BAB 1 🧇

10 3 0
                                    


Pasta yang berada di depannya itu dikuis-kuis tanpa perasaan. Meja mereka sepi tanpa sebarang bunyi walaupun kedua-dua insan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dengan suara masing-masing.

Dalam ketenangan suasana, setiap pengunjung yang berada di restoran mewah itu tak lepas memandang ke meja mereka. Sekejap-sekejap, anak mata para pengunjung pasti akan tertumpu ke meja mereka.

"Kenapa tak makan?"

Fityani angkat wajah.

Isfam yang berada di depannya sedang memandang Fityani dengan wajah hairan.

"Tak sedap ke pasta tu?" Soal Isfam prihatin.

"Tak ada apa." Jawab Fityani sambil mengerling ke belakang lelaki itu sekilas. Banyak pula orang yang makan dekat restoran itu hari ni hinggakan Fityani mula rimas dengan pandangan mereka. Dia mengerling ke tubuhnya sebelum memandang Isfam.

Tiba-tiba Fityani menghela nafas lemah.

Menyesal pula dia pakai macam ni.

Baju Isfam dah okey, lengkap berpakaian sut warna hitam. Itu memang dah okey yang tak okey sekarang ni baju dia. Manalah Fityani tahu yang Isfam akan membawa dia ke restoran mewah seperti ini. Kalau dia tahu, awal-awal lagi dia akan tukar baju. Natijahnya, terpaksalah Fityani menahan rasa dengan segala renungan-renungan asing itu.

Bukan apa, sekarang ni Fityani sedang memakai baju kebaya bersongket, lengkap dengan dokoh dan pending di pinggangnya. Ni pun nasib dia sudah tanggalkan sanggul lintang di kepala, kalau Fityani pakai juga memang sudah seperti pengantin nak bersanding saja lagaknya. Walaupun sedikit tidak selesa dengan mata-mata yang memandang, Fityani hanya pamerkan wajah biasanya sahaja.

"Kalau you nak, I boleh order makanan lain? You nak chichen chop? Or perhap you nak makan salad?"

Wajah gadis itu berubah saat sebelum kembali dengan riak biasa. Salad? Tak pernah seumur hidup dia order salad dekat restoran mewah sebegini. Ya, dia akui ramai gadis-gadis kini yang ingin menjaga badan hanya dengan memakan salad tetapi tidak dirinya. Pleaselah, dia bukan tipikal gadis-gadis zaman sekarang yang tahu makan salad saja. Ingat dia herbivor ke apa?

Fityani merenung Isfam dalam-dalam.

Lagi satu, lelaki ini sudah kenal dirinya agak lama. Takkan dia masih tak tahu yang Fityani tak suka salad?

Hmm ...

Ada sesuatu yang pelik ni.

Sedang mereka menjamu selera, seorang gadis datang entah dari mana lalu tiba-tiba menghentak meja makan mereka. Semerta, segala pergerakkan mereka terhenti. Baik Fityani mahupun Isfam, masing-masing merenung ke arah insan yang sesuka hati sahaja menganggu keamanan mereka di situ. Sesaat, wajah Isfam langsung berubah manakala Fityani dengan riak kosongnya.

"Woi perempuan tak tahu malu! Kenapa kau duduk semeja dengan boyfriend aku haa?"

Boyfriend?

Nak terteleng kepala Fityani memandang Isfam. Hanya dengan riak wajah sahaja gadis itu berbicara.

"No. Don't listen to what she says. I am not her boyfriend." Isfam sudah gelabah di tempatnya.

"You!" Ternaik nada gadis itu. Tidak menyangka bahawa Isfam akan berkata begitu.

"Apa you ni? Kita kawan je kan? Yang you nak tergedik-gedik ni kenapa?" Bidas Isfam tidak suka.

Fityani yang melihat drama itu diam menghirup jus orennya.

"Kawan? You!" Gadis itu cuba memegang lengan Isfam.

"Wadya, stop it." Dengan mudah Isfam mencengkam tangan Wadya lalu terus ditolak menjauh.

