BAB 3

7 2 0
                                    

Kaki terus melangkah ke tangga untuk ke biliknya. Sampai sahaja di biliknya, dia terus mencapai tualanya untuk membersihkan diri

Sesudah selesai mandi, dia mengeringkan badannya dan rambutnya yang basah itu

Rambutnya dikeringkan dengan menggunakan hair dryer. Berterbang-terbangan rambutnya apabila terkena angin dari hair dryer itu

Suit hitamnya yang sudah disiap sedia itu diambil lalu disarungkan di badannya.

Rambutnya disikat kemas dan diletakkan sedikit gel rambut membuatkan lelaki itu nampak segak dan bergaya

Minyak wangi mahalnya disembur. Baunya yang sangat wangi itu boleh buat wanita yang lalu disebelahnya jeling dua kali ke arahnya

Jam mahalnya dipakai. Dan akhir sekali, dia melihat cermin besar di depannya yang memperlihatkan dirinya. Handsome!

Tombol pintu dipulas dan kakinya melangkah ke tangga untuk turun ke tingkat bawah

Kunci keretanya diambil lalu bergerak keluar dari rumahnya. Kunci kereta itu ditekan dan serta merta kereta mahalnya itu terbuka

Tengku Aryan masuk ke dalam keretanya itu. Enjin dihidupkan lalu keretanya dipandu keluar dari rumah agam itu

Tengku Aryan mengikut lokasi yang sudah dihantar oleh kawannya itu. Haish, cuti-cuti ni lah kawannya itu mahu berjumpa dia. Malas betullah!

Apabila sudah tiba, Tengku Aryan melangkah keluar dari keretanya itu. Kaki terus melangkah ke sebuah Cafe di hadapannya itu

Pintu Cafe itu ditolak dan mata mula  mencari kelibat kawannya.

Matanya melihat seseorang jejaka lelaki yang tampan yang sangat dia kenali sedang duduk di meja yang terletak di tepi tingkap itu

Sah itu kawannya, Emris Shah!

Kaki terus melangkah ke arah Emris Shah

Tak bagi salam, tak bagi apa, Tengku Aryan tepuk belakang bahu kawannya itu

"mak kau pocong! Astagfirullah" melatah Emris shah

Tergelak sedikit Tengku Aryan apabila mendengar kawannya itu melatah

Emris Shah terus menjeling Tengku Aryan "kau memang tak tahu bagi salam ke apa? kau memang nak aku mati awal eh?" kata Emris Shah

Tengku Aryan hanya membuat muka selamba. Tangannya menarik kerusi yang berhadapan dengan Emris Shah untuk dilabuhkan punggung

"hah, kau nak jumpa aku kenapa?" tanya Tengku Aryan

Emris Shah tersengih ke arah Tengku Aryan. Tengku Aryan yang perasan akan sengihan itu memandang hairan ke arah Emris Shah

"saja, nak ajak kau lepak. bosan sih duduk rumah" kata Emris Shah selamba

"what? kau panggil aku datang sini untuk hilangkan kau punya bosan je ke?" tanya Tengku Aryan geram

Emris Shah hanya tersengih. Tengku Aryan di situ sudah geram dengan perangai sahabatnya itu

"kau ni kan, kalau aku sumbat kau dalam lubang jamban pon elok jugak. kau kacau cuti aku tahu tak?" kata Tengku Aryan

"alaa sorry la, aku ni dah lama tak jumpa kau. Kau sibuk aja memanjang, aku ajak kau jumpa ni sebab aku nak tengok mana tau dah tumbuh uban ke kau ni" kata Emris Shah

Tengku Aryan yang mendengar kata-kata kawannya itu mula ternganga. Tumbuh uban? what!

"hahaha lawak jokes kau eh. Elok sikit, aku baru 29 tahun okay?" kata Tengku Aryan

"ceh, lagi satu tahun je nak masuk 30 tahun. ingat diri dia tu muda lagi ke" bisik Emris Shah tapi cukup didengar oleh Tengku Aryan

Tengku Aryan menjeling tajam ke arah Emris Shah

"hehe, takdelah bro. actually aku ada nak bagitau something dekat kau" kata Emris Shah

Wajah Tengku Aryan kembali serious.
"apa benda?" tanya Tengku Aryan

Tengku Aryan Muqriz: Between Life and Death Where stories live. Discover now