BAB 7

3 1 0
                                    


Erlyna Qaisara sedang menghadap komputer ribanya di dalam pejabatnya. Dia sedang mengemas kini data-data pesakit yang dirawat olehnya

Erlyna Qaisara tekun memandang skrin komputernya. Dia memastikan tiada sebarang maklumat yang tertinggal.

Tok tok tok

Erlyna Qaisara terus mengangkat wajahnya apabila mendengar ketukan di luar bilik pejabatnya

"masuk" kata Erlyna Qaisara dari dalam

Amnie, pembantu setianya masuk ke dalam pejabat Erlyna Qaisara dengan  beberapa fail dan rekod pesakit di tangannya

"Dr. Erlyna, ini  fail rekod pesakit yang Dr. minta tadi" kata Amnie sambik menghulurkan rekod pesakit itu ke ara Erlyna Qaisara

Erlyna Qaisara menyambut fail itu daripada Amnie

"thank you Amnie" kata Erlyna Qaisara sambil senyum sedikit ke arah Amnie

"sama-sama Dr." kata Amnie

Erlyna Qaisara memandang Amnie semula apabila Amnie hanya tercegat di hadapan mejanya itu

"ada apa-apa lagi ke Amnie?" tanya Erlyna Qaisara

Amnie ragu-ragu seketika sebelum memberanikan diri untuk baritahu Erlyna Qaisara

"sebenarnya ada pesakit yang kritikal. Pesakit itu baru sahaja dimasukkan ke hospital. Saya rasa lebih baik doktor tengok lebih dekat" kata Amnie

Erlyna Qaisara memikirkannya sekejap. "okay, nanti saya pergi tengok" kata Erlyna Qaisara

Dengan cepat Erlyna Qaisara membuka fail tersebut dan memeriksa satu persatu rekod pesakit yang terkandung di dalamnya

Erlyna Qaisara memastikan tiada sebarang maklumat yang tertinggal. Matanya bergerak pantas di antara halaman-halaman rekod, memeriksa setiap butiran dengan teliti dari nama, umur dan sejarah perubatan

"Amnie, pastikan semuanya lengkap. Tiada sebarang maklumat yang terlepas, terutamanya kes-kes kritikal seperti ini" kata Erlyna Qaisara

Amnie mengangguk dengan penuh keyakinan. walaupun dia tahu yang Erlyna Qaisara amat tegas dengan berhati-hati dalam setiap tugas. Dia tidak dapat menahan rasa sedikit cemas kerana banyak perkara yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat

"baik Dr. Erlyna, saya akan pastikan semua rekod pesakit lengkap. Apa-apa lagi yang boleh saya bantu?" tanya Amnie

"buat masa sekarang tiada" kata Erlyna Qaisara

"kalau tiada apa-apa saya minta diri dulu ya?" minta Amnie

Amnie mula melangkah keluar dari pejabat Erlyna Qaisara

Apabila Amnie sudah keluar dari pejabatnya, badannya disandarkan pada kerusinya, melepaskan keluhan perlahan. Matanya dipejam sekejap. Jujur, dia berasa sedikit pening sekarang. Tidur tak tentu, makan tak tentu, memanglah pening

Dia membuka matanya kembali, cuba mengusir rasa lelah yang menghantuinya. Tangan kanannya menyentul fail yang diberikan oleh Amnie tadi. Matanya bergerak perlahan membaca setiap maklumat dengan teliti

Sesudah lama dia membaca maklumat tersebut, dia baru teringat dengan pesakit kritikal yang disebutkan oleh Amnie tadi. Tanpa membuang masa, dia terus bangun dari kerusi dan keluar dari pejabatnya

Erlyna Qaisara berjalan dengan cepat menyusuri lorong hospital, kaki melangkah dengan penuh keyakinan namun ada kegelisahan yang tidak dapat disembunyikan di wajahnya.

Dia tidak membuang masa, memikirkan segala kemungkinan yang mungkin berlaku. Pesakit yang sedang menanti mungkin memerlukan tindakan segera.

Tumpuan penuh dia berikan kepada setiap langkah yang diambil, matanya memandang lurus ke hadapan, mengelakkan segala gangguan yang ada. Setiap saat adalah penting.

