☁️📸H A P P Y R E A D I N G📸☁️
SABRINA bersandar lemah di sofa empuk berwarna kelabu itu. Dia mengeluh panjang lalu meletakkan tangannya di atas kepala yang berlapik dengan tudung bawal. Dia penat dan letih layan kerenah baby Aulia hari ni.
Semasa mereka di taman tadi bukan main manja baby Aulia dengan Riduwan dah macam manja dengan bapak sendiri. Naik cemburu dia bila tengok baby Aulia sengaja manja dengan Riduwan depan dia tadi. Hormat orang single please. Cara baby Aulia manja dengan Riduwan seperti merindui seseorang yang telah pergi.
Makin segan dia dengan Riduwan bila dapat anak selamba bermanja dengan orang.
Riduwan pula asik turutkan saja semua pemintaan baby Aulia tadi. Semua kerenah dan cerewet baby Aulia Riduwan layankan saja tanpa merungut sedikit pun. Riduwan layan baby Aulia tadi seperti orang yang teringin mempunyai anak.
Riduwan tak banyak bercakap dengan dia tadi tapi Riduwan banyak bercakap dengan baby Aulia. Cakap pun sepatah-sepatah je. Senang kata bercakap bila perlu saja kalau tak perlu tak bercakap lah dia. Riduwan tak minat perempuan macam dia ke atau Riduwan dah berpunya?
Melepas lagi lah kalau Riduwan dah berpunya. Dia ni dah lama single, tak ada orang nak ke?
"Sabrina!!!"
Sabrina tersedar dari lamunannya saat terdengar jeritan dari seseorang memanggil namanya. Hilang semua fikiran dia tentang Riduwan tadi.
Sabrina mengerdipkan matanya berkali-kali sambil memandang wajah Hakim Iskandar yang berdiri dihadapannya.
Hakim Iskandar, abang ipar Sabrina suami kepada kakak sulung Sabrina.
"Kenapa?" ujar Sabrina dengan kerutan didahi
Hakim Iskandar mengeluh berat lalu merenung wajah kepenatan Sabrina. Tangan naik memeluk tubuh sendiri sebelum membuka bicara.
"Pergi mana tadi? Kenapa tak bagitahu abang yang Sabrina bawa baby Aulia pergi taman? Kenapa?" soal Hakim Iskandar, tegas.
Sabrina menelan air liurnya berkali-kali. Wajah Hakim Iskandar kali ni benar-benar seperti singa kelaparan, tunggu mangsa sebelum menerkam.
Sabrina membetulkan kedudukannya dan memberanikan diri membalas renungan maut dari Hakim Iskandar.
"Sab pergi jumpa Aqila tadi dekat cafe and then Sab memang nak balik tadi tapi baby Aulia merengek nak pergi taman. So Sab terpaksa lah bawa baby Aulia pergi taman." terang Sabrina laju dan sekali nafas. Tercungap-cungap dia mengambil nafas.
Anak mata Hakim menjegil tajam memandang wajah tidak bersalah Sabrina.
"Then kenapa tak bagitahu abang? kenapa tak WhatsApp atau pun call abang?"
"Alasan apa pula nak bagi?" kata Hakim
Sabrina tersengih sampai menampakkan gigi putihnya.
"Phone Sab habis bateri" bidas Sabrina laju dan menayang phonenya yang habis bateri dihadapan muka Hakim.
"Bukan ke Sabrina selalu bawa powerbank? Kenapa tak pakai?"
YOU ARE READING
Nur Sabrina : His last Love | SU
RomanceNUR SABRINA | MUHAMMAD RIDUWAN Muhammad Riduwan menghidap penyakit kanser tahap 3. Peluang untuk dia bertahan dibumi Allah tidak akan lama. Bila-bila masa saja dia boleh pergi dari dunia ini. Dia seorang photograph yang suka menangkap gambar langit...