Seminggu berlalu sejak insiden itu, dan Irfan masih terjebak dalam kegelapan fikiran yang menyekatnya. Setiap hari, wajah Elvina yang pucat dan lemah terbayang di matanya. Dia tidak dapat tidur, tidak mampu menutup matanya tanpa teringat kepada saat-saat menyakitkan itu. Rasa bersalah menyelubungi dirinya, dan dia berasa seolah-olah dia tidak melakukan cukup untuk melindungi Elvina.
Thaqif, Radea, Thea, dan Hana sentiasa bertanya tentang keadaannya. Mereka risau melihat Irfan yang kelihatan semakin tidak terurus. Rambutnya kusut masai, dan lingkaran hitam di bawah matanya semakin jelas. Hana, yang paling prihatin, cuba menasihatinya. “Irfan, kau kena makan. Kau tak boleh biarkan diri kau berterusan macam ni.”
Tapi kata-kata itu tidak menyentuh hatinya. Dia hanya menggelengkan kepala, menolak makanan yang dibawa Radea. “Aku tak lapar,” dia berkata, tetapi suara itu penuh kepiluan.
Thaqif turut muram melihat sahabatnya dalam keadaan itu. “Irfan, ni bukan kau. Worrying about others isn't wrong, but ignoring yourself is totally wrong,” Thaqif menegaskan.
Tapi Irfan tidak mampu mendengar. Setiap kali dia memikirkan Elvina, hatinya terasa hancur. Dia tahu Elvina sedang berjuang untuk pulih di hospital, dan satu-satunya tempat di mana dia mahu berada adalah di sisinya. Tanpa Elvina, hidupnya terasa hampa. Dia merasa seperti terperangkap dalam kegelapan tanpa cahaya.
Suatu malam, ketika mereka semua berkumpul di rumah Thaqif, Hana mencadangkan agar mereka melawat Elvina di hospital. “Irfan, dia perlukan sokongan kau, bukan kesedihan kau,” Hana mencadangkan dengan penuh harapan.
Irfan menatap wajah mereka satu persatu, hatinya bergetar. “Aku… aku tak tahu nak buat apa,” dia mengakui.
“Tak, kau tak pernah gagal. Aku tahu kau dah banyak berjuang untuknya. Itu pun dah cukup,” Thea menyokong, berusaha mengangkat semangat Irfan. “Dia perlukan kau, Irfan. Sekarang lebih daripada sebelumnya.”
Akhirnya, setelah berdebat dengan dirinya sendiri, Irfan bersetuju untuk pergi ke hospital. Dalam perjalanan ke sana, hati Irfan berdebar-debar. Dia merasa terharu dan takut. Apa yang akan dia katakan kepada Elvina? Bagaimana jika dia tidak dapat menahan air mata?
Setibanya di hospital, suasana sekeliling terasa suram. Lampu-lampu putih menerangi lorong, dan bunyi peralatan perubatan membuatkan jantungnya berdegup kencang. Dengan setiap langkah, rasa bersalahnya semakin mendalam. Thaqif memegang bahunya, memberikan sokongan, dan mereka berdua menuju ke bilik Elvina.
Ketika pintu dibuka, Irfan terhenti sejenak. Elvina terbaring di katil, wajahnya masih pucat tetapi dia kelihatan lebih tenang berbanding sebelum ini. Dia menggenggam tangan di atas selimut, dan hatinya bergetar melihatnya dalam keadaan itu.
“Elvina,” Irfan memanggil lembut, melangkah masuk ke bilik.
Elvina membuka matanya, melihat Irfan dengan pandangan yang lemah tetapi penuh harapan. “Irfan…” dia berbisik, suaranya masih lemah, tetapi ada rasa syukur di situ.
“Maafkan aku,” Irfan berkata, air mata mulai mengalir di pipinya. “Aku sepatutnya ada waktu tu untuk kau, tapi aku gagal jaga kau.”
“Jangan minta maaf. Aku yang patut minta maaf kerana menyusahkan kau,” Elvina menjawab, suaranya bergetar.
