Tengku Norelle hanya pandang sayu ke arah anak perempuannya yang terbaring di atas katil itu sambil memegang erat tangan anaknya"mummy... mummy taknak balik rumah dulu ke? mummy tidur la dekat rumah dulu, biar Aryan yang jaga kakak" kata aryan pada mummynya
"tak apalah Aryan, mummy nak teman kakak harini, Aryan pergi la balik rumah dulu, Aryan tak tidur lagi kan?" kata Tengku Norelle
Memang betul, dia tidak tidur langsung hari ini. Dia sangat sibuk dengan kerjanya yang berlambak di ofisnya itu sampai lupa dengan dirinya sendiri
"kalau macam tu tak apalah, Aryan balik rumah dulu ya mummy? kalau ada apa-apa call Aryan tau?" kata Tengku Aryan
Tangannya terus menyapai tangan Tengku Norelle untuk menyalamnya
Mata pandang ke Tengku Azriel pula, bapanya tidak mahu pulang juga ke?
"daddy taknak balik ke?" tanya Tengku Aryan
"tak apalah, daddy teman mummy sekali kat sini. Aryan baliklah dulu ya?" kata Tengku Azriel
"okaylah kalau macam tu, Aryan balik dulu ya?"
Tangannya terus mencapai tangan Tengku Azriel untuk menyalamnya
Adiknya yang duduk di kerusi itu dipandang pula
"Emir, kau nak ikut aku balik tak?" tanya Tengku Aryan kepada adik lelakinya itu
"nak lah" kata Tengku Emir Danial. Kakinya terus bangun dari kerusi itu
Dua beradik itu keluar dari hospital itu dan menuju ke kereta Tengku Aryan
Sesudah masuk di dalam kereta itu, Tengku Aryan memandang Tengku Emir. Terlihat matanya bengkak akibat menangis
"haish, yang kau nangis sangat ni kenapa?" tanya Tengku Aryan
"memang aku nangislah, kakak aku tu" balas Tengku Emir
"kau ni tak nangis ke? kakak kau tu. Nak kene sumbat cili padi baru nak nangis ke apa?" bebel Tengku Emir
"kalau aku nangis pon tak ada apa yang boleh berubah, lebih baik kau reda and doakan untuk dia" balas Tengku Aryan
"haish, jom lah balik. aku nak tidur, penatlah nangis" beritahu Tengku Emir
"hah tahu pon kau penat, pastu nangis lagi. noob la kau" balas Tengku Aryan
"diam lah kau!"
YOU ARE READING
Tengku Aryan Muqriz: Between Life and Death
RomanceErlyna Qaisara ialah seorang Doktor yang sangat terkenal dengan kepakarannya di dalam segala bidang perubatan Dia juga merupakan seorang yang sangat kaya dan memiliki hospital miliknya sendiri Dia seorang yang sangat tegas dan teliti disetiap tugas...