NSHLL | 02 ☁️📸

38 16 23
                                    

☁️📸H A P P Y R E A D I N G📸☁️

RIDUWAN membuka pintu rumahnya dan menutup pintu rumahnya perlahan. Dia berjalan lemah kearah ruang tamu. Badannya dihempas kasar di atas sofa berbulu berwarna hitam itu. Keluhan keluar dari mulut Riduwan.

"Huh... penatnya hari ni. Pagi pergi hospital, petang pergi taman, malam pergi kerja. Ya Allah penatnya..." ujar Riduwan bersama keluhan berat

Riduwan tersenyum lebar saat teringat kejadian tadi. Kejadian di mana dia menemani kedua insan itu bermain taman. Penatnya hilang saat teringat wajah ceria baby Aulia dan Sabrina tadi.

Baby Aulia sangat lah hyper tadi. Dia punya semangat tu sampai lupa macam tak ada hari esok. Baby Aulia terlalu manja dengan dia tadi, seperti dia pula ayah kepada baby Aulia. Baby Aulia manja dengan dia sampai Sabrina halang baby Aulia dari terus mengada nak bermanja.

Dia perasaan tadi Sabrina asik pandang muka dia pastu mengeluh dan cemberutkan muka. Pelik juga tadi tengok perangai Sabrina.

Dia tahu Sabrina marahkan dia sebab tak layan Sabrina. Tapi macam mana dia nak layan Sabrina. Sabrina kan isteri orang takkan dia nak terhegeh-hegeh kat isteri orang, nampak sangat dia macam lelaki murahan.

Tadi Sabrina soal dia macam-macam soalan seperti polis siasat jenayah. Sabrina cerewet dan banyak cakap, mulut tu tak pernah penat bercakap. Bercakap aje.

Sabrina perempuan yang menyimpan seribu satu luka didalam hati. Sabrina perempuan yang suka pendam masalah dan suka pendam rasa sakit yang sangat dalam. Dia tahu sebab dia tengok dari mata Sabrina. Sabrina memang perempuan yang kuat tapi dalam diam dia perempuan paling banyak luka dan kesakitan.

"Awak kerja apa Riduwan?" tanya Sabrina, mulakan sesi perbualan antara dia dan Riduwan

"Saya photograph" wajah Riduwan laju

Sabrina mengangguk lalu menanyakan lagi soalan yang muncul didalam kepalanya.

"Awak buat apa dekat taman ni? tangkap gambar ke?"

"Saya datang taman ni sebab nak ambil angin dan saya nak pujuk hati saya untuk terima kenyataan" kata Riduwan dengan memandang wajah cantik Sabrina

"Terima kenyataan?" Sabrina dengan mengerutkan kening.

Riduwan mengangguk laju dan memerhati baby Aulia yang sangat aktif bermain taman permainan.

Riduwan menoleh memandang wajah Sabrina. Kenapa Sabrina seperti semangat ingin tahu penyakitnya. Kalau Sabrina tahu Sabrina masih dah jumpa atau bercakap dengan dia ke?

Riduwan menghelakan nafas panjang. Dia mengenggam erat kedua belah tangannya. Wajah Sabrina direnung dalam oleh Riduwan.

"Terima kenyataan yang saya ada penyakit" rasa sesak hati Riduwan saat habis melontarkan kalimat itu.

Dia sengaja tidak memberitahu apa penyakitnya, cukup dia bagitahu dia ada penyakit aje. Mungkin Sabrina akan faham dan tidak menanyakan lagi apa penyakitnya.

Sabrina mengangguk perlahan dan memandang wajah Riduwan dengan pandangan sayu dan simpati. Dia mengukir senyuman kecil, cukup kecil. Rasa sebersalah menyelimuti hatinya kerana menanyakan soalan yang begitu sensitif bagi Riduwan. Riduwan tengah cuba pujuk hatinya untuk menerima kenyataan yang dia ada penyakit? Ya Allah sakitnya dugaan yang Riduwan kena tanggung.

Nur Sabrina : His last Love | SUWhere stories live. Discover now