"Even we are not destined together, I will be with you forever"
•••
Hari ini, ialah hari yang dimana dia dikeluarkan dari hospital. Bermakna dia akan balik semula ke rumahnya.
Qaish juga ada mengajaknya untuk pergi ke majlis yang akan diadakan ke rumah Qaish. Namun, Natalieya berasa seakan tidak mahu pergi. Seolah-olah hatinya berkata jangan.
Apa yang akan berlaku jika dia pergi ya?
Entah!
Apa-apa pun dia berasa lega kerana tidak perlu menginap di hospital lagi. Makanan di hospital juga tidak sama seperti makanan yang Qaish masakkan buat dia.
Eh! Nama Qaish juga yang nak diselitnya. Angau ke apa dia ni?
Perkara yang pertama dia ingin lakukan ialah tidur di katil kesayangannya. Chelsia!
Siapa Chelsia tu?
Chelsia ialah satu gelaran nama buat katil kesayangan Natalieya di kondominiumnya. Ibaratnya, kalau sehari tidak tidur di katil kesayangannya, rasa rindu.
Haha!
Haih! Mahu tidak mahu, dia harus pergi juga ke majlis yang akan diadakan di rumah Qaish. Dia juga sudah setuju dengan tawaran yang diberi. Jadi, apa yang harus dia lakukan kalau bukan ikut sahaja ke majlis yang akan diadakan.
"Kenapalah aku setuju ya? Sedangkan boleh tolak tapi nak jugak setuju. Cakap bodoh karang marah! Sabar ajelah!" Natalieya mengutuk dirinya sendiri.
Kedengaran pintu dikuak perlahan.
Siapa lagi kalau bukan Qaish Adyyan Mikhael? Jejaka tampan dan hangat pilihan semua orang!
Tapi bukan lelaki...
"Dah siap ke? Kalau dah siap kita gerak sekarang. Majlis mula dalam beberapa minit lagi," Qaish mula menarik bagasi milik Natalieya.
"Sudah.. You yang lambat. Habis sakit kepala I tunggu you tau!"
"Sorry la. Aku makan tadi,"
"Then? Kenapa tak bawak kat I sikit?" Natalieya mula bengang. Period hormon mungkin!
"Sabarlah! Yang kau nak marah aku kenapa? Bendera merah ke apa? Tak relax langsung!" Qaish membela dirinya sendiri. Dia sendiri pun tak tahu apa-apa dia pula yang kena. Tak aci!
Natalieya menjeling ke arah Qaish.
Tanpa basa basi, Natalieya keluar daripada bilik wad tersebut.
"Woi! Tunggu la aku!" Laung Qaish tanpa memandang kiri dan kanannya. Malu oi!
Natalieya yang didepan hanya menutup telinganya. Habis merah mukanya akibat jeritan Qaish itu.
"Qais! Oo Qais!" Kuat suara Datin Marlina memanggil Qais.
"Apa mama?" .
"Qaish mana? Majlis dah nak mula ni. Takkan dia tak sampai lagi kut?" Datin Marlina menyoal.
"Dia pergi ambil Natalieya lepas tu dia pergi ambil baju Natalieya,"
"Abang!"
"Mak kau hijau!" Latah Qais sambil melompat ke atas sofa itu.
Mana taknya, Qaifreena menyergahnya dari belakang. Nasib ada Datin Marlina. Kalau tidak..
Hm..
"Assalamualaikum.." Qaish memberi salam.
"Walaikumusalam.. Ha balik pun kamu. Ini ke Natalieya? Cantik orangnya! Mama suka!" Laju Datin Marlina memuji Natalieya yang disebelah Qaish itu.
"Amboi mama.. Sabar dulu. Dia baru aje keluar wad, mama dah sergah dia macam tu. Sabo ma sabo!" Qais berkata tenang. Kaki disilang naik ke atas.
"Mana taknya. Cantik sangat orangnya! Suka mama tengok! Sejuk hati.. Kalau dapat jadi menantu ni.. Kan best!"
"Huh! Dia mula dah tu dia mula dah!" Kali ini, giliran Dato' Qasyah pula berkata.
Tersipu-sipu malu Natalieya dibuatnya.
Tetamu semakin lama semakin ramai.
"Natalieya, pergi la ambil makanan yang kamu nak makan ya sayang? Makan banyak-banyak. Nanti malam ni tidur sini ya?.."
"Err, saya tak tahu lagi auntie.. Saya tengok Qaish dulu. Kalau Qaish setuju saya pun setuju la auntie. Bukan apa, takut nanti menyusahkan auntie, uncle and Qaish.." Dengan sopan santun Natalieya membalas.
"Ehh jangan panggil auntie! Panggil aje mama ya?. Tak apa, pasal tidur tu nanti mama pujuk Qaish suruh Natalieya tidur sini. Apa-apa nanti senang,"
Ya.. Dapat dia rasa sekarang ini dia hanya memberikan senyuman kekok. Tak terlalu kekok dan tak terlalu ikhlas. Biasa-biasa sahaja.
"Dah, pergi makan dulu. Ke, nak mama panggilkan Qaish? Kalau tak mama pergi panggilkan.."
"Tak apa! Saya boleh pergi sendiri. Terima kasih.. Ma.. Mama!"
Tersenyum manis Datin Marlina melihat Natalieya. Sungguh menyejukkan mata!
Natalieya mula berlalu pergi untuk mengambil makanan.
Dalam dia tengah sibuk mencari makanan. Tiba-tiba dia terasa pipi mulusnya basah dek kerana air mata. Terasa rindu pula dia kepada ibunya iaitu, Puan Xalora.
'Mama.. Rieya rindu mama. Mama, kenapa mama tinggalkan Rieya? Kenapa mama?' Getus hati kecil Natalieya. Terasa rindu makin menjadi.
"Tatak tomey! Kenapa tatak tomey nanes? Tatak tomey nanan nanes! Awish kan ada!" Pujuk kanak-kanak kecil itu.
Pantas Natalieya mengelap air matanya. Tidak mahu budak di sebelahnya melihat air matanya.
"Aww, you ni anak siapa? Kenapa comel sangat?"
Merah pipi kanak-kanak yang bernama 'Awish' itu.
"Natalieya.. Kau dah ambil makanan ke?" Sampuk Qaish dari belakang.
"Eh Darwish! Ibu mana?. Kenapa duduk sini sorang-sorang ni?" Qaish menyoal sambil mendukung Darwish dengan berhati-hati.
"Ibu ada kat cana! Awish pegi sini cebab nampak tatak tomey nanes! Awish nak pujuk tatak tomey!" Adu Darwish. Jari telunjuknya tepat ditujukan ke arah Natalieya.
Qaish memandang Natalieya dengan hairan. Nangis?
"Tak apalah. Darwish pergi kat ibu dulu. Biar abang pujuk tatak tomey awak ya.."
Darwish mengangguk.
"Kau nangis?" soal Qaish. Pinggan Natalieya yang berisi lauk pauk itu diambil.
"Taklah! Mana ada I nangis. Budak tu salah tengok kut. I okey aje," auta Natalieya. Air nata cuba ditahan agar tidak tumpah menyembah bumi.
"Kau boleh tipu aku Natalieya. Tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri."
Tanpa menghiraukan semua yang berada berdekatan dengannya, Natalieya menghamburkan tangisan yang sedari tadi ditahan.
"Sakit you.. Sakit!. I rindu family I. I rindu mama I. Kenapa hidup I macam ni you? Kenapa? Apa salah I?" Natalieya menyoal bertalu-talu kepada Qaish.
Selama ini.. Senyuman yang selalu diukir ialah palsu.. Natalieya hanya menggunakan senyuman untuk menutup seribu kesedihan.
Sakit!
"Itu ujian buat kau Natalieya.. Allah takkan uji hamba-Nya lebih dari kemampuan hamba-Nya. Allah uji sebab Allah sayang Natalieya.." Lembut Qaish memujuk Natalieya. Tidak mahu hati gadis yang awalnya sudah ada luka dan kini, bertambah lukanya.
"Hiks.. Sakit.. Sakit sangat.."
Natalieya hanya mampu memujuk dirinya sendiri. Walaupun dia inginkan rumah yang sebenar. Rumah bahagia dia sendiri.
Akan tetapi.. Siapakah dia untuk meminta semua itu?
Layakkah dia?
Tidak.
Sedikit pun tidak.
-31/10/24
•••
Stay tuned for the next part!
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Romance•┈♛ 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚♛┈• ★𝐐𝐀𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 1★ 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐏𝐀 perlu perlu mencintai sedangkan boleh dicintai? Itulah 𝐗𝐀𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐄𝐘𝐀 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐄𝐘𝐀 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐄𝐍. Seorang gadis yang berumur 23 tahun dan mempunyai...