☁️📸H A P P Y R E A D I N G📸☁️
RIDUWAN berjalan tergesa-gesa tanpa melihat ke hadapan. Dia sedang menatap skrin phonenya penuh teliti. Riduwan tengah sibuk mencari kedai bunga yang berdekatan dengan tempat kerjanya melalui phonenya. Hari ni Riduwan perlukan bunga ros untuk photoshoot.
Riduwan yang fokus menatap skrin phonenya sehingga dia tidak sengaja terlanggar seseorang yang berjalan kearah sama dengan laluan yang dia gunakan.
"Aduh... sakit punggung aku!" jerit perempuan itu
Cemas Riduwan memandang ke arah wanita yang mengaduh kesakitan. Lekas Riduwan mencari luka yang berada di perempuan itu. Riduwan menunduk dan seraya itu dia meminta maaf atas kecuaian diri sendiri.
Rasa kesian pula Riduwan melihat ke arah perempuan yang dia langgar itu. Dah lah pendek, kecik pula tu.
Sabrina mengaduh kesakitan saat dahinya terlanggar dengan benda keras sehingga membuat dia jatuh terjelepuk dilantai. Sabrina mengusap punggungnya yang terasa sakit.
"Adik okay? saya minta maaf sebab langgar adik, saya tengah rushing ni. Maaf sebab saya langgar adik" ujar Riduwan penuh rasa bersalah
Disebabkan dia perlu cepat-cepat sehingga dia membuat orang lain jatuh sakit.
Sabrina mengerjapkan mata mendengar kata yang keluar dari mulut lelaki dihadapannya ini.
"Dia panggil aku adik? aku bukan adik, aku kakak lah. Aku dah besar umur aku 23 bukan budak-budak lagi tapi kenapa lelaki ni panggil aku adik? aku nampak macam budak-budak ke?" marah Sabrina di dalam hati
Sabrina bangun dari terduduk di atas lantai. Sabrina membersihkan debu yang berada diseluarnya. Dia mengangkat muka memandang lelaki itu. Terkedu Sabrina memandang wajah Riduwan yang berdiri dihadapannya ini begitu juga Riduwan terkejut melihat wajah Sabrina.
Sabrina terkerdip-kerdip matanya memandang wajah Riduwan. Jadi orang yang langgar dia adalah Riduwan nasib Riduwan kalau orang lain memang kena maki dengan dia. Sabrina tersengih memandang wajah Riduwan.
Riduwan juga terkejut saat melihat wajah Sabrina. Dia tidak sangka perempuan yang dia langgar adalah Sabrina. Alahai keciknya dunia ni sehingga dia dan Sabrina bertemu kembali setelah kejadian di taman minggu lepas. Dia sedikit rindu dengan figura Sabrina. Rindu dengan senyuman, gelak tawa dan kata semangat dari Sabrina.
"Sabrina? awak buat apa jalan sorang-sorang dekat sini?" tanya Riduwan, mulakan perbualan
Sabrina mengaru tepi kepalanya yang terasa gatal sambil itu dia merenung lama wajah Riduwan. Dia terlalu rindukan Riduwan.
"S─saya nak pergi kerja, awak buat apa dekat sini Riduwan?" tanya Sabrina, ingin tahu
Hilang semua rasa sakit yang berada di seluruh tubuhnya saat melihat wajah lelaki bernama Riduwan. Hanya Allah saja tahu bertapa rindunya dia pada Riduwan sehingga nama Riduwan disebut di dalam doanya.
"Saya tengah cari kedai bunga, saya perlukan bunga ros sekarang ni" kata Riduwan dengan
memberitahu tujuan dia ingin membeli bunga rosSabrin mengangguk kepala berkali-kali sambil merenung seluruh wajah kacak Riduwan. Dia terlalu rindukan Riduwan sehingga nama Riduwan tidak sengaja disebut di dalam doanya.
"Oh... ye saya lupa, awak okay Sabrina? dahi awak merah mesti sakitkan. Saya minta maaf sebab terlanggar awak, saya rushing tadi. Sorry tau" ucap Riduwan dengan bersalah
"Sokay, saya jalan pun tak pandang depan jadi saya pun salah juga. Saya minta maaf juga sebab buat badan awak sakit sebab terentuk dengan kepala saya. Sorry Riduwan" kata Sabrina dengan senyuman kecil
Riduwan mengangguk mengiyakan kata dari Sabrina. Riduwan membalas senyuman kecil Sabrina dengan senyuman lebarnya. Lega hatinya bila Sabrina kata dirinya okay. Nasib Sabrina tak ada luka teruk dekat tempat lain.