"aku mesti sempat sampai tepat pada waktunya" bisik Erlyna Qaisara sendiri

Saat itu, wajah pesakit yang dimaksudkan oleh Amnie terbayang di fikirannya. Seorang pesakit yang berada dalam keadaan kritikal, yang memerlukan perhatian segera, mungkin dalam keadaan yang lebih teruk daripada yang dijangkakan.

Ketika tiba di pintu wad pesakit, Erlyna berhenti sejenak, menarik nafas panjang untuk menenangkan diri. Setelah meletakkan tangan di pintu, dia menolak perlahan pintu itu dan melangkah masuk.

Pintu wad terbuka dengan perlahan, dan langkah Erlyna terhenti seketika di ambang pintu. Pandangannya tertumpu pada pesakit yang terbaring di atas katil, dikelilingi oleh peralatan perubatan yang bersambung ke tubuhnya.

"ya allah" kata Erlyna Qaisara perlahan

"Nurse! beberapa orang Nurse tolong datang sini sekarang!!" jerit Erlyna Qaisara apabila tiada seorang pon jururawat yang tolong memerhati pesakit ini

Keadaan pesakit ini jauh lebih teruk daripada yang dibayangkan. Kulit wajah pesakit itu yang pucat, ditambah dengan aliran darah yang nampaknya tidak stabil, membuatkan dada Erlyna Qaisara berdebar lebih laju

Beberapa orang jururawat sampai di situ. "jangan nak buat-buat terkejut, tolong saya apa yang patut sekarang!" marah Erlyna Qaisara

Pesakit itu tidak sedarkan diri. Mesin di tepi katil pesakit itu berbunyi kuat menunjukkan pesakit itu tidak sedarkan diri

Erlyna Qaisara naik di atas katil pesakit itu untuk membuat CPR. Tangan kirinya dibuka dan tangan kanannya menggenggam di bahagian belakang telapak tangan kirinya. Tangannya yang berada di posisi itu diletakkan ke jantung pesakit. Dia sudah bersedia untuk membuat CPR

Erlyna Qaisara mula melakukan CPR terhadap pesakit itu. Berkali-kali dia cuba mengepam di dada pesakit itu. Dia berasa cemas, tapi dia harus kekak tenang. Dia cuba berusaha untuk memberi peluang terakhir untuk pesakitnya yang sedang bertarung nyawa ini

Dua jururawat yang berada di tepi katil itu hanya berdiri dan memerhati tindakan Erlyna Qaisara. Mereka tahu yang mereka salah kerana mereka tidak pantau pesakit itu.

Apabila sudah berkali-kali mengepam di dada pesakit itu, Alhamdulillah, keadaan pesakit mula kembali normal

Erlyna Qaisara melepaskan nafas lega. Dia terus turun dari katil pesakit itu. Peluhnya di dahi di lap sedikit

Dia berdiri di tepi katil itu sambil bercekak pinggang, penat! dadanya masih berombak laju

Dia memandang ke arah dua orang jururawat yang hanya berdiri diam di tepi katil yang disebelah sana

"kenapa tak ada orang yang jaga pesakit ni?" soal Erlyna Qaisara dengan suara yang tertahan-tahan

"kitorang minta maaf doktor..." kata dia orang jururawat itu sambil menundukkan pandangan mereka

"pesakit ni bertarung nyawa tau!" marah Erlyna Qaisara

Erlyna Qaisara mengeluh, bila difikirkan balik, dia pon salah juga. Kalaulah dia sampai lebih awal, mesti tidak jadi macam ni

"saya minta maaf, saya terlalu emosi. Saya pon salah juga, kalau saya sampai lebih awal, mungkin tak jadi seteruk ini" kata Erlyna Qaisara

"ehh tak apa doktor, kami yang salah sebab tak jaga pesakit ni" nafi salah seorang jururawat di situ

"lepasni tolong pantau pesakit ni, bukan sahaja pesakin ini, malah pesakit lain juga. Pastikan peka lepas ni" kata Erlyna Qaisara

"baik doktor" jawab kedua-dua jururawat itu

Erlyna Qaisara mengangguk sedikit. Dia terus melankah kakinya dari wad itu. Dia sangat penat sekarang

Tengku Aryan Muqriz: Between Life and Death Where stories live. Discover now