"kau ingat tak musuh kau sebelum ni? " tanya Emris ShahTengku Aryan mula mengingat kembali musuhnya itu.
"Andrew?" kata Tengku Aryan
Emris Shah mengangguk perlahan. "he's back" kata Emris Shah
"what do you mean he's back? baru bangun dari tidur ke?" tanya Tengku Aryan
"haih, penatlah cakap dengan manusia macam kau ni" kata Emris Shah
Tengku Aryan didepannya itu masih memandangnya. Emris Shah mengeluh seketika
"aku nampak dia hari tu" kata Emris Shah
"aih... dah balik Malaysia dah ke mamat tu? ingatkan still kat US lagi" kata Tengku Aryan malas
"aish kau ni... kau tak ingat ke apa yang dia dah buat dekat kau?" soal Emris Shah
Tengku Aryan hanya diam
Emris Shah mengeluh. "kau kena hati-hati lepas ni. Dia dah balik Malaysia, kita tak tahu apa rancangan jahat dia lepas ni" kata Emris Shah kepada Tengku Aryan
"halah mamat tu, dia still nak kacau aku lagi ke lepas apa yang aku dah buat dekat dia sebelum ni? Pastu lari pergi US. Bapak noobnya!" kata Tengku Aryan
"kau ingat dia tu jenis yang senang putus asa ke? Selagi dendam dia pada kau tu still ada dalam diri dia, selagi tu lah dia akan terus berusaha untuk buat kau jatuh terpeleot" nasihat Emris Shah
"yelah!" balas Tengku Aryan
"ha aku dengar kakak kau kemalangan? dah tau puncanya ke?" soal Emris Shah
Tiba-tiba mahu buka topik pasal Tengku Sofea. Dia juga ada dengar yang Tengku Sofea kemalangan
"belum. Aku nak cari tahu. sebab mummy aku cakap masa diorang sampai ditempat kejadian tu, hanya ada sebuah kereta sahaja disitu iaitu kereta kakak aku." kata Tengku Aryan
Mummynya baritahu yang semasa mereka sampai ditempat kejadian itu, hanya ada kereta Tengku Sofea sahaja. Tidak ada nampak kenderaan lain disitu. Nampak seperti orang yang melanggar kereta Tengku Sofea itu melarikan diri
"kau dah cek CCTV?" tanya Emris Shah
"belum, tak sempat sebab malam tu rushing nak bawak kakak aku gi hospital sampai lupa nak cek semua CCTV yang ada di situ" jelas Tengku Aryan
Emris Shah menangguk
"ish dahlah. Penatla aku duduk sini, bukannya ada hal penting pon kau nak jumpa aku" Tengku Aryan menjeling ke arah Emris Shah
Emris Shah hanya tersengih
"Aryannn..." panggil Emris Shah mengada
Tengku Aryan memandang ke arah Emris Shah pelik. Dah kenapa panggil dia dengan suara macam tu?
"apa kau nak?" soal Tengku Aryan
"malam ni teman aku pergi Fun Fair jom?" minta Emris Shah sambil mata dikedipkan ke arah Tengku Aryan
"kau dah kenapa dah tua-tua nak pergi Fun Fair? takde kerja ke apa?" soal Tengku Aryan
Dah kenapa tua-tua nak pergi Fun Fair dia ni? Ni lah masaalah manusia yang ada jiwa kanak-kanak riang
"alaa please lah, aku teringin nak pergi Fun Fair. Dah lama tak jejak kaki ke situ. Aku nak main kereta-kereta tuu!" rayu Emris Shah
Haih, apalah nasib dia dapat kawan yang jiwa kanak-kanak riang seperti Emris Shah ini
"tak ada orang lain ke kau nak ajak? apesal aku jugak yang kau nak ajak?" tanya Tengku Aryan
"tak ada kawan..." jawab Emris Shah dengan muka yang pura-pura sedih
Menipu! punya banyak kawan yang dia ada, dia jugak yang jadi pilihan untuk pergi menemannya
"ish, iyelah!" Tengku Aryan mengalah
Emris Shah sudah bersorak keriangan. Tidak sabar dia mahu main kereta-kereta yang ada di Fun Fair itu
YOU ARE READING
Tengku Aryan Muqriz: Between Life and Death
RomanceErlyna Qaisara ialah seorang Doktor yang sangat terkenal dengan kepakarannya di dalam segala bidang perubatan Dia juga merupakan seorang yang sangat kaya dan memiliki hospital miliknya sendiri Dia seorang yang sangat tegas dan teliti disetiap tugas...