BAB 25

753 35 2
                                    

Hari berganti hari, bulan berganti bulan.

Aisyah semakin hari semakin sarat. Daniel yang semakin sibuk, dia cuba lebihkan masa untuk isteri nya memandangkan Aisyah sekarang banyak sakit badan.

Morning sickness semakin hilang, perangai yang pelik pula muncul.

Nak hidu ketiak lah.

Nak kira bulu hidung Daniel lah.

Nak tengok kambing bersalin lah.

Kalau ada sakit jantung, dah lama Daniel arwah.

Aisyah dan Daniel memutuskan untuk taknak ambil tahu gender baby memandangkan mereka semua bersetuju untuk nak tahu waktu lahir je.

Baru lah suprise sikit.

"Abang? Kalau anak perempuan, nak bagi nama apa?"

"Nur Asiah."

Aisyah mencebik.

"Asiah? Kenapa macam tak berapa comel je."

"Hahahaha. Tak comel ke? Lebih kurang sama macam nama sayang la tu."

"Aisyah nak Nur Hawa." Ujar Aisyah dengan nada gembira sambil bertepuk tangan.

"Kenapa hawa?"

"Sebab, entah? Cantik. Simple but nice..."

"Abang tak kisah yang mana mana. Apa yang abang tahu, abang nak isteri abang dan anak abang selamat. Itu je abang minta. Abang taknak apa apa lagi dah selain isteri dan anak abang. Itu je harta yang abang ada."

Terharu pula dengar. Makin hari makin sweet pula si Daniel ni.

"Abang? Aisyah nak pergi kedai buku sekejap boleh tak?"

Daniel yang sedang megusap lembut umbun kepala si isteri terhenti. Tiba tiba berasa tak sedap hati. Bukan nya dia taknak bawa, tapi dengan keadaan Aisyah yang semakin sarat tu memang berat hati nak bawa keluar. Tapi takkan nak duduk rumah je?

"Nak pergi sekarang ke?"

Jam dinding di kerling sekilas. Aisyah bangun dari pangkuan suami nya lalu mengangguk  sambil mengerlipkan mata nya. Buat buat comel sikit nak pujuk suami nya.

"Please?"

Kedua dua tapak tangan Aisyah dicantumkan.

"Fikir comel la tu?"  Daniel mengusik.

"Ha? Abang nak cakap Aiayah tak cantik ke sekarang ni?"

Muncung nya sudah sedepa ya.

"Hahahaha. Tak cantik kalau muncung macam tu. Cuba senyum sikit."

"Taknak." Si isteri sudah berpeluk tubuh sambil mengorak Langkah kearah bilik.

"Uish sayang! Hahahaha! Sini, abang gurau je lah. Alahai, sensitive betul ya sejak berbadan dua ni."

Daniel berlari anak mengejar Langkah si isteri. Sepatut nya kalau ibu mengandung ni berjalan perlahan je. Tapi isteri nya laju mengalahkan The Flash.

₊✩‧₊˚౨ৎ˚₊✩‧₊✩‧₊˚౨ৎ˚₊✩‧₊✩‧₊˚౨ৎ˚₊✩‧₊✩‧₊˚౨ৎ˚₊✩‧

Aisyah dan Daniel sampai di kedai buku. Mereka berpimpin tangan menuju masuk ke dalam kedai buku. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhati mereka berdua.

"Aku akan make sure, Aisyah jadi hak aku. Bukan hak kau lagi Daniel. Aku tahu Aisyah terseksa selama dia hidup dengan kau.  Kau dera dia. Aku akan rampas dia daripada kau."

Gumam Fawwaz seorang diri. Anak mata nya memandang tajam kearah Daniel. Sangat tak berpuas hati. Tangan nya mengenggam erat stereng kereta. Selepas kereta dimatikan, kaki nya berjalan menuju ke arah yang sama Aisyah tuju.

"Sayang? Abang nak pergi tandas sekejap"

Sebelum berlalu, Daniel sempat memberi satu ciuman lembut di pipi Aisyah.

Aisyah mengangguk sambil mata nya tengah leka membaca tajuk buku dan memilih buku. Tanpa banyak bicara, Daniel terus berlalu ke arah tandas. Sebaik sahaja Daniel hilang dari pandangan, Fawwaz menuju ke arah Aisyah yang sedang menilik buku.

"Aisyah?" Suara garau menyapa.

"Abang? Sekejap nya pergi tandas?" Dia bercakap tanpa berpaling.