"Isfam! Sampai hati you buat I macam ni kan? Kita dah janji nak kahwin sama-sama dekat Siam kan hujung bulan ni? Takkan you lupa kot?" Riak wajah Isfam semakin pucat manakala Fityani yang mendengar hal itu perlahan-lahan meletakkan airnya.

"Fit, this is not like what you were thinking. I just make a joke with her, that's all."

"Isfam! You sendiri yang kata nak belikan I kondo dekat Damansara. Lepas tu, lepas kita dah kahwin dekat Siam you kata nak bawa I bercuti dekat Paris? I dah bagi you segalanya tau. Termasuk badan I sendiri. Takkan tu masih tak cukup lagi untuk you? Ni anak dalam perut ni? Siapa nak bertanggungjawab? Dia anak you, Isfam!" Fityani terkelu mendengar perihal itu. Lambat-lambat dia bangun dari duduknya dan merenung Isfam bagai nak telan.

"Fi-Fit ..."

"Shut up." Dingin Fityani membalas. Gadis itu mendengus kasar lalu dia merapati Isfam. Tanpa aba-aba, selamba sahaja Fityani mengangkat tangan kanannnya dengan tinggi lalu terus melempang wajah Isfam hingga terjatuh lelaki itu jadinya.

Wadya ternganga manakala Isfam yang terkejut memegang pipinya dengan riak tak percaya.

"Fit-Fityani? Apa yang you-" termati bicara lelaki itu tatkala melihat wajah tegang Fityani. Beg tangan dicapai lalu not RM 100 diletakkan di atas meja sebelum Fityani beredar dari situ tanpa sebarang kata.

"Fit!"

Langkah yang laju dihentikan tiba-tiba. Buat kali terakhirnya Fityani menjeling lelaki itu sekilas sebelum terus menyambung langkahnya.

Sampai sahaja di kereta, dia menghentikan langkahnya dengan nafas yang berombak kasar. Nasib baiklah dia naik keretanya sendiri semasa datang ke sini tadi jadi tak adalah Fityani tengok wajah Isfam lagi. Eiii! Ikutkan hati nak saja dia cekik-cekik mamat tu dekat sana tetapi cukuplah apa yang diberinya tadi.

Telapak tangan yang memerah itu dilihat dengan satu pandangan lama.

Bunyi decitan terkeluar tanpa sedar sebelum Fityani bawa tubuhnya masuk ke dalam kereta dengan kasar. Enjin kereta dihidupkan lalu gadis itu terus keluar dari kawasan parkir.

'I hate these feelings ...' Bisik hatinya sendiri.















































Seseorang yang kebetulan berada di parkir itu memandang lama kereta milik Fityani yang semakin lama semakin menjauh itu. Dan entah kenapa, telinganya terasa hangat tiba-tiba.

'Cantiknya.' Bisiknya sendiri. Seperti cakera padat, figura gadis itu kembali terimbas di minda. Memakai baju kebaya siap dengan dokoh dan pending di badan, semua itu kelihatan sangat cantik dan mempersonakan.

"Fal, kenapa tercegat dekat situ?" Teguran itu membuatkan dia tersentak. Pandangan diluruskan ke depan sebelum dia menggeleng lalu kaki diorak untuk mengejar langkah si rakan.

"Kau pandang apa tadi?"

"Tak ada apa." Perlahan sahaja dia membalas. Walaupun renungan rakannya tidak lepas dari memandang muka dia tetapi dia hanya mengabaikannya sahaja.

"Well, whatever~"

Dia yang menyepi tiba-tiba teringat kembali wajah gadis tadi. Perlahan, satu senyuman kecil terukir di bibir jejaka itu.

'She really pretty.' Ini sudah kali kedua dia memuji gadis tidak dikenalinya itu. Seakan tersedar bahawa dia baik-baik sahaja setelah melihat gadis itu, tidak dapat tidak dia kerling ke belakang sekilas.

That's weird. How come he's still okay after seeing a girl? And much weirder, does he even think that she is pretty in that traditional dress? There's got to be something wrong with him right now.

Who are you, girl?

"Fal! Hurry up!" Suara itu membuatkan jejaka tersebut pantas mengejar langkah rakannya.

"Coming!"

KHALAIFAL FITYANI [C]Where stories live. Discover now