Beep beep beep beep beep!
Jam loceng berdering, tetapi dua kelibat manusia kelihatan sudah pun bangun dari tidur mereka. Adeela yang tak henti henti ulang alik masuk tandas sudah pun kepenatan.
5 minit sekali, masuk.
Lepastu, masuk lagi.
Non stop.
Nak makan apa pun takboleh. Itu takboleh. Ini takboleh. Farah yang baru usai sarapan terus berlalu ke arah bilik si adik.
"Adeela?"
Adeela yang hanya bersandar di kepala katil mendongak sekilas. Langsung tiada mood nak bercakap memandangkan dia tengah alami morning sickness yang tersangat teruk.
"Dik. Aku dah fikir masak masak."
Dahi adeela berkerut. Apa yang kau cakap ni?
"Maksud kau?" Tanya Adeela. Perut di gosok dan mulut ditekup dengan tapak tangan. Terasa ingin muntah lagi, Adeela terus berlari masuk ke tandas.
"Haih.."
"Uwerk! Uwerk! Uw..werk!"
Kedengaran suara Adeela dari dalam tandas, Farah mengorak langkah ke arah adik nya.
Belakang Adeela ditepuk perlahan. Farah kesian dengan Adeela, lelaki yang dah buat adik dia mengandung entah hilang ke mana. Farah juga taktahu sama ada lelaki itu nak bertanggungjawab atau tidak. Tak pasal pasal Daniel kena jadi pak sanggup.
"Apa kau cakap tadi?"
Farah mengeluh.
"Aku nak bagitahu Daniel hal yang sebenar. Kalau kau taknak baby ni, kita boleh cuba get rid of this baby. Tapi, aku tak sanggup lah nak bersubahat. Aku kesian dekat isteri si Daniel tu."
Adeela menolak kasar tubuh si kakak.
Geram. Benda dah buat, video dah hantar. Tiba tiba nak menyesal?
Habistu? Nak Adeela bagi perempuan kampung tu menang?
Not a chance...
"Aku tak akan lepaskan Daniel. Daniel hak milik aku selama lama nya, Farah!" Bentak Adeela.
"Kau kena terima hakikat, Daniel dah kahwin. Dia bahagia dengan isteri dia. Jujur aku cakap, aku menyesal buat editing video tu! Lelaki tu bukan Daniel, lelaki tu Arfan, bapak kepada baby dalam perut kau tu! Mana dia? Langsung taknak bertanggungjawab ke?"
Adeela tersenyum nipis. Bukan Arfan taknak bertanggungjawab, Adeela yang tak nak si Arfan bertanggungjawab sebab Arfan tak sekaya Daniel. Jadi, dia nak Daniel yang bertanggungjawab. Bukan Arfan.
"Aku tak setuju dengan kau la dik."
"Habis tu kenapa kau tolong aku ha?"
Farah terdiam seketika lalu berkata.
"Mungkin sebab aku baru sedar yang tak elok aniaya orang! Aku sayang kau, tapi aku tak nak tengok kau rosakkan rumahtangga orang lain."
Adeela terus keluar menuju ke ruang tamu yang diikuti oleh Farah. Mereka berbicara sambil menuruni anak tangga.
"Adik. Tolong lah." Rayu Farah.
"No. Kau kenal aku, kan? Apa yang aku nak, aku mesti dapat. No excuses."
"Kau degil la dik!"
Adeela memandang garang wajah si kakak.
"Aku taktahu mana Daniel dapat video tu. Dalam video tu, aku dengan Arfan tau. Sebab video tu, Daniel putus dengan aku!"
Oi! Memang la. Kau ingat Daniel masih nak dengan kau ke yang sudah ditebuk tupai?
"Tak ada. Aku nak call Daniel."
Adeela merampas telefon si kakak lalu dibaling di dinding.
"Adeela! Why'd you do that hah!" Tengking si kakak.
"Aku tak akan benarkan kau bagitahu Daniel apa yang berlaku. Not even a one word."
♡✧˚ ༘ ⋆。♡˚
"Kau yakin ke kita nak pergi ke rumah Adeela ni?" Tanya Qayyum.
Daniel mengangguk. Dia yakin, tak ada siapa dah yang berani buat taik melainkan perempuan tu. Memang dia je yang tak puas hati sekarang ni. Kalau tak? Siapa lagi?
"Kau okay tak ni? Diam je.." Ujar Qayyum.
Qayyum off kan radio memandangkan dia nak berborak dengan Daniel, kang tak dengar pula. Keluar pula lagu jedag jedug.
"Aku tak pernah tidur dengan betina tu."
"Aku tahu. So, video tu edit lah kan?" Tanya Qayyum.
Mereka sudah hampir sampai di rumah Adeela. Ternampak ada satu drive thru, Daniel menyuruh untuk Qayyum singgah sebentar memandangkan dia belum makan setelah selesai kemas rumah sebentar tadi.
Usai order, makanan pun dapat, mereka sambung berborak.
"Video boleh edit bro.. aku memang tak buat dah semua tu." Jelas Daniel.
"Lepas kes yang bini kau lari haritu, macam mana kehidupan kau dengan Aisyah? Better?"
"Aku menyesal dengan apa yang aku buat dekat dia. Aku dah janji dengan diri aku yang i'll be better."
Sambil berborak, mereka masing masing mengunyah makan yang di pesan di drive thru sebentar tadi.
Beberapa minit telah pu berlalu, mereka sampai di hadapan rumah Adeela. Kelihatan kereta Adeela ada, Daniel dan Qayyum turun turun dari kereta dan berjalan ke arah rumah Adeela.
Tuk tuk tuk!
Pintu diketuk. Tak lama selepas tu, pintu dibuka. Terlihat wajah Farah, kakak kepada Adeela yang tengah tercengang memandang Daniel.
"Aku nak jumpa dengan adik kau. Sekarang." Tegas Daniel.
Farah yang memahami apa yang berlaku, terus menjemput Daniel dan Qayyum masuk ke dalam rumah.
"Sekejap. Saya panggil Adeela."
♡✧˚ ༘ ⋆。♡˚
"Dik? Bangun!"
Adeela membuka mata nya perlahan sambil merengek.
"Kau nak apa..."
Adeela kembali memejamkan matanya.
"Daniel nak jumpa kau lah. Dia ada kat luar tu!"
Mata Adeela kembali terbuntang luas.
Daniel datang?

YOU ARE READING
Isteri Simpanan [ ✅ COMPLETED ]
RomanceDaniel veins, seorang lelaki berumur dua puluh lima tahun yang dipaksa berkahwin dengan anak orang gaji nya sendiri. Sifat nya yang penyayang, sopan dan charming hilang setelah ibu bapa nya langsung tidak menghiraukan permintaan nya untuk menolak d...