BAB 6 🧇

8 2 0
                                    


Bunyi nada dering membuatkan Zill capai telefonnya.

"Hello?"

"Zill, kau ada dekat mana sekarang?" Suara seorang jejaka kedengaran di hujung talian. Khalaifal.

"Dekat rumah ayah aku sekarang. Kenapa kau tanya?" Zill ada dua rumah. Satu rumah ayahnya manakala satu lagi rumah rehat dia. Setiap dua minggu sekali, Zill akan duduk rumah En. Wadi.

"Aku nak jumpa kau sekejap boleh? Ada hal nak bincang."

Zill kerling telefonnya sebelum menganggukkan kepala.

"Zill." Teguran itu membuatkan Zill tersentak.

"Ah. Sure, nanti aku send kau location rumah aku." Terlupa pula dia yang rakannya itu tiada di depan mata. Tiba-tiba Zill teringat sesuatu. Dengan sengihan, dia memberitahu satu perkara pada Khalaifal.

"Ah, by the way, adik perempuan aku yang usik kau hari tu pun ada dekat rumah ni juga tau." Entah kenapa wajah Khalaifal tiba-tiba terasa panas.

"Ke-kenapa kau bagitahu aku?" Tanya lelaki itu dengan nada gelabah. Semakin melebar sengihan Zill tatkala mendengar nada cemas si rakan.

"Tak adalah, saja je aku bagitahu~" Zill mengusik rakannya.

"E-Ehem! Dahlah, aku letak dulu. Ingat, send location tu." Terlepas tawa Zill seketika sebelum Khalaifal membuat keputusan untuk menamatkan sahaja panggilan tersebut. Sakit pula hatinya mendengar gelak tawa lelaki itu.

Sebelum Khalaifal sampai ke rumah Zill, dia sempat singgah di sebuah kedai buah untuk membeli buah tangan. Tak sedap pula datang rumah orang dengan tangan kosong. Buah epal dan anggur menjadi pilihannya memandangkan kedua-dua buah tersebut merupakan buah kegemaran Khalaifal. Usai sahaja membayar, pandangan lelaki itu tiba-tiba tertumpu pada satu tempat.

Automatik, minda teringat pada seseorang.

BEBERAPA minit selepas itu dia akhirnya sampai ke rumah Zill. Baru sahaja dia ingin mengucapkan salam, seseorang terlebih dahulu menegurnya dari belakang.

"What are you doing here?" Terangkat bahu Khalaifal dikala suara itu menerjah gegendang telinga. Dengan muka terkejut, dia menoleh ke belakang.

Susuk Fityani yang berada sangat dekat dengannya membuatkan jejaka itu mengambil 3 langkah ke belakang. Haruman milik si gadis jelas menusuk ke hidung Khalaifal.

"Hello? What are you doing here, mister?"

"I just want to meet your brother." Perlahan sahaja Khalaifal menjawab dengan mata memandang ke bawah.

"My brother? Abang Zill ke?" Jejaka itu mengangguk.

"Jomlah masuk. Abang tak sedar kot awak dah sampai." Fityani menonong masuk ke dalam rumah sementara Khalaifal masih cuba menenangkan dirinya semula.

"Awak?"

"Yes?"

"Come in." Tak tunggu lama, laju sahaja Khalaifal mengekori langkah gadis itu. Baru sahaja dia masuk, dua susuk berumur tiba-tiba muncul dari dapur.

"Ibu, kawan abang datang." Beritahu Fityani ringkas.

"Mana abang kamu?" Fityani balas dengan bahu yang dijungkit, bermaksud dia pun tak tahu mana abangnya berada.

Khalaifal mampir lalu terus menyalami kedua-dua orang tua Zill. Bungkusan buah yang dibeli tadi turut diserahkan pada wanita berumur itu.

"Ini, saya ada beli sedikit buah mak cik."

"Alahai, buat susah-susah saja kamu ni." Pn. Hasniah mengambil plastik tersebut dengan senyuman.

"Tak ada apalah mak cik."

En. Wadi yang berada di situ tiba-tiba terperasan sesuatu. Susuk Fityani yang memandang lama wajah teman Zill menghadirkan rasa pelik pada jiwa sang ayah.

"Eh? Kau dah sampai?" Muncul susuk Zill entah dari mana.

"Haah, baru sampai tadi."

"Jomlah naik atas, kita masuk bilik aku." Ajak Zill dan perkara itu dipersetujui oleh Khalaifal tanpa banyak bunyi. Sebelum dia mengekori langkah rakannya, sempat dia mengerling pada gadis yang sedari tadi menjadi pemerhati mereka.

Langkah yang hendak mengekori Zill terhenti sejenak dan Khalaifal bergerak menuju kea rah Fityani. Si gadis yang sedar bahawa Khalaifal sedang menuju ke arahnya hanya memberikan satu renungan tidak mengerti.

"Here, take this." Satu bungkusan diberi pada Fityani.

"For me?" Soal gadis itu siap jari telunjuk sudah naik menunjuk ke diri sendiri.

Khalaifal membalas secara non-verbal sahaja.

"Apa ni?"

"Waffle." Terkedip-kedip Fityani memandang jejaka itu sebelum melihat bungkusan yang diberi. Dua kepingan waffle yang masih terasa panasnya membuatkan gadis itu terkelu.

"Ma-masa saya nak beli buah tadi saya ada ternampak kedai waffle dan memandangkan saya akan jumpa dengan awak, jadi ...." Jejaka itu gosok belakang lehernya sambil memandang sisi. Sedikit pun wajah Fityani tidak dipandang.

"Awak belikan untuk saya?" tanya Fityani dengan nada tidak percaya. Manakala jejaka itu pula sudah mengangguk dengan telinga yang sedikit merah. Barangkali segan untuk mengiakan perkara tersebut.

"That's unexpected. Thank you, handsome." Spontan sahaja gadis itu berkata tanpa sedar bahawa terdapat beberapa mata yang memerhati mereka.

Dushh.

Bertambah merah terus wajah jejaka itu dek diusik Fityani. Tidak tahulah kenapa tetapi gadis itu sentiasa membuatkan jantungnya berdetak laju semacam.

Fityani mengangkat wajahnya dari terus memandang waffle tersebut. Tengok waffle itu lama-lama membuatkan dia terliur. Ni kalau makan sementara waffle masih panas-panas macam ni memang sedap uit!

Tetapi tatkala melihat riak Khalaifal itu, tidak dapat tidak senyuman kecil terukir di bibir si gadis.

Awww, he's blusing.

Zill menyembunyi senyumnya manakala Pn. Hasniah dan En. Wadi pula saling berpandangan. Sedikit pelik dengan tingkah anak dara mereka itu.

"Ehem! Fal, kata ada benda nak bincang? Jomlah naik bilik aku. Atau kau sebenarnya datang ke sini sebab nak jumpa dengan adik aku?"

"B-bukanlah." Dengan telinga yang bertukar merah, dia buka langkah menjauhi Fityani.

"Mana bilik kau?"

"Naik tingkas atas, dekat hujung sekali tu bilik aku." Balas Zill. Sempat dia mengerling muka gembira adiknya itu sebelum kembali menyambung langkah. Khalaifal yang sedang menahan segan dengan apa yang baru sahaja dia katakan tadi membuatkan Zill menyungging sinis.

'They're cute.'

KHALAIFAL FITYANI [C]Where stories live. Discover now