LUR | 18

243 81 6
                                    

SETIBANYA di kampung, Lily terus bergegas ke bilik Tok Ikram. Melihat datuknya terbaring di atas katil dengan wajah yang penuh luka dan lebam membuatkan Lily hampir menangis.

Dia masih ingat lagi bagaimana jantungnya hampir gugut sewaktu dihubungi oleh Nek Hawa yang memberitahu Tok Ikram cedera dipukul Budi. Pagi itu juga Lily bergegas ke KLIA dan mengambil penerbangan awal ke Kelantan. Risaunya dia bukan kepalang.

Betullah, Budi diam ada sebab. Sia-sia sahaja dia cuba bersangka baik dengan adik sendiri, sedangkan Budi? Sanggup menganiaya darah daging sendiri sehingga lunyai.

"Atuk okey? Dah pergi klinik? Kalau belum, jom kita pergi sekarang. Lily suruh abang Fuad untuk hantarkan kita, ya?" tutur Lily, cemas.

Runsing dia melihat kondisi wajah Tok Ikram. Tepi bibir lelaki tua itu pecah dan ada luka calar di hidung. Malah, sebelah matanya turut tertutup kerana bengkak ditumbuk Budi.

"Tak payah, atuk dah okey. Setakat kena tumbuk, tak mati pun atuk kau ni, Lily. Dua tiga hari nanti, baiklah. Benda boleh tuam, buat apa sampai nak kena pergi klinik?"

"Lily tahu, tapi tak payahlah sampai sebut pasal mati. Apa salahnya kalau kita pergi klinik dan check apa yang patut dekat atuk? Nenek pun sama. Manalah tahu kalau ada penyakit yang kita tak tahu ke, bolehlah doktor tolong rawat sekarang."

Nek Hawa pantas menggeleng tatkala mendengar cadangan cucunya. Pergi klinik? Mati hidup balik pun dia takkan sesekali jejakkan kakinya ke sana.

Doktor yang berkerja di sana semuanya garang-garang. Lambat jawab sikit, confirm kena herdik. Langsung tak ramah. Nak senyum pun payah. Nek Hawa lagi rela tanggung sendiri sakitnya daripada dirawat dengan doktor seperti itu.

"Kalau ada penyakit pun, biarlah, Lily. Atuk dan nenek dah tua, tak ada guna nak rawat kasi sihat. Lama-lama nanti ke kubur juga kami ni."

Lily mencebik. Muka cemberut habis. Benci apabila Tok Ikram tak putus-putus berbicara soal mati. Dia tahu mati itu pasti, tapi tak payahlah sebut sebaik sahaja dia balik. Cakap pasal rindu kan lagi elok?

"Dahlah! Orang tak nak cakap pasal mati ni. Tak best! Nenek, Lily nak duduk sini sehari dua, boleh?" Topik perbualan diubah.

"Sehari dua aje? Tak nak duduk lama sikit ke? Nenek suka kalau Lily ada."

"Maaf, nek, tapi ada banyak lagi tempahan kek yang tak siap dekat rumah sewa sana. Jadi, Lily tak boleh lama-lama dekat sini," tutur Lily, serba-salah.

"Abang dah kata, jangan bagitahu Lily. Tapi awak degil. Nak juga bagitahu dia. Tengok, tak pasal-pasal kita dah menyusahkan budak ni." Tok Ikram pandang Nek Hawa yang duduk di hujung katil melalui ekor mata.

Si isteri hanya diam membisu tanpa membalas kata-kata si suami. Lily pula yang menggeleng kepala melihat perbalahan kecil antara datuk dan neneknya.

"Nenek buat benda betul, jadi atuk janganlah marahkan dia. Kalau tak, sampai ke sudah Lily tak tahu yang Budi tumbuk atuk. Dan cakap pasal Budi, dia macam mana?"










Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

SELESAI melakukan pemeriksaan rutin pra-penerbangan di luar, Raqib mencatatkan pemerhatiannya di clipboard sebelum kembali ke kabin. Di sana, dia bertemu dengan Lucy yang baru sahaja selesai mengemas kabin untuk penerbangan seterusnya.

"Is everything arranged, Lucy?"

"Yes, captain. Everything is done and the cabin is as neat as a pin. I dah bagi load sheet of our next flight dekat Aniq untuk you verify. Jangan lupa check nanti."

"Noted. Thank you so much, Lucy."

"You're welcome, captain. And oh! Janice ada buat sedikit sandwiches and snacks for the crews. Do you want some of it?" tawar Lucy kepada Raqib.

Memandangkan mereka masih ada sedikit masa sebelum menyambut penumpang seterusnya, ada baiknya semua kru termasuk juruterbang mengisi perut dengan snek ringan terlebih dahulu. Tambahan lagi, jadual penerbangan hari ini agak padat dengan penerbangan domestik memandangkan sekarang musim cuti sekolah.

"No, I'm good. Thank you for the offer, by the way."

"No problem, captain!"

Raqib senyum nipis sebelum mengatur langkah ke kokpit dan duduk di kerusinya di sebelah kiri. Safety vest ditanggalkan lalu dilipat kemas ke dalam flight bag.

"The weather looks tricky," ujar Aniq sambil menunjukkan data laporan cuaca pada iPadnya.

Raqib segera meneliti ramalan cuaca tersebut. "Precipitation rate is 17mm per hour at Penang. Crosswinds up to 25 knots? Woah, that's... challenging," katanya sambil mengetap bibir.

"Challenging is an understatement, captain," balas Aniq, sedikit sinis. "Kalau hujan tak reda, mungkin akan ada microburst. Kau pun tahu betapa bahayanya benda tu masa mendarat."

"Microbursts at touchdown are every pilot's nightmare. Kau dah check pilihan pendaratan alternatif yang lain?"

"Dah. Langkawi dan Alor Setar clear setakat ni. Aku pun dah maklumkan dekat ATC kalau kita kena alih pendaratan, just in case. But I'm guessing passengers won't be thrilled if we have to reroute."

Raqib sekadar tersenyum. "They never are, Aniq. But safety always comes first. Better to be late than to risk lives."

"Sebab ni aku suka fly dengan kau, Qib. Kau sentiasa tenang. Tapi aku nak cakap juga, nak landing dekat landasan basah dengan angin lintang macam tu... memang kau kena guna skil tahap dewa."

Raqib ketawa kecil sambil memulangkan iPad kepada Aniq. "I've handled worse. Ingat lagi tak tahun lepas dekat Kuching? Tropical storm with visibility down to 200 meters but we still managed a smooth landing."

Aniq ketawa sambil menggeleng kepala. "Kau jangan sebut pasal tu lagi. Tangan aku menggigil dan berpeluh teruk masa tu. Kau? Relax aje. Macam tak ada apa yang berlaku."

"It's all about preparation, Aniq. Sebab tu, kita kena double-check semua benda. No shortcuts, no overconfidence. And most importantly..." Tangan Raqib mendarat pada bahu Aniq. "...we rely on teamwork." Bahu rakannya ditepuk perlahan.

Aniq mengangguk. "Kau betul. Alright! Let's double-check everything and prepare for departure. Aku akan handle the cabin updates for now. Kalau ada apa-apa perubahan pada pelan penerbangan, bagitahu aku."

"Will do," balas Raqib sebelum menyemak dokumen load sheet di tangannya, memastikan tiada apa-apa yang dia terlepas pandang.

Lily Untuk Raqib [C]Where stories live. Discover now