NSHLL | 09 ☁️📸

4 2 1
                                    

☁️📸H A P P Y  R E A D I N G📸☁️

"KAU rasa kalau aku luah perasaan suka aku dekat Sabrina dia akan terima aku tak Kim?" tanya Firash Danial tiba-tiba

Hakim tergelak kecil mendengar kata itu dari Firash. Dia mengerling sekilas wajah Firash sebelum kembali bermain anak patung beruang bersama baby Aulia, anaknya.

"Are you serious Firash Danialsudah tentulah dia reject kau Rash. Kau ingat Sabrina akan terima lelaki macam kau? kau tengok tadi dia pandang kau macam mana, dia pandang kau dengan pandangan menjijikan. Jadi dia tak akan pernah terima kau Rash. Kau kena sedar tu"

Firash mengetap kuat bibir menahan geram dan amarah. Rahang Firash mengeras. Firash mengepal tangannya bentuk buku lima. Hakim seperti menghinanya, seperti dia tidak layak untuk bersama Sabrina. Dia tidak kesah apa jua sekali pun kata dari Hakim. Dia akan pastikan Sabrina jadi milik dia sepenuhnya walaupun dengan cara jahat sekali pun. Dia akan pastikan Sabrina berada dibawah dia.

"Ah... kau ni Kim macam kau tahu pula isi hati Sabrina sampai kau cakap dia tak akan terima aku. Jahat lah kau Kim, dia tak akan reject aku punya" ujar Firash pura-pura gelak

Hakim mengulingkan biji matanya ke atas. Firash ni tak faham bahasa ke apa ni? dia tahu lah Sabrina pernah cakap dekat dia, Sabrina tak suka lelaki macam Firash dan tak akan pernah suka.

"Rash kau kena sedar diri Sabrina tak akan pernah suka lelaki macam kau. Sabrina tak suka lelaki minum arak, main perempuan, playboy macam kau. Jadi kau kena sedar diri awal-awal sebelum kau menyesal di kemudian hari Rash" bidas Hakim selamba dengan keluhan kecil

Firash tergelak sinis, rahangnya bergerak-gerak lalu dia mengangguk kepalanya berkali-kali. Jadi dia terpaksa gunakan cara kasar untuk dapatkan Sabrina. Sabrina tak suka dia berlembut, Sabrina suka dia berkasar. Dia akan dapatkan Sabrina dengan cara memaksa dan paling kejam.

"Daddy... baby Aulia nak mummy Sab" rengek baby Aulia dengan memukul lengan Hakim

Hakim menghela nafas panjang, penat dengan baby Aulia. Dari tadi merengek meminta Sabrina pada dia bila cakap Sabrina tengah bekerja mula menangis.

"Ye sayang nanti mummy Sab datang ambil baby Aulia ye" kata Hakim pasrah

"Tak nak! baby Aulia nak sekarang!" jerit baby Aulia kuat dan nyaring

Hakim dan Firash menutup kedua belah telinga mereka menggunakan tangan. Boleh pekak telinga dengar jeritan si baby Aulia ni. Macam mana lah Sabrina boleh bertahan jaga baby Aulia selama bertahun-tahun ni.

"Baby Aulia sini main anak patung dengan daddy Firash" panggil Firash dengan bahasakan dirinya dengan panggilan daddy

Mata baby Aulia menjegil tajam memandang wajah Firash. Coklat kegemarannya dibaling ke wajah Hakim. Jari keciknya menunjuk kearah Firash.

"Tak nak! baby Aulia tak suka dengan uncle Irash! uncle Irash suka buat mummy Sab marah, baby Aulia benci uncle Irash!. Uncle Irash bukan daddy baby Aulia! Uncle Riwan je boleh jadi daddy baby Aulia!"

Tersentak Hakim dan Firash apabila melihat baby Aulia marah dengan teruk. Sebelum ni baby Aulia tidak pernah marah sebegini tapi tadi lain. Firash mengetap bibir menahan marah, rahangnya bertukar keras. Siapa pula yang baby Aulia sebutkan? lelaki mana Sabrina sorok dari dia? Sabrina nak kena dengan dia ni.

Hakim hanya diam dan menarik baby Aulia masuk kedalam pelukannya, dia mengusap belakang badan baby Aulia perlahan. Siapa uncle Riwan? Sabrina dah jumpa lelaki pilihan hati dia ke?

"Cantik tak bunga ros tu?" tanya Sabrina sebaik saja dia dan Riduwan sampai di pintu kedai bunga Sabrina. Sabrina berdiri di tepi pintu kedai manakala Riduwan pula berdiri dihadapan Sabrina.

