Selesai sahaja dia membersihkan diri, Fityani turun ke bawah. Destinasi utamanya pastilah ke dapur. Sampai sahaja di dapur, susuk sang ibu dan kakaknya yang begitu sibuk menyiapkan sarapan menyapa retina."Ibu nak tolong apa-apa tak?" Fityani memanjangkan lehernya untuk melihat apa yang ibunya sedang buat. Kelihatan Pn. Hasniah hendak memotong kucai sementara Suha sedang membancuh tepung. Melihat itu, Fityani dapat agak bahawa menu sarapan mereka adalah cekodok kucai.
"Hmm? Tak ada apa dah. Tinggal nak goreng cekodok ni saja. Kamu pergilah duduk depan dengan yang lain. Kalau dah siap nanti ibu panggil ke dapur."
Fityani merenung muka Pn. Hasniah dengan riak ragu.
"Tak apalah. Fit boleh tolong." Di saat dia hendak memegang pisau, Suha terlebih dahulu menghalang tingkahnya.
"Tak payah mengada. Adik pergi duduk depan sana dengan ayah dan abang. Biar kakak dengan ibu yang handle dapur. Kami bagi adik peluang untuk adik berehat hari ni." Sempat Suha mengenyitkan matanya pada Fityani. Dan mendengar balasan tersebut, muka Fityani langsung berubah. Dahinya bergaris serta-merta.
"Kenapa-"
"Adik. Pergilah depan sana. Tinggal nak goreng cekodok saja ni, kamu duduk dengan ayah dulu ya?" Pn. Hasniah menggosok kepala anaknya itu dengan senyuman lembut sebelum mengambil kuali. Bancuhan cekodok sudah siap dan sekarang dia tinggal nak menggorengnya sahaja.
Lambat-lambat gadis itu mengangguk sebelum dia berpaling untuk ke depan. Tetapi sebelum beredar, Fityani sempat mengalihkan wajah untuk memandang sang ibu buat kali yang terakhir.
"Betul ni tak nak adik tolong?" Fityani bertanya sekadar ingin memastikan keputusannya adalah betul.
"Ya betul. Dah shuhhh, pergi duduk depan."
"Betul ni?"
"Ya Allah budak ni. Betul Salwa Fityani Binti Wadi Jabbar. Dah pergi sana." Sang ibu buat gaya menghalau. Dia yang hendak menggoreng cekodok pun tak senang dibuatnya.
"Fine." Dengan langkah tidak yakin, Fityani akhirnya pergi ke ruang tamu. Sampai sahaja di sana, En. Wadi pantas mengamit Fityani untuk duduk di sebelahnya. Akur, gadis itu mengikut sahaja apa yang ayahnya buat.
"Ayah buat apa?"
"Ayah baca surat khabar. Kamu dah mandi?"
"Dah."
"Patutlah wangi betul anak ayah ni." Pipi Fityani dicubit sedikit.
"Hmmm." Fityani meletakkan kepalanya ke bahu lebar En. Wadi. Mulut yang ingin menguap ditutup dengan belakang tangan.
"Amboi manjanya dia." Satu usapan terasa di atas kepala.
Fityani mendongakkan wajah dan susuk Zill dilihat dengan riak kosong.
"Sukalah tu berkepit dengan ayah." Usik Zill sebelum mengambil tempat di sofa yang lain. Fityani yang mendengar usikan itu hanya diam sahaja tidak membalas. Dia membetulkan kedudukan lalu lengan sang ayah dililit erat, membuatkan kedudukan mereka semakin rapat.
"Anak ayah okey tak ni?" Fityani diam buat beberapa saat sebelum mengangguk kecil.
"Jangan fikir sangat apa yang dah jadi. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik saja." Pesan En. Wadi lembut. Walaupun dia tak tahu apa yang Fityani sedang fikir tetapi gerak hatinya sebagai ayah mengatakan bahawa Fityani masih berfikit tentang kes curang Isfam.