"Syukur Alhamdullilah awak tak ada cedera dekat tempat lain kalau ada macam mana saya nak berjawab dengan suami awak sebab buat awak terluka macam ni" kata Riduwan, resah
Tercengang Sabrina mendengar perkataan suami dari mulut Riduwan. Sabrina mengetap kuat bibir dan tersengih memandang wajah Riduwan. Jadi Riduwan ingat aku dah kahwin. Ya Allah patut lah susah betul nak mengorat Riduwan, rupa-rupanya Riduwan ingat aku dah kahwin.
"Saya tak ada suami, Riduwan" bisik Sabrina perlahan bersama keluhan kecil
Riduwan mengerutkan kening melihat Sabrina cakap sesuatu tetapi perlahan. Dia tidak dapat dengar apa yang Sabrina katakan.
"A─apa Sabrina? saya tak dengar"
Sabrina menggelengkan kepala laju. Sabrina berdehem sebelum tersenyun memandang Riduwan. Nasib tak dengar kalau dengar makin banyak ditanya pula Riduwan pada dia.
"Hm... Sabrina tahu tak dekat mana ada kedai bunga yang buka dekat dengan area sini?" tanya Riduwan ingin tahu
Sabrina tengah cuba hadam ayat Riduwan yang bertanya padanya. Sabrina mengemam bibir sebelum dia tersenyum lebar memandang wajah Riduwan.
"Kedai bunga? kenapa tak cakap dekat saya? saya ada kedai bunga sendiri, awak nak pergi tengok kedai bunga saya? Kalau awak sudi jom lah singgah kedai bunga saya. Nak?" ujar Sabrina semangat dan ceria mempelawakan kedai bunganya pada Riduwan
Riduwan tersenyum lebar mendengarkan kata itu dari Sabrina. Laju kepalanya mengangguk sambil merenung ke wajah cantik Sabrina. Sabrina penyelamatnya dan Sabrina juga permudahkan segala urusannya pada hari ini.
"Boleh, dekat mana kedai bunga awak? kalau jauh saya pergi ambil kereta saya bawa ke sini"
"Eh tak payah susah-susah, kedai bunga saya depan tu aje Riduwan. Tak jauh mana pun"
Sabrina menunjuk jarinya ke arah kedai bunga yang berada dihadapan sana. Kedai bunganya tidak jauh dengan tempat yang mereka sekarang berada.
Riduwan menoleh memandang tangan Sabrina yang menunjuk ke arah depan sana. Aik macam kenal aja bangunan tu. Bukan belakang bangunan Sabrina tunjuk tu bangunan kerjanya. Riduwan tersenyum lebar memandang bangunan itu.
"Jadi tempat kerja kita dekat aje Sabrina. Saya boleh datang kedai bunga awak bila-bila masa saja saya nak, saya boleh jalan kaki sekali" terang Riduwan dengan mengukir senyuman manis
Sabrina mengerutkan keningnya. matanya terkerdip-kerdip merenung wajah Riduwan. Dia tak faham dengan maksud Riduwan. Tempat kerja mereka dekat? sejak bila.
Riduwan tergelak kecil melihat wajah bele Sabrina sebelum menunjuk ke arah bangunan yang sama Sabrina tunjukkan tadi tapi dia tunjuk ke arah bangunan yang lebih tinggi dari bangunan Sabrina.
"Bangunan tinggi warna hitam tu tempat kerja saya, depan bangunan kerja saya tu bangunan kerja awak kan? warna pink tu?"
Mulut Sabrina ternganga luas sambil mengangguk lalu Sabrina mengukir senyuman senget. Jadi selepas ni dia boleh lah nak kacau Riduwan di tempat kerjanya sendiri. Ini lagi mudah kerjanya nak pikat hati Mr. Photograph, Riduwan.
"Saya tak pernah nampak pun bangunan tu muncul dekat belakang bangunan saya" kata Sabrina hairan
Riduwan hanya mengukir senyuman manis memandang wajah Sabrina.
"Bangunan tu baru je naik tak sampai dua bulan lagi. Saya pun baru je pindah bekerja di sini" balas Riduwan tenang
"Jom lah kita pergi kedai bunga saya Riduwan"
"baik"
Sabrina mengangguk lalu berjalan bersama Riduwan beriringan menuju ke arah sana.
TBC
YOU ARE READING
Nur Sabrina : His last Love | SU
RomanceNUR SABRINA | MUHAMMAD RIDUWAN Muhammad Riduwan menghidap penyakit kanser tahap 3. Peluang untuk dia bertahan dibumi Allah tidak akan lama. Bila-bila masa saja dia boleh pergi dari dunia ini. Dia seorang photograph yang suka menangkap gambar langit...