Mata mereka bertembung sesaat sebelum Riduwan menunduk memandang sejambak bunga ros yang berada di tangan. Sabrina mengemam bibir menahan senyuman saat melihat Riduwan yang mengalih pandangan dari menatap matanya.

"Cantik! saya suka sangat-sangat! terimakasih Sabrina sebab tolong saya" jawab Riduwan ceria

Sabrina mengangguk sambil tersenyum manis memandang Riduwan. Syukur Riduwan suka dengan bunga yang dia cadangkan tadi. Tadi pun Riduwan setuju aje apa pun yang dia pilih tanpa ada rungutan sedikit pun.

"Sama-sama kasih... saya tolong yang mana saya mampu tolong aje Riduwan selain tu saya tak janji" ujar Sabrina dengan senyuman kecil

"Tak apa Sabrina saya faham"

Riduwan merenung lama wajah Sabrina. Dia mengagumi kecantikan yang Sabrina memiliki. Tapi dengan kecantikan Sabrina mampu menipu semua orang bahwa dia sentiasa okay. Muka Sabrina nampak ceria dan bahagia sehingga menutup segala rasa sedih dan luka yang dia pendam. Orang tak akan pernah nampak sebab Sabrina pandai untuk menutup segala kesakitan yang dia hadap.

"Riduwan!"

"Riduwan!"

"Riduwan!" Sabrina melambai tangannya di hadapan muka Riduwan. Kerutkan di dahi mula timbul

Riduwan mengerdip matanya berkali-kali sambil memandang wajah pelik Sabrina. Hilang semua lamunannya terhadap Sabrina.

"Y─ye?" Riduwan berdehem perlahan

"Awak okay tak Riduwan?" tanya Sabrina risau

"Saya okay aje Sabrina, sorry saya termenung tadi" kata Riduwan dengan sengihan

"O─okay" ucap Sabrina was-was, masih tak percaya dengan jawapan Riduwan

"Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu lah ye" pamit Riduwan sebelum melangkah pergi

"Wait! Riduwan awak free malam ni?" tanya Sabrina dengan menghalang Riduwan dari berlalu pergi

Akhirnya terluah juga soalan yang dari tadi sabrina simpan. Dia dah tak nak bazirkan masa lagi, dia perlu tanya juga soalan itu. lagi pun soalan tu akan terluah juga bila dia sendiri sudah hilang sabar. sekarang dia dah hilang sabar.

Riduwan memusing badan menghadap Sabrina. Jam di tangan kirinya di kerling sekilas sebelum memandang wajah Sabrina.

"Malam ni? saya rasa macam tak free aje. Kenapa?" tanya Riduwan ingin tahu, Dia kerut dahi pelik dengan soalan Sabrina

"Saya nak ajak awak teman baby Aulia pergi jalan-jalan" kata Sabrina dengan mengemam bibir

Sabrina bermain dengan tangannya sendiri dan merenung wajah Riduwan. Dia harap sangat Riduwan dapat setuju dengan ajakan dia malam ni. Dia ajak sebab baby Aulia rindukan uncle kesayangan dia. Semalam baby Aulia tanya bila nak jumpa uncle Riwan. Dia hanya bagi alasan Riduwan sibuk bekerja.

"Kalau awak tak boleh tak apa saya tak paksa, awak tak free malam ni kan, nanti-nanti boleh aje keluar kan" kata Sabrina perlahan dan senyuman kecil. Dia tak nak paksa Riduwan kalau Riduwan tak free, nampak sangat dia ni macam terhegeh-terhegeh paksa Riduwan. 

"Boleh"

Sabrina mengangkat kepala dan memandang wajah Riduwan. Wajah Sabrina bertukar ceria selepas Riduwan mengatakan ayat itu. Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi putihnya pada Riduwan.

"Betul ni boleh Riduwan?" tanya Sabrina ingin kepastian

Riduwan mengangguk laju dan tergelak kecil memandang Sabrina yang terlebih bersemangat. Sebenarnya malam ni dia ada benda nak bincang dengan pekerja dia tapi tak apa lain kali ada. Dia tak nak sia-siakan masa yang ada untuk meluang bersama anak beranak comel tu. Kalau dia tak pergi belum tentu lagi selepas ni dia akan berjumpa dengan budak comel tu baby Aulia.

"Saya tunggu awak dekat sini lah"

"Okay!" jawab Sabrina laju

"Saya minta diri dulu, Assalammualaikum" kata Riduwan sebelum melangkah pergi dan menghilang dari pandangan Sabrina

"Waalaikummusalam, hati-hati Encik photograph" bisik Sabrina perlahan dan tersenyum lebar

TBC

Nur Sabrina : His last Love | HIATUSWhere stories live. Discover now