"Even we are not destined together, I will be with you forever"
•••
"Aku Megat, kawan dia." Megat mengakui bahawa dia ialah kawan kepada Natalieya. Natalieya yang berada ditepinya seakan-akan geram dengan sikap Megat.
"Ha? Bila masa dia ada kawan?. Kau siapa?" Qaish menyoal. Kening diangkat tinggi.
Dia memandang tepat ke arah wajah Natalieya yang jelas menunjukkan bahawa dia tidak tahu dan dia bingung atas apa yang terjadi.
"La! Dia tak bagitahu kau ke bro? Aku kawan lama dialah!" Sekali lagi Megat akui Natalieya ialah kawan lamanya.
"Oh! Tak apalah kalau macam tu. Sorry bro, dia pun tak kenal kau. Dia lebih kenal aku berbanding kau. Anggap ajelah ini kebetulan. Cau!"
Selepas Qaish berkata, dia mencapai tangan Natalieya yang berada di samping Megat. Mereka berdua terus menuju ke arah kolam yang telah disediakan oleh pihat hotel yang mereka duduki.
Datin Marlina, Dato' Qasyah, Qaifreena dan Qais pula akan turun ke bawah selepas mereka menyiapkan diri sendiri. Jadi, Qaish membuat keputusan untuk turun bersama Natalieya dahulu.
"Siapa tadi?" Dingin Qaish menyoal Natalieya. Mukanya jelas ketakutan apabila Qaish menyoalnya dengan nada yang dingin.
"M.. Mana I tahu. Jangan tanya I. Tanya la dia. I tunggu you je tadi. Lepastu mamat tu datang tegur I. I pun diam ajelah," Natalieya menceritakan perkara yang sebenar. Tidak mahu Qaish tersalah faham.
Qaish hanya menganggukkan kepalanya. Tidak mahu menyoal lebih.
"Woi Qaish!" Panggil seseorang dibelakang. Lantas kepala tertoleh mengikut suara yang memanggil namanya.
Qais.
"Apa dia?"
"Asal tak tunggu aku hanat. Penat aku kejar kau tahu tak cibai," kata Qais sambil mengeluarkan carutan.
Termengah-mengah dia mengejar langkah besar abangnya itu. Padahal, ketinggian mereka sama sahaja. Tidak tahu bagaimana Qaish boleh melangkah sebesar itu.
"Mana yang lain?"
"Mama and papa tak turun. Diaorang nak rehat. Feena pula hilang. Tadi dia kejar aku. Pastu aku kejar kau,"
Pap!
"Bodoh. Yang kau pergi tinggal dia kenapa lahanat?. Sekarang ni nak cari dia kat mana? Ha kau sorang aje cari. Kitaorang nak pergi mandi."
"Kau... Nak pergi mandi dengan dia? Bodohnya. Tak kahwin lagi dah buat maksiat. Kesian kakak ipar aku jadi mangsa. Natalieya, lepasni you jangan kawan dengan bapa syaitan ni. You kawan dengan I je. I ni lelaki kiriman syurga tahu!" Sengaja Qais mengapi-apikan keadaan. Lengan baju Natalieya di tarik sedikit untuk menjauhi Qaish.
"Apa bodoh! Feena mana Feena?"
"Abang! Asal tinggal Feena. Penat Feena lari. Kalau ni taman bunga tak apalah juga. Ni, haih.. " Qaifreena datang dengan keadaan yang jelas kelihatan dia kepenatan.
"Sorry, sorry. Aku kejar abang kau la punya pasal. Dah tinggal kau,"
"Bongoklah kau ni bang. Yang kau tinggal aku sebab dia kenapa. Nasib ada abang handsome tu tunjuk jalan tahu?. Tapi mat! Sumpah handsome!" Qaifreena menceritakan apa yang terjadi semasa dia di dalam kesesatan.
FLASHBACK
"Mana dia ni. Bodoh betullah pergi tinggalkan aku. Tak pasal-pasal kena jalan sorang-sorang. Bodoh betul!" Qaifreena bermonolog sendiri. Beg di tangannya naik menggalas di bahu.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 | 𝐒𝐔
Romance•┈♛ 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚♛┈• ★𝐐𝐀𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 1★ 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐏𝐀 perlu mencintai sedangkan boleh dicintai? Itulah 𝐗𝐀𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐄𝐘𝐀 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐄𝐘𝐀 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐄𝐍. Seorang gadis yang berumur 23 tahun dan mempunyai syarik...