BAB 8 🧇

9 2 0
                                    


Tablet yang sedang bercahaya itu dipandang dengan muka kosong. Komputer di depannya pun hanya putih sahaja menandakan bahawa kerja dia sedikitpun tidak berjalan. Khalaifal masih hendak tambah sedikit perincian pada siri animasi dongeng mereka tetapi sayangnya sedikitpun lukisannya tidak menjadi.

Lukis, padam, lukis, padam.

Akhirnya Khalaifal give up.

Pen stylus yang berada di jemari diletakkan di atas meja manakala belakang badan sudah dibawa bersandar ke kerusi. Khalaifal tarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya sedikit demi sedikit.

Tak boleh jadi ni.

Pandangan diluruskan ke depan. Dalam hati dia berkira-kira untuk menanyakan sesuatu tetapi Khalaifal tidak yakin tindakannya ini betul atau tak. Akhir sekali, jejaka itu memutuskan untuk terus bertanya memandangkan hanya itu sahaja pilihan yang dia ada sekarang ini.

"Hey Zill."

Zill menjawab dengan riak wajahnya sahaja. Dia yang duduk bertentangan dengan Khalaifal terus merenung ke depan setelah beberapa saat berlalu dan masih tiada balasan yang diterima. Pelik juga Zill saat ini. Tak silap tadi rakannya itu ada memanggil dia, sekarang dah kenapa senyap semacam?

"Fal? Asal panggil aku?"

Kedudukan meja kerja mereka saling berhadapan walaupun sebenarnya kedua-dua lelaki itu mempunyai bilik masing-masing. Bilik yang mereka gunakan ini pula merupakan bilik rehat. Entah mimpi apa Zill dan Khalaifal buat kerja dekat bilik rehat ni tiada siapapun yang tahu sebabnya. Mungkin sebab tempat itu lebih seronok berbanding di bilik kerja masing-masing agaknya.

"Kau sibuk ke sekarang?"

"Tak adalah. Asal?"

Khalaifal diam buat beberapa saat. Telinganya pula sudah berubah menjadi merah. Melihat itu, Zill terus letakkan pennya lalu kerjanya ditinggalkan. Dia seakan boleh agak topik Khalaifal pada saat ini.

"Kau nak tanya tentang adik aku kan? Kau nak tanya apa?" Tembak Zill dengan soalan.

Dia tahu kalau rakannya ini segan sebegini, itu tak lain tak bukan pasti sebab adiknya. Mana pernah Khalaifal bertanya sesuatu sampai memerah seperti ini kalau bukan tentang perempuan. Dan perempuan mana lagi yang hadir dalam hidup rakannya ini kalau bukan Fityani. Hanya adiknya itu saja yang suka mengusik si Khalaifal ni.

"Ma-macam mana kau tahu?" Telinga Khalaifal sudah bertambah merah. Sebenarnya sudah beberapa malam dia bermimpi susuk Fityani yang memakai baju kebaya, lengkap bersama dokoh, pending dan sanggul lintang di kepala. Dan itu semestinya membuatkan hari-hari Khalaifal tidak tenang.

"Adalah. Kau nak tahu apa fasal dia?"

"Ermm, di-dia dah a-ada sesiapa ke?" Zill senyap merenung Khalaifal sebelum perlahan-lahan bibirnya ternaik sedikit.

"Tak. Dia tak ada sesiapa sekarang."

Zill tongkat dagu.

"Sebenarnya adik aku baru putus tunang. Bekas tunang dia curang dengan perempuan lain." Jujur Zill memberitahu. Dapat dia melihat muka Khalaifal berubah sesaat sebelum kembali seperti biasa.

"Dia .... okey?"

"Hmm tak juga. Masa kau jumpa adik aku dekat kafe hari tu, masa tu dia baru saja discharge dari hospital. Badan dia kurang air dan darah dia rendah. Fityani pengsan sehari selepas mereka putus tunang."

"Kau nak adik aku? Aku lebih prefer kau jadi adik ipar aku dari jantan yang aku tak kenal." Zill berkata dengan nada serius.

Memang betul pun apa yang dia kata. Zill lebih suka Khalaifal jadi suami Fityani berbanding orang lain sebab dia sudah kenal luar dalam lelaki itu. Latar belakang Khalaifal juga dia sudah tahu jadi agak senang untuk Zill terima Khalaifal dalam keluarganya.

KHALAIFAL FITYANI [C]Where stories live. Discover now