Keesokan paginya, satu lori besar berada di halaman mansion. Elvina yang baru bangun dan melihat keadaan itu hanya menggeleng. "Tak tahu lah Irfan tu pergi order apa, dia kan selalu buat benda bodoh."
"Kau order apa, Ir?" Thaqif bertanya sambil melangkah keluar dari dalam rumah.
"Motor baru." Irfan menjawab dengan nada ceria, seolah itu perkara biasa.
"Astaghfirullahalazim, Maggie aku kau tak belikan. Motor boleh pula beli. Kau beli model apa?" Thaqif mengerutkan dahi, menahan rasa marah.
"Kawasaki Ninja H2 dengan BMW S1000R. Murah je. Yang BMW aku beli untuk kau, ganti Maggie semalam." Irfan membalas, senyuman lebar terukir di wajahnya.
"Bodoh kau H2! Tu harga satu kereta Mercedes kau tahu tak?" Thaqif menggelengkan kepalanya, tak percaya dengan keputusan rakannya itu.
"Kau pun sama je kan? Bulan lepas baru beli McLaren 720S, lepastu minggu lepas pergi beli Ferrari SF90 pula. Dua kali lima je!" Irfan membalas dengan nada mencabar, sambil menjulingkan mata ke atas.
Hana muncul dari belakang, namun Thaqif hanya mengelak dan tidak mahu bersemuka. Irfan yang melihat itu berhenti ketawa, merasakan ketegangan di antara mereka sejak minggu lepas.
"Apahal pula ni? Kenapa kau menjauh dari Hana?" Irfan bertanya, cuba memahami situasi yang berlaku.
"Jangan tanya." Thaqif menjawab dengan nada dingin sebelum melangkah pergi, meninggalkan Irfan yang terperanjat.
Elvina merenung lori yang sedang memunggah motor baru, "Kau ni, Irfan. Suka sangat buat benda bodoh, kan? Kalau Thaqif marah, memang bersepailah kepala kau dengan dia"
Irfan hanya ketawa sambil memandang lori yang penuh dengan motor barunya, bersemangat untuk mencuba semua. Namun, dalam hatinya, dia tahu ada yang tidak kena antara Thaqif dan Hana. Dia berharap semuanya akan pulih semula, dan tidak mahu kawan-kawannya terpisah kerana masalah yang remeh.
"Jomlah El, naik motor dengan aku. Bosan gila." Irfan mengajak sambil tersenyum lebar.
"Gila kau, aku taknak naik dengan kau!" Elvina menolak, wajahnya berkerut.
"Otak tu jangan kotor sangat, naiklah motor sendiri. Ada hati nak naik H2 aku." Irfan membalas dengan nada mencabar sambil menepuk seat H2 baharu miliknya.
Elvina, yang seperti biasa menendang kaki Irfan dengan kasar.
"Sakitlah, gila!" Irfan mengaduh, sambil memandang Elvina dengan rasa tidak percaya.
"Tahu pun!"
"Nate bab..." Irfan merungut, namun tidak sempat meneruskan kata-kata kerana Radea tiba-tiba menjerit dari arah dapur.
"Kau dah kenapa Radea?!" Thea bertanya dengan nada panik.
"Lipas, gila! Besar, bodoh!" Radea menjawab, wajahnya sudah pucat.
Tiba-tiba, tanpa angin, tanpa ribut, lipas tersebut terbang ke arah Radea, membuatkan dia melompat ke belakang.
"Bodohlah lipas ni! Pergilah!" Radea menjerit, wajahnya penuh dengan ketakutan.
Thaqif hanya bersikap dingin, dengan tenang menarik sayap lipas tersebut dan memijaknya.
"Busuklah nanti, bodoh!" Radea menjerit, tidak percaya dengan tindakan Thaqif.
"Senangnya dalam hati, Thaqif bersikap dingin ewah ewah ewah!" Thea menari di atas sofa dengan lirik rekaannya, berusaha menghiburkan suasana.
"Perit juga dalam hati, Thea sentiasa booodohhhh," Irfan menyambung dengan nada menyindir.
YOU ARE READING
MISSION: SOMBRA SEASON 2
RomanceFarhana dan Thaqif, pasangan suami isteri yang dulu saling mencintai, kini terperangkap dalam kegelapan luka yang mendalam. Farhana, yang suatu ketika dahulu penuh dengan kasih sayang terhadap Thaqif, telah melakukan kesalahan besar yang menghancurk...