☁️📸H A P P Y R E A D I N G📸☁️
SABRINA hanya fokus memandu kereta. Matanya memerhati jalan raya dan kawasan sekeliling. Hari ni jalan raya sangat sesak kerana ada kemalangan berlaku tadi. Mungkin dia akan terlambat masuk kerja kalau jalan raya sesak begini.
Baby Aulia yang berada disebelahnya hanya diam dan sibuk menikmati coklat kegemarannya. Dia tidak hiraukan apa-apa yang terjadi dikeadaan sekeliling.
Sabrina mengerling sekilas wajah baby Aulia sebelum kembali merenung jalan raya. Sabrina tersenyum lebar melihat baby Aulia sungguh khusyuk menikmati coklat kegemarannya. Sampai dia disebelah pun baby Aulia tak layan.
Ambil coklat tu kang.
"Baby Aulia makan coklat tak nak bagi mummy Sab sikit ke?" usik Sabrina
Baby Aulia mengangkat kepala memandang Sabrina sebelum menggelengkan kepala berkali-kali. Tangan baby Aulia memeluk erat plastic coklatnya. Takut mummy Sab curi coklatnya.
"No! ni coklat baby Aulia punya bukan mummy Sab punya"
Sabrina menayang wajah sedih dan berpura-pura merajuk memandang ke luar tingkap.
"Tak apa lah mummy Sab tak nak" kata Sabrina perlahan
Baby Aulia melihat itu mula gelabah. Dia mengangguk sebelum menyua coklat kegemarannya kearah Sabrina. Tapi air matanya bertakung ditubik mata. Sedih coklatnya kena berkongsi dengan mummy Sab.
"Alololo... mummy Sab berguraulah. Mummy Sab tak nak pun coklat baby Aulia. Baby Aulia makanlah mummy Sab tak kacau" pujuk Sabrina dengan mencubit pipi tembam baby Aulia
Muka baby Aulia yang sedih itu bertukar ceria selepas terdengar kata-kata itu dari Sabrina. Laju kepalanya mengangguk dan menyambung kembali makan coklat.
Sabrina tersenyum kecil dan kembali merenung jalan raya. Matanya mengerling sekilas saat phonenya berbunyi menandakan ada orang mesej.
Sabrina berhentikan kereta saat lampu isyarat bertukar warna merah. Dia mengambil phonenya. Notification dari Aslina. Applikasi WhatsApp dibuka. Chat dari Asrina dibuka dan dibaca Sabrina.
Sabrina mengeluh berat saat baca chat dari Aslina. Sabrina menatap skrin phonenya lama tanpa membalas chat dari Aslina. Dia membiarkan saja chat itu terbaca tanpa ada niat untuk membalas.
Aslina
Akak Sabrina bila nak balik?
Papa tanya, mama nak tengok
cucu dia baby Aulia, rindu.Sabrina melajukan kereta saat lampu isyarat bertukar warna hijau menyala. Dia akan hantar baby Aulia ke office Hakim dulu sebelum dia pergi bekerja.
Sabrina sudah sampai disyarikat Hakim Iskandar. Dia berjalan masuk bersama baby Aulia disebelah. Sabrina mempimpin tangan baby Aulia berjalan. Tergedek-gedek baby Aulia berjalan disampingnya.
"Eh... Sabrina nak jumpa Hakim ke" tegur Linda, pembantu peribadi Hakim Iskandar
Sabrina mengangguk kecil dan memberi senyuman terpaksa. Baby Aulia yang disebelah mengenggam kuat tangan Sabrina. Baby Aulia tidak suka dengan kehadiran Linda dan tidak suka keramaian.
"Hai! baby Aulia" sapa Linda ramah pada baby Aulia
Baby Aulia hanya membisu dan memandang saja wajah Linda tanpa ada rasa ingin membalas. Sabrina tersenyum kecil melihat perangai tidak suka baby Aulia.
"Hm... jom Linda bawa Sabrina ke bilik Hakim" ujar Linda sudah terbiasa dengan sikap tidak suka baby Aulia
"Baik"
Pintu bilik Hakim diketuk dari luar. Tak lama kemudian dia mendengar suara Hakim memberi
keizinan. Sabrina mendapat keizinan dari Hakim terus melangkah masuk bersama baby Aulia didalam dukungannya."Sabrina datang hantar baby Aulia?" tanya Hakim walaupun sudah tahu jawapan
Sabrina mengangguk dan memandang tajam kearah lelaki yang duduk disofa hadapan Hakim. Sabrina menayang riak tidak suka dengan kehadiran lelaki ini.
"Hai Sabrina" sapa Firash ramah dengan senyuman lebar
Firash Danial sahabat baik Hakim Iskandar. Firash Danial suka Sabrina sejak zaman remaja lagi tapi Sabrina tidak pernah suka kerana Firash Danial seorang lelaki yang kaki minum arak, kaki tidur perempuan dan paling Sabrina tak suka ialah playboy.