"Saya suka awak panggil saya abang." Tangan Fawwaz menjalar di pinggang Aisyah membuatkan Aisyah terkejut lalu berpusing.

"Eh Fawwaz? Mana Daniel?"

"Dia dah tinggalkan awak. Jom ikut saya nak tak?"

Aisyah menggeleng laju.

"Awak buat apa kat sini?"

Aisyah memandang sekeliling mencari kelibat suami nya tetapi tidak kelihatan.

Tangan Aisyah dipegang lembut Fawwaz membuatkan Aisyah menepis kasar. Bahu Fawwaz ditolak.

"Awak tak boleh pegang saya Fawwaz!"

Fawwaz smirk.

"Kalau nak pegang jugak macam mana? Kena kahwin ke?"

Aisyah meletakkan buku lalu terus beredar daripada situ. Fawwaz dari belakang hanya mengejar.

"Aisyah wait!" Tangan Aisyah dicapai.

"Berapa kali nak bagitahu jangan pegang tangan saya ni!"

Semakin hari semakin annoyed dengan perbuatan Fawwaz yang sudah melampui batas. Suka suka dia je pegang tangan wanita yang bukan muhrim dia. Kenapa Fawwaz dah lain sekarang?

"Aisyah, I love you.." Ujar Fawwaz dengan nada yang separuh romantic.

"Awak dah gila ke Fawwaz? Saya dah kahwin lah!"

"Kahwin boleh bercerai.. kan? Tinggalkan Daniel Aisyah, please. Saya tahu awak terseksa hidup dengan dia. Awak tak Bahagia. Dia dera awak kan?"

Kenyataan Fawwaz membuatkan Aisyah ternganga. Macam mana dia tahu semua ni?

"Itu dulu Fawwaz! Sekarang tak. Saya Bahagia dengan suami saya. Dia dah berubah lah!" Jerit Aisyah.

Daniel baru keluar daripada tandas terus mencari Aisyah yang sudah hilang ke mana mana.

"Baru tinggal sekejap, dah hilang." Bebel Daniel.

"Aisyah please. Tinggalkan Daniel. Kahwin lah dengan saya. Saya janji saya akan jaga awak elok elok."

"Tolong!  Abang!" Jeritan Aisyah semakin kuat membuatkan orang ramai kat situ ada yang menolong Aisyah dan ada yang call police.

"Bro lepaskan dia. Kau kenapa nak berkasar dengan perempuan mengandung!" Kata salah seorang lelaki yang berada kat situ.

Buk!

Damiel yang datang entah dari mana terus memberikan satu tumbukan di muka Fawwaz membuatkan Fawwaz terus terjatuh. Pipi nya dipegang sambil mencuba untuk berdiri.

"Kau nak aku hantar kau kat dunia satu lagi ke bodoh!"

Buk! Fawwaz jatuh terduduk untuk kali ke dua di atas lantai.

"Daniel. Aisyah tak layak untuk kau. Dia layak untuk aku."

Kata kata Fawwaz membuatkan amarah Daniel semakin membuak buak. Sebaik sahaja Daniel ingin memberikan satu lagi tumbukan, Aisyah memegang tangan suami nya untuk menghalang.

Mata mereka memandang ke arah dua orang inspector polis yang berjalan menuju kea rah Fawwaz. Sebaik sahaja Fawwaz ingin melarikan diri, Langkah nya dihalang dengan orang ramai membuatkan dia tidak boleh ke mana mana.

"Anda ditahan! Sila ikut kami ke balai!" Kata salah seorang inspector polis itu.

"Lepaskan aku lah! Ish!" Fawwaz meronta ronta apabila tangan nya digari.

"Diam!" Tengking inspektor polis yang garang itu membuatkan fawwaz tunduk.

"Aisyah. Please help me. Please. I love you.. please Aisyah. No!" Rayu Fawwaz.

Aisyah memegang erat lengan suami nya sambil memandang Fawwaz yang telah pergi bersama dengan polis.

"Sayang? Are you hurt anywhere?" Tanya Daniel. Wajah isteri nya dipandang dengan bimbang. Risau kalau fawwaz ada berbuat sesuatu yang menyakitkan.

"Abang.. saya takut." Airmata mengalir keluar daripada kelopak mata nya membuatkan tubuh Daniel terus dipeluk.

"Im so sorry sayang. Lepasni abang tak tinggal sayang lagi."

Isteri Simpanan [ ✅ COMPLETED ] Where stories live. Discover now