"Sarapan dah siap!" Laung Suha didapur setelah beberapa minit berlalu.
"Adik, jom sarapan?" Fityani mengangkat kepalanya dari bahu sang ayah. Dikala dia hendak bangun, kepalanya terasa menyengat tiba-tiba tetapi Fityani abaikan sahaja. Akan tetapi, di saat dia mula melangkah, entah bagaimana pandangannya menjadi samar bahkan tubuhnya hilang keseimbangan secara tiba-tiba.
Buk!
Satu bunyi yang kuat membuatkan semua terus menoleh.
Terbutang mata En. Wadi tatkala melihat tubuh Fityani yang terbaring di lantai.
"Adik!"
"Macam mana keadaan adik, Aida?" Soal Pn. Hasniah dengan wajah risau. Kedua belah tangannya diramas-ramas dek gelisah. En. Wadi di sebelahnya pula mengusap lembut belakang tubuh isterinya agar dapat menenangkan gundah di jiwa isterinya.
Zill dan Suha yang turut memandang wanita berkot itu dengan renungan risau.
"Badan Fityani kurang air bahkan darah dia sangat rendah. Mungkin sebab itu dia pengsan tadi."
"Allahu."
"Ibu. Ibu jangan risau. Overall adik baik-baik saja. Dia hanya perlukan rehat yang secukupnya." Laju Aida berkata tatkala dia perasan riak sang ibu. En. Wadi yang perasan keadaan isterinya terus membawa tubuh Pn. Hasniah masuk ke dalam pelukan.
"Shhh, it's okay Has. Adik tak ada apa-apa. Dia hanya perlukan rehat sahaja." Pujuk En. Wadi menenangkan. Bangku yang berdekatan dihampiri lalu tubuh isterinya didudukkan.
"Boleh saya tahu, kebelakangan ni ada apa-apa jadi ke? Tubuh Fityani nampak kurus. Dia ada tertekan? Atau mungkin dia terlalu paksa diri ke?" Tanya Aida pada Zill dan Suha dengan nada perlahan. Dia tak mahu bakal ibu dan ayah mentuanya dengar soalannya itu sebab itulah dia menyoal adik beradik Fityani.
"Isfam curang dengan dia." Jawab Zill ringkas.
Riak wajah doktor itu berubah.
"Awak tak bagitahu saya pun?" Terkejut Aida mendengar perihal itu.
"Tak sempat." Zill gosok belakang lehernya manakala Aida kecilkan mata memandang tunangnya itu. Suha yang melihat itu hanya tersenyum pasrah. Nasib diri, nak buat macam mana dia masih single. Bertabah sajalah~
"Saya syak Fityani terlampau stress kerana asyik memikirkan kes curang Isfam, otak dia jadi penat menyebabkan badan dia kepenatan kerana tidak cukup rehat." Zill dan Suha mengangguk faham.
"Dan Zill, awak hutang penjelasan dengan saya." Aida memberi amaran dengan muka yang dibuat-buat garang.
"Ya-ya, nanti saya explain." Balas Zill dengan muka redanya.
"Doktor Aida!" Satu laungan menyentakkan mereka. Suasana bertukar cemas tatkala beberapa ambulans tiba membawa pesakit.
"Ya kejap!" Balas Aida sebelum kembali memandang Zill dan Suha.
"Saya dah masukkan air dalam badan adik. Buat masa sekarang ni kita tunggu saja adik bangun. Insya-Allah, esok atau lusa adik dah boleh sedar. Saya kena pergi sekarang nanti akan ada nurse yang pantau adik. Suha, buat masa ni bawa ibu dan ayah pergi ke tempat lain. Sini akan jadi sedikit sesak.
"Sure."
YOU ARE READING
KHALAIFAL FITYANI [C]
Short StorySHORT STORY . . . Kerana bersama awak, semua terasa indah.