nya.
"Shhh.. anak papa lapar ye?"
Mata nya yang kuyu cuba untuk dibulatkan memandangkan anak nya tengah sedut susu. Karang tersedak, habis riwayat dia.
"Abang? Buat apa tu?" Tanya Aisyah separa mamai.
"Sayang. Afia tengah minum susu. Sayang tidur lah. Tak apa, abang jaga dia." Ujar Daniel lembut.
"Terima kasih abang." Aisyah kembali baring lalu mata nya dipejamkan semula.
"Jangan nangis sayang. Bagi mama rehat."
Pipi Afia dicium lembut.
'Sayang anak papa Afia ni'
![](https://img.wattpad.com/cover/379674670-288-k414389.jpg)
YOU ARE READING
Isteri Simpanan [ ✅ COMPLETED ]
عاطفيةDaniel veins, seorang lelaki berumur dua puluh lima tahun yang dipaksa berkahwin dengan anak orang gaji nya sendiri. Sifat nya yang penyayang, sopan dan charming hilang setelah ibu bapa nya langsung tidak menghiraukan permintaan nya untuk menolak d...