"Sab nak abang tolong jagakan baby Aulia hari ni. Sab sibuk hari ni sampai Malam, Sab tak ada masa nak jaga dan tengok-tengokkan baby Aulia" ujar Sabrina dengan menghiraukan kata dari Firash Danial
Hakim mengangguk laju saat terpandang wajah dingin Sabrina. Dia tahu Sabrina tak suka dengan Firash sebab tu dia jarang bagi Sabrina datang jumpa dia di office. Dia takut Sabrina tidak selesa dengan kehadiran Firash.
"Baby Aulia tak nak duduk dengan daddy. Baby Aulia nak ikut mummy Sab" ucap baby Aulia dengan gelengan, tangannya dieratkan lagi dileher Sabrina
"Baby Aulia tak boleh ikut mummy Sab hari ni. Mummy Sab sibuk hari ni, baby Aulia duduk dengan daddy dulu ye sampai mummy Sab habis kerja" kata Hakim kepada anaknya
Baby Aulia menggeleng laju kepala dan mengalir laju air mata dipipi tembamnya. Sabrina yang melihat itu terus mengusap wajah baby Aulia lalu memujuk.
"Jangan nangis baby Aulia. baby Aulia sayang mummy Sab kan?" pujuk Sabrina sambil mengelap air mata baby Aulia
"Sayang"
"Kalau baby Aulia sayang mummy Sab. Baby Aulia kena dengar kata mummy Sab boleh? baby Aulia duduk dengan daddy sampai mummy Sab habis kerja, lepas mummy Sab habis kerja mummy Sab datang ambil baby Aulia pastu kita pergi makan aiskrim nak?"
"Nak!!! mummy Sab janji ye ambil baby Aulia habis kerja nanti. Baby Aulia tunggu mummy Sab tau. Janji?" jawab baby Aulia ceria
"Mummy Sab janji, goodgirl" Sabrina tersenyum lebar dan melabuh ciuman di pipi baby Aulia
Hakim tersenyum saat melihat anaknya mendengar kata dari Sabrina dan baby Aulia ceria balik bila Sabrina pujuk. Sabrina pandai memujuk kanak-kanak kecil. Ada sifat keibuan didalam diri Sabrina. Baby Aulia terlalu manja dengan Sabrina selepas isterinya meninggal dunia, Asrina. Kadang-kadang baby Aulia mengingatkan dia kepada Asrina. Muka mereka berdua sama.
Firash dari tadi memerhati gerak geri Sabrina. Wajah Sabrina sangat cantik dan berkulit putih mulus membuat dia bertambah geram dengan kecantikkan Sabrina. Kesombongan Sabrina mencabar dirinya. Sudah lama dia bersabar untuk tidak menyentuh atau memaksa Sabrina tidur dengan dia. Dia nak buat Sabrina sendiri datang dan serahkan diri kepadanya.
"Mummy Sab pergi dulu baby Aulia. Jaga anak Sab elok-elok abang. Apa-apa terjadi dekat anak sab, Sab tak akan maafkan abang sampai bila-bila. Cukup kisah silam yang lalu, jangan ulangkan lagi kisah silam dengan perbuatan bodoh abang." tegas Sabrina memberi amarah keras pada Hakim, suara Sabrina mengejutkan Firash dari terus terbayang diri Sabrina.
"Sabrina nak pergi dah? nak Firash tolong hantarkan Sabrina tak?" tanya Firash lembut dengan senyuman manis
Firash cuba mengambil hati Sabrina dan cuba membuat amalan baik untuk membuat hati Sabrina luluh lalu menerima dirinya.
Sabrina diam dan menjeling wajah ceria Firash. Dia berjalan kearah pintu sebelum menghempas pintu bilik Hakim kuat. Hempasan dari pintu mengejutkan baby Aulia yang sedang leka bermain dengan patung beruangnya.
"Mummy Sab marahkan baby Aulia ke daddy" tanya baby Aulia perlahan dan memandang kearah pintu
"Tak sayang, mummy Sab tak marahkan baby Aulia. Mummy Sab dah lambat nak pergi kerja"
Baby Aulia mengangguk dan memandang kearah patung beruangnya.
"Baby Aulia rindukan mummy Sab" bisik baby Aulia perlahan
TBC
YOU ARE READING
Nur Sabrina : His last Love | SU
Любовные романыNUR SABRINA | MUHAMMAD RIDUWAN Muhammad Riduwan menghidap penyakit kanser tahap 3. Peluang untuk dia bertahan dibumi Allah tidak akan lama. Bila-bila masa saja dia boleh pergi dari dunia ini. Dia seorang photograph yang suka menangkap gambar langit...