Di sisi lain, Thaqif duduk bersandar di tepi jendela, memandang jauh ke luar. Dia kelihatan tenggelam dalam fikiran, seperti sedang melawan perasaan yang bercampur-baur. Hana di sebelahnya, berdiri dalam diam, tidak pasti bagaimana nak mula. Walaupun mereka duduk dalam satu ruangan, jarak di antara mereka terasa jauh.
"Thaqif…" Hana memanggil perlahan, cuba memecah kesunyian.
Thaqif hanya menghela nafas, tidak berpaling. "Apa lagi yang kau nak, Hana?"
Hana menundukkan kepala, menahan diri dari rasa kecewa yang makin menyesakkan dada. "Aku... cuma nak kita okay balik. Tak boleh ke kita cuba baiki semua ni?"
Thaqif ketawa sinis, dan akhirnya berpaling menatapnya. "Kau ingat senang nak lupakan semua tu? Setiap kali aku pandang kau, yang aku nampak cuma semua kesilapan kita."
Hana terdiam. Dia tahu kesalahan dia, tapi tak sangka luka tu sedalam ini buat Thaqif. "Thaqif, aku menyesal... Aku betul-betul menyesal."
Thaqif memandangnya tajam. "Menyesal? Menyesal pun takkan ubah apa-apa. Apa yang dah rosak, dah rosak."
Hana menggigit bibir, cuba menahan tangis. "Aku faham… Tapi kau pun tak boleh hidup dengan penuh benci macam ni, Thaqif."
Dia menggeleng, seolah-olah tak percaya. "Hidup dengan penuh benci? Kau yang buat aku macam ni, Hana. Kau yang mula."
Hana melangkah mendekatinya, tapi Thaqif segera menjauhkan diri, seolah-olah tak mahu disentuh. "Jangan dekat dengan aku, Hana. Lagi dekat kau cuba, lagi jauh aku nak pergi."
Hana akhirnya tak dapat tahan air mata yang sudah bergenang. Dia pandang Thaqif dengan hati yang hancur, sedar hubungan mereka semakin tak tentu arah.
“Kalau macam ni, sampai bila kita nak teruskan?” Hana bersuara serak.
Thaqif terdiam seketika, seperti cuba mencari jawapan dalam fikirannya. "Dulu waktu aku perlukan kau, kau lari dengan Emiir. Kau tak faham perasaan aku, kau takkan pernah faham."
Hana menggenggam tangan sendiri, cuba menenangkan diri. "Thaqif… tolonglah … bagi aku peluang untuk baiki semua ni. Aku tak nak kehilangan kau."
Thaqif memandangnya dengan wajah penuh kekeliruan dan keletihan. "Aku perlu masa, leave."
Hana mengangguk perlahan, menerima jawapan itu walaupun hati dia sakit. "Baiklah… Aku akan tunggu kau. Tapi kalau satu hari kau sedia untuk maafkan, aku akan ada di sini."
Thaqif hanya menatap kosong ke arahnya, tidak memberi sebarang jaminan. Keadaan tetap tegang, seolah-olah jurang antara mereka makin lama makin dalam.
--
Keesokan harinya, Irfan dah tak tahan tengok muka Elvina yang asyik monyok je dari tadi. Dia pun buat keputusan spontan untuk bawa Elvina jalan-jalan ke Aquaria KLCC. Nak hilangkan bosan katanya, sambil bagi alasan kononnya dia nak "refresh mind."
Sampai di Aquaria, Irfan melangkah masuk penuh gaya, siap dengan jaket kulit, sedangkan Elvina hanya pakai t-shirt biasa. "Kau ni overdressed sangatlah, nak ke mana ni?" Elvina geleng kepala, cuba tahan gelak.
Irfan buat muka selamba. "Bukan selalu aku bawak kau keluar, kena la proper sikit. Ni first impression, okey?"
Elvina cebik. "First impression? Kau ingat aku ni date kau ke? Relax lah bro, kita datang tengok ikan je kot."
Irfan gelak kecil, tak kisah pun kena sindir. "Ikan pun ada mata jugak, Vin. Mana tahu ada ikan betina cair tengok aku."
Elvina tergelak besar. "Perasan lah kau ni. Nak cair apanya, ikan tu lagi rela berenang jauh kot daripada tengok muka kau."
YOU ARE READING
MISSION: SOMBRA SEASON 2
RomanceFarhana dan Thaqif, pasangan suami isteri yang dulu saling mencintai, kini terperangkap dalam kegelapan luka yang mendalam. Farhana, yang suatu ketika dahulu penuh dengan kasih sayang terhadap Thaqif, telah melakukan kesalahan besar yang menghancurk...