𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟓

15 5 0
                                    

Air teh yang masih lagi panas dipandang nya. Dia termenung seketika sambil memandang cawan yang berisikan air itu. Nafas dihembus.

Baru sahaja dia ingin menutup mata namun Mak Jah terlebih dahulu menyapa Seroja yang duduk di ruang tamu itu. Tempat duduk disebelah Seroja diambil.

Tubuh Seroja didakap lembut. Seroja menyandarkan kepalanya dibahu Mak Jah. Namun belum apa-apa Seroja telah menangis teresak-esak dibahu Mak Jah.

Terkejut Mak Jah apabila mendengar tangisan kecil milik Seroja. Dia memeluk Seroja dengan erat sambil menepuk-nepuk belakang Seroja, persi ibu memujuk anak nya yang sedang menangis.

"Seroja, hei kenapa menangis ni." Kata Mak Jah, tangan masih lagi setia menepuk-nepuk belakang Seroja.

Seroja hanya menggeleng kan kepalanya. Namun makin kuat pula tangisan nya. Mak Jah hanya memujuk Seroja yang sedang menangis itu, Kepala Mak Jah kusut memikirkan keadaan Seroja.

Apa yang terjadi?, Seroja ada masalah ke?, atau kisah silam Seroja kembali?.

Lama Mak Jah memujuk Seroja, akhirnya tangisan Seroja makin berkurang. Air mata yang masih tersisa dilap menggunakan lengan bajunya.

"Kenapa Seroja menangis?." Tanya Mak Jah lagi. Namun soalan Mak Jah dibiarkan sepi, rasa sakit yang dialaminya saat ini tidak dapat diungkap.

Walaupun perit namun itulah Takdir. Dia tahu apa yang terjadi padanya itu pasti ada hikmah. Dia siapa mahu salahkan takdir?.

Mak Jah mengeluh. Pipi gebu Seroja diusap menggunakan ibu jarinya.

"Takpe Mak Jah faham, kalau Seroja ada cerita yang nak diceritakan, cerita saja dekat Mak Jah, Mak Jah ada, dah Mak jah nak masuk tidur dulu."

Usai berkata, Mak Jah terus bangun dari duduknya, dia tahu pasti banyak masalah yang Seroja pendam. Dia mahu bagi Seroja masa, dia tidak mahu mendesak Seroja.

Namun belum sempat kaki melangkah pergi, Seroja bersuara jua.

"Mak jah... Seroja takut..."

Mak Jah kembali duduk disebelah Seroja. Wajah Seroja ditatap, air mata Seroja yang hampir jatuh di lap menggunakan ibu jarinya.

"Mak Jah ada, Mak Jah kan dah janji Mak Jah akan jaga Seroja macam anak Mak Jah sendiri."

"Seroja takut lelaki tu muncul lagi..." Kata Seroja lagi. Suara nya juga diperlahankan. Mak Jah hanya mampu mengeluh. Kedua belah tangannya diletakkan di pipi Seroja.

"Seroja, benda lepas jangan diingat, kan lelaki tu dah kena tangkap, lupa ke?, dia takkan dapat apa-apakan Seroja okey." Pujuk Mak Jah lagi. Lepas sahaja berkata bergitu, tiba-tiba Mak Jah rasa keselamatan Seroja sekarang dalam bahaya.

Mungkin hanya mainan hatinya sahaja. Tidak mungkin lelaki itu dapat melarikan diri dari penjara. Sudah lah sekarang Seroja tidak tinggal bersamanya sekarang, makin risau pula dia.

"Dah, jangan fikirkan sangat." Dahi Seroja dikucup lama.

Hari baru telah pun tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hari baru telah pun tiba. Aku bangun awal dari biasa kerana ingin menyediakan serapan untuk keluarga ku. Al maklumlah saya ni anak yang paling rajin.

Dia mencuci mukanya terlebih dahulu sebelum keluar dari bilik tidurnya. Selesai mencuci mukanya, dia memulas tombol pintu biliknya secara perlahan-lahan.

Kepala ditoleh kekiri dan kekanan, mantap! line clear. Aku menuruni anak tangga perlahan-lahan tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi.

Baru sahaja dia ingin masuk ke ruang dapur, tiba tiba dia menjerit kecil apabila melihat abangnya yang tidur diruang tamu.

Sempat Kayra menutup mulutnya, Kurang ajar punya abang, aku ingat beruang mana lah tadi tidur dekat ruang tamu ni tadi.

"Eh-eh sedap dia je tidur dekat sini, ei geram aku nak tumbuk." Kayra mula membuat gaya acah ingin menumbuk abangnya.

"Dahlah Kayra, dari kau layan abang kau ni, baik kau pergi siapkan makanan."

Kaki melangkah kedapur. Kayra membuka satu persatu almari didapurnya. Haih barang ada tapi aku nak masak apa eh?.

"Nak masak apa eh?, tapi masalahnya baru pukul lima pagi."

Kayra membuka talefonnya sambil mencari makanan yang patut dia masak. Sedang sibuk dia mencari tiba tiba Kayra mengukir kan senyuman.

"Hah!, masak nasi lemak sambal udang lah!, papa kan suka makan nasi lemak sambal udang, ada function jugak Google kadang kadang, walaupun macam tak function sangat."

Kayra mencapai apron yang elok diletakkan dikerusi makan, apron dipakai lalu diikat kemas.

Satu persatu bahan Kayra mengeluarkan, bahan-bahan tersebut diasingkan terlebih dahulu untuk memudahkan nya memasak.
Udang didalam peti diambil.

"Okey, sekarang ni kita masak nasi dulu." Kayra mula memasak mengikuti cara didalam YouTube. Bukan dia tidak tahu cara nak masak nasi lemak tapi dia lebih gemar melihat cara orang lain.

Lagipun kalau nak dibandingkan dengan Datin Sofea, datin Sofea lah yang paling handal dalam memasak. Petik jari je terus siap.

Sedang sibuk dia memasak tiba-tiba datang satu suara garau yang menyapa nya dari arah belakang.

"Adik buat apa ni?." Tanya Kasyaf dengan keadaan yang masih lagi mamai. Baru bangun tidur lah tu.

"Oh mak kau pak abu jatuh longkang!." Terkejut punya fasal sampai melatah Kayra dibuatnya. Laju Kayra berpaling kearah belakang.

Dia memandang abangnya sambil mengurut dada. Nafas lega dihembus kan. Kukira syaitan mana tadi.

"Shhh!, abang ni jangan lah kejutkan adik, nanti mama dan papa terjaga macam mana?." Marah Kayra, suara diperlahankan supaya tidak mengejutkan mama dan papanya.

"Adik kebulur sangat ke sampai tak boleh tunggu pukul tujuh pagi."

"Ish abang ni, adik nak masakkan untuk keluarga kita lah."

"Oh, nak abang tolong tak?."

Berkerut dahi aku, aku tak salah dengar kan?, abang Kasyaf?, nak tolong?, aku menampar pipi aku dengan kuat, nak test aku mimpi ke tidak, rupanya tidak.

"Hoi kena sampuk eh?, tiba-tiba tampar diri sendiri."

"Betul ke abang nak tolong?."

"Betul lah."

"Hehe okey kalau macam tu, tapi sebelum tu pergi cuci muka dulu."

"Yelah."



❑ 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐣𝐞 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐧𝐢
❑ 𝐭𝐲𝐩𝐨 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧
❑ 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐦𝐚𝐡𝐮 :)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 [ 𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆 ]Where stories live. Discover now