Cai masih bergulung di dalam selimut pagi itu.Sibuk jaga boss dia semalam,sampai dia tertidur.Tiada tanda tanda dia akan bangun.Mata masih tidak mahu terbuka.
Firash masuk ke dalam bilik Cai membawa sarapan.Dia faham Cai penat menjaga Papanya semalam.Sarapan itu diletakkan di atas meja tanpa membangunkan Cai.
Baru sahaja Firash ingin melangkahkan kaki keluar,Cai terjaga dari lenanya.
“Sayang bawakan sarapan untuk Mama?" Sarapan di atas meja dipandang.
“Sorry Mama kalau Firash buat Mama terjaga." Dia tunduk memandang lantai dengan perasaan bersalah.
“Mana ada sayang.Dah cukup masa untuk Mama tidur." Dia tidak mahu Firash menyalahkan diri sendiri.
“Mama makan sarapan yang Firash bawa tu tau."
“Mama nak mandi dulu.Lepas mandi,kita sarapan sama sama.Firash turun bawah dulu eh." Kasihan kalau budak tu tunggu dia mandi.
“Okey Mama.Jangan lambat tau." Pesannya pada Cai sebelum keluar dari bilik.
Cai bangun dari katil lalu masuk ke dalam bilik air.Tuala yang ada di dalam almari turut dibawa masuk.Susah jadinya kalau dia terlupa bawa tuala.
Selepas lima belas minit membersihkan diri,dia keluar dengan rambut yang dibalut tuala putih.
Dia memilih pakaian yang santai untuk dipakai hari itu.Melihat dirinya sudah cantik di depan cermin,dia tersenyum manis menampakkan kedua dua lesung pipitnya.Cai berjalan menuruni tangga.Senyuman di pipinya semakin lebar melihat pujaan hati duduk di meja makan.Bertambahlah semangat dia pagi itu.
“Sorry sebab lambat." Katanya sambil duduk disebelah Firash.
“Sepatutnya saya yang minta maaf.Disebabkan saya,awak tak cukup tidur." Carl sembuh disebabkan Cai menjaganya semalam.
“Tidur saya cukup je.Jangan salahkan diri awak."
“Sampai bila korang nak minta maaf satu sama lain ni.Firash dah lapar tu." Puan Kezia menjeling dua orang di depannya itu.
“Sorry Mama." Jawab keduanya serentak.Tak sangka mereka boleh sehati sejiwa eh.
“Dah dahlah tu.Mama pun dah lapar.Korang sambung nantilah, drama korea korang ni." Anak muda zaman sekarang,macam inilah perangainya.
Cai tertunduk malu.Adakah cinta sudah mula berputik di antara mereka? Hanya mereka yang tahu jawapannya.
“Makan banyak banyak tau.Takut awak pulak yang sakit nanti." Pesan Carl.
“Saya tak lemah macam orang tu." Sengaja ingin mengenakan Carl.
“Awak nak cakap saya lemahlah ni?" Soalnya tidak puas hati.
“Memang awak lemah pun kan?" Tak mengaku pulak dia.Lelaki memang perangai macam ni kan.
“Saya ni tak lemah macam yang awak fikirkan.Dah kahwin dengan saya nanti,baru awak tahu saya lemah ke tak."
“Macamlah saya nak kahwin dengan awak.Saya tak nak duda."
“Duda lebih berpengalaman daripada lelaki single dekat luar sana tu.Lagi lagi duda macam saya ni.Dahlah handsome,bekerjaya,rajin,pandai masak,bertanggungjawab,setia dan banyak lagi yang saya tak sebut." Dia tersenyum manis sambil membetulkan rambutnya.
“Perasannya awak ni.Malang betullah siapa jadi isteri awakkan? Kasihan dekat perempuan tu nanti." Cai menggelengkan kepala.
“Saya pun tak sabar nak tengok siapa perempuan malang tu." Balasnya selamba.

ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)
RomanceTidak pernah terbayangkan dalam hidup seorang Caisara bahawa dia akan menjadi seorang babysitter.Menjaga dan mengasuh anak kepada seorang duda.Kira beruntunglah jugak dapat pekerjaan ni.Pakej cuci mata sekali nampak duda handsome dan hot macam ni.Ka...