“Tak, El. Ini semua salahku Kalaulah aku teman kau malam tu... "
“Cukuplah, Irfan. Apa yang berlaku bukan salah kau,” Elvina memotong, dengan nada lemah tetapi tegas. “Kau sudah berusaha. Dan aku bersyukur sangat kau ada dekat sini.”
Irfan merasakan beban di dadanya sedikit berkurangan. Melihat Elvina di hadapannya membuatkan dia teringat akan harapan dan cinta yang mereka bina bersama. “Kau perlu kuat, El. Aku tak boleh kehilangan kau lagi,” katanya, suaranya penuh keinginan.
"Aku akan cuba, dengan izin Allah."
Ketika itu, Irfan merasakan harapan kembali menyala dalam hatinya. Dia tidak akan membiarkan Elvina berjuang sendirian. Dia berjanji untuk berada di sampingnya, menyokongnya dalam setiap langkah pemulihan. Dan walaupun perjalanan itu sukar, mereka akan melalui semua ini bersama.
"Kalau kau pulih nanti, aku janji akan kahwin dengan kau," Irfan bersuara perlahan, sambil memegang tangan Elvina yang lemah di atas katil hospital.
Elvina tersenyum hambar, namun mata dia penuh dengan rasa sakit yang tak terungkap. "Sanggup ke kau dengan aku? Yelah, aku kan dah kotor..."
Irfan menggeleng, genggam tangan dia semakin erat. "Tak ada perkataan 'tak sanggup' bagi kau, El. Kau tak kotor, tak pernah pun. Kau... kau tetap Elvina yang aku kenal."
Elvina tunduk, cuba tahan air mata yang bergenang. "Tapi orang mesti pandang hina kat aku lepas ni. Takkan sama lagi..."
Irfan usap pipi Elvina lembut, mata dia penuh dengan tekad. "Biar apa pun orang cakap, aku tak peduli. Aku dengan kau sampai bila-bila. Kau faham tak? Kau tetap El yang aku sayang, tak ada benda yang boleh ubah tu."
Elvina hanya diam, akhirnya air matanya jatuh tanpa ditahan. Irfan memeluknya, berjanji dalam hati yang dia akan sentiasa ada, walau apa pun yang terjadi.
"Jangan risau, El... aku ada untuk kau, sampai bila-bila."
Malam semakin larut, dan dalam hening bilik hospital itu, Irfan duduk di sisi Elvina tanpa berganjak. Matanya sembap, kurang tidur seminggu, tapi dia tak kisah. Bagi dia, tak ada yang lebih penting daripada Elvina sekarang.
"Kenapa kau sanggup buat semua ni untuk aku, Irfan?" Elvina bersuara perlahan, suaranya penuh rasa tak percaya dan sedikit tergugah.
Irfan tersenyum, cuba nampak kuat walaupun hatinya berat dengan segala yang Elvina lalui. "Sebab... kau penting bagi aku, El. Lebih dari apa yang kau tahu."
Elvina tunduk, tak mampu membalas pandangan Irfan. "Aku takut, Ir. Takut nak keluar, takut orang tengok aku macam aku ni... hina."
Irfan capai tangan Elvina, genggam erat. "Kau tak perlu risau apa orang cakap. Kau kuat, El. Kau akan bangkit. Aku yakin tu."
Elvina menarik nafas dalam-dalam, rasa sedikit lega dengan kehadiran Irfan. Dia tahu perjalanan untuk sembuh takkan mudah, tapi entah kenapa... dengan Irfan di sisi, dia rasa ada kekuatan yang baru muncul.
"Kalau aku jatuh lagi?" Elvina bisik, ragu-ragu.
Irfan balas dengan suara yang penuh ketulusan. "I'll catch you, you have my words."
Elvina tersenyum kecil, air matanya tumpah lagi, tapi kali ni dengan rasa syukur. Walaupun hati masih sakit, dia rasa sedikit damai, sebab tahu... dia tak keseorangan dalam perjuangan ini.
YOU ARE READING
MISSION: SOMBRA SEASON 2
RomanceFarhana dan Thaqif, pasangan suami isteri yang dulu saling mencintai, kini terperangkap dalam kegelapan luka yang mendalam. Farhana, yang suatu ketika dahulu penuh dengan kasih sayang terhadap Thaqif, telah melakukan kesalahan besar yang menghancurk...