Isteri Milik Tuan Carl (8)

185 10 0
                                        

Cai sampai di rumah Puan Kezia seawal pukul enam pagi.Dia sibuk menyediakan sarapan untuk semua penghuni rumah.

Bau haruman nasi lemak membuat Puan Kezia melangkahkan kaki ke arah dapur.Haruman nasi lemak membuat perut dia berbunyi.

“Sedapnya bau nasi lemak ni Cai." Dia mendekati meja makan.

“Bau je sedap tapi tak tahu rasa dia sedap ke tak?" Balas Cai.

“Mesti sedap tu.Dah boleh jadi menantu Mama ni." Usiknya membuat Cai tersipu malu.

“Cai ni babysitter je Mama."

“Sekarang jadi babysitter,mana tahu nanti jadi menantu dalam rumah ni."

“Mama duduklah dulu.Cai nak bangunkan Firash."

“Alang alang tu,Cai panggil Carl sekali eh." Manalah dia larat nak naik turun tangga.

“Panggil Tuan Carl sekali?" Kenapa pulak nak kena panggil singa tu sekali.Dia bukan budak budak pun.

“Tolong eh panggilkan dia."

“Okey Mama." Demi Puan Kezia je ni.Terpaksalah dia panggil Carl sekali.

Cai melihat Firash masih terlena.Kasihan pulak dengan budak comel ni kan.Dia memandang wajah Firash yang tampan itu.

“Bangun sayang,pergi mandi." Dia menepuk perlahan bahu Firash.

“Eh Mama ke ni?" Takut pulak kalau itu hanya mimpi.

“Ni Mama sayang.Firash pergi mandi pastu turun breakfast.Mama nak  panggilkan Papa kejap."

“Lepas mandi Firash turun bawah." Firash bangun dari katil lalu menuju ke bilik air.

Cai pula berlalu ke bilik sebelah.Dia mengetuk pintu beberapa kali tetapi tiada suara dari dalam.Dia memulas tombol pintu dan masuk tanpa disuruh.

Carl baru sahaja keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.Dia mengelap rambutnya yang basah itu dengan tuala kecil.Masih tidak perasan akan kehadiran Cai di dalam biliknya itu.

Seketika,Carl rasa dirinya diperhati oleh seseorang.Dia membulatkan mata melihat Cai berdiri di situ.

“Kau buat apa dekat sini? Kau nak goda aku eh?" Dia menghampiri Cai yang memalingkan wajah ke arah lain.

“Mana ada saya nak goda Tuan.Saya nak panggil Tuan turun breakfast." Nasib air liur dia tak jatuh ke lantai.

“Kenapa tak ketuk pintu?"

“Saya ada ketuk pintu tapi Tuan yang tak dengar.Saya masuk jelah dalam ni." Jelasnya tidak mahu disalahkan.

“Kau masuk dalam bilik lelaki tau.Kalau apa apa jadi dekat kau,macam mana? Kau jangan salahkan aku pulak." Bahaya kalau perempuan masuk dalam bilik dia.

“Sorrylah Tuan Carl." Baik dia keluar cepat sebelum kena bebel.

“Nanti aku turun breakfast.Aku nak pakai baju dulu." Jawabnya ringkas.

“Hmm yelah."

“Kau buat apa berdiri lagi dekat sini? Nak tengok sixpack aku?" Badan bagus macam ni,mesti semua orang nak tengok.

“Eh mana ada,haramlah Tuan." Dia menutup matanya.Tadi tak tutup pulak mata tu.

“Haram konon.Dah puas tengok baru nak tutup mata." Ejeknya sambil memakai baju.

“Perasanlah Tuan ni.Macamlah badan Tuan tu bagus sangat." Haraplah tak kantoi.

“Kalau badan aku tak bagus,tak adanya air liur kau meleleh sampai ke lantai."

“Dasar duda kuat perasan."

“Tak nak mengaku pulak.Perempuan memang selalu nak menang je."

“Dahlah saya keluar dulu.Jangan lambat turun.Anak Tuan dah lapar dekat bawah tu." Katanya sambil keluar dari bilik Carl.

Carl menggelengkan kepalanya. Kadang-kadang macam budak pulak perempuan tu.Nasib Cai tu babysitter anak dia,kalau tak dah lama dia campak ke dalam sungai.

Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang