𝐏 𝐀 𝐆 𝐄 24

13 4 1
                                    

" Even we are not destined together, I will be with you forever"

•••

"Abang nak bincang apa dengan saya? Ada hal penting ke bang?" Datin Marlina mula membuka topik perbincangan.

"Awak rasa.. Qaish tu rapat dengan Natalieya?"

"Boleh tahan jugalah. Sebab saya tengok diaorang itu pun macam serasi. Sayang pula bila nak dilepaskan masa balik nanti. Bosanlah saya tak ada Lie nanti.. " Suara Datin Marlina seakan-akan sayu saja. Tidak mahu melepaskan Natalieya untuk pergi keluar dari rumah mereka.

"Bukan pasal tu Mar.. Saya rasa.. " Ayat Dato' Qasyah tergantung sejenak.

"Rasa apa bang?" Soal Datin Marlina sambil menghirup kopi yang telah dibuat olehnya.

"Saya rasa macam nak satukan mereka berdua.. "

PFTT!

Habis tersembur kopi yang dihirup itu. Tepat terkena pada bahagian muka Dato' Qasyah. Mukanya redha sahaja.

Nak marah, tapi sayang!

"Berul ke bang? Abang jaga main-main! Abang cakap la bang! Betul ke bang? Abang!" Laju saja Datin Marlina menyoal selepas Dato' Qasyah melepaskan hajatnya untuk berkata.

"Saya yakin.. Tapi saya tak tahu anak-anak kita tu.. Saya takut masing-masing tak setuju dengan cadangan kita. Awak tu, nak ke Natalieya? Biasa awakkan tak minat perempuan free hair ni," sindir Dato' Qasyah.

Jangan ingat dia lupa tentang kejadian tarik menarik rambut 5 bulan lepas.

Flashback.

"Ma, ni kawan Qaish tu. Mama berkenan dengan dia?" soal Qaish. Risau juga dia kalau-kalau Datin Marlina tidak berkenan dengan teman wanitanya.

"Hello aunty, nice to meet you!" Mesra sekali wanita itu menyapa.

Datin Marlina menilik tubuh dan pakaiannya dari bawah sehingga atas. Side eyes era!

"Walaikumusalam. Kau ke perempuan gilaan Qaish ni? Tak adalah elok mana. Baju terbuka sana terbuka sini. Tak cukup kain. Macam ni nak jadi menantu aku?" Laju saja mulut menyembur teman wanita Qaish. Bukannya ingin menyindir, tetapi itulah hakikatnya. Teruk!

"Apa aunty ni! Kalau tak suka cakap ajelah! Tak payahlah sampai nak menyindir!" Bengang wanita itu. Bengang apabila Datin Marlina mengetuk tentang dirinya.

"Apa? Tak suka? Keluar."

"Macam ni aku nak jadikan kau menantu aku. Memang tidaklah. Muka kalau boleh kau letak banyak lagi tepung. Kalau muka macam Nabila Razali tak apalah juga. Ni.. Macam beruk belakang rumah aku tu,"

"You! Tengok mama you ni. I nak baliklah!"

Terus sahaja wanita itu keluar tanpa menyalami tangan Datin Marlina.

End of flashback.

Bila teringatkan kejadian itu, malu sendiri Datin Marlina dibuatnya. Tetapi itu sudah sememangnya benar. Jadi, dia tidak takut untuk mengatakan benar.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now