22

7 3 5
                                    

"Tarique Hayyan bin Muhammad,"  seru Qaireena dengan sedikit tegas. Perhatiannya kini ditumpukan sepenuhnya pada Que.

"Aku ni banyak kelemahan, nak kata sempurna jauh lagi dari perkataan tu. Tapi kenapa kau masih pilih aku? Sedangkan dekat luar sana banyak lagi perempuan yang sesuai dengan kau," jeda.

Qaireena menarik nafas panjang, cuba menenangkan debaran di dada. Ikutkan hati, banyak lagi ingin dia luahkan kenapa mesti memilih dia? Soalan itu terus menghantui fikirannya.

"Qai, ayat kau klise sangat. Cuba bagi ayat yang moden sikit," Que tersengih memandang ke arah Qaireena. Seolah-olah bukan dia yang meluahkan perasaannya sekejap tadi.

"Kau... eh bukan. Aku terlalu cantik untuk kau. Haa, nampak moden sikit ayat ni. Tapi jangan la kau bagi ayat ni kat aku, terasa aku," kata Que seolah mengejek. Terasa panas hati Qaireena pada saat ini dengan kelakuan Que.

"Tarique, aku cakap betul-betul ni! Kenapa kau pilih aku?" soal Qaireena dengan nada tidak puas hati. Orang tengah serius boleh pula Que ni main-main.

"Ya little star?" Que tersengih, mengalihkan pandang ke langit.

"Sebab kau satu-satunya yang berjaya curi hati aku. Kau wanita yang mampu mengentarkan hati aku. Aku takut, kalau aku pergi kau tak tahu tentang perasaan aku ni," Que ukir senyum tipis.

"Kau pun tahu kan, aku sekarang makin kerap masuk hospital. Antibodi aku pun makin lemah, kerap sakit kepala, muntah tanpa sebab, pengsan tiba-tiba. Aku takut aku tak sempat bahagiakan kau,"  sakit sangat memikirkan tentang keadaan diri sendiri makin teruk dan peperiksaan spm pun semakin mendekat.

"Jadi selagi nyawa aku terkandung di badan, izinkan jasad ini membahagiakan bintang hatinya?" suaranya sedikit bergetar tapi dia teguhkan jua semangatnya. Cincin tadi dikeluarkan semula dan diletakkan atas alas tikar.

Mata Qaireena yang sedikit bergenang itu diseka perlahan. Dia juga sudah mula sayangkan Que, perasaan ini hadir tanpa dipinta, tidak tahu bila waktunya.

Dia menjongket sebelah keningnya menutup segala keperitan yang turut dirasainya. Qaireena berdehem seketika, membetulkan kotak suara sebelum menjawab lamaran Que.

"Aku tak cakap apa-apa lagi, tapi kau dah kata aku bintang hati kau... Disebabkan aku bintang hati kau, jadi mesti la aku terima," tangan ditepuk, senyuman manis diukir.

"Alhamdullilah, lepas habis sekolah aku jumpa parents kau. Nanti bagi la tahu abang Reen," tangan ditadah sebelum Que menyapu ke wajahnya.

Wajahnya nampak sahaja kental, tapi dalam hatinya betapa sakitnya dia menahan perit ini. Namun ditahan sahaja, kerana tidak mahu rosakkan suasana cerita dan senyuman manis Qaireena itu.

Dahi Qaireena berkerut sedikit sebelum dia menyoal semula kenapa perlu berjumpa dengan ibu bapanya.

Tergelak Que melihat telatah Qaireena. Dia menjelaskan kenapa ingin berjumpa dengan ibu bapa Qaireena. Terangguk-angguk kepalanya Qaireena semasa mendengar penjelasan.

"Simpan la dulu cincin tu, nak bagi cincin betul belum halal lagi. Restu mama dengan papa pun belum dapat," gurau Que dengan dahi sedikit berkerut.

Qaireena yang perasan kelakuan Que itu segera bertanya. Antibodi Que sejak kebelakangan ini makin lemah jika diperhatikan.

Badan Que pun nampak makin susut, makin risau Qaireena dibuatnya. Bila keadaan Que macam ni, tidak berani mereka ingin tinggalkan sorang-sorang, risau perkara tak diingini berlaku.

Hatinya selalu berberdebar-debar ketakutan. Bagaimana kalau hari itu tiba, hari di mana dia kehilangan Que? Fikiran itu menghantui, tetapi dia segera menghalaunya jauh-jauh. Dia ingin suasana gembira sahaja mengisi ruang antara mereka berdua.

"Sakit kepala sikit je ni, kejap lagi okay la tu,"  sahut Que cuba menutup gusar di hati Qaireena.

"Ada paracetamol? Nak minyak angin?" tanpa menunggu jawapan Que, terus Qaireena mengeluarkan sepapan ubat Panadol dan sebotol minyak angin.

Sejak keadaan Que macam ni, ubat dan minyak akan sentiasa ada dalam begnya. Persediaan sebelum berlaku perkara seperti waktu ni.

"Thank you, my little star," ucap Que selepas menelan ubat, sambil-sambil itu dia menyapu minyak di kepalanya. Mata menjeling juga muka berkerut Qaireena melihat keadaan dirinya. Comel je tengok, nasib haram kalau tidak pipi Qaireena akan jadi mangsa cubitannya.

"You're welcome. Eh, jap... kalau kau panggil aku little star, aku nak panggil kau apa?" soal Qaireena yang baru sedar dia seorang sahaja ada nickname.

"Kalau kau little star, aku punya ambil la yang lebih kurang macam tu," jelas Que.

"My moon," dua patah perkataan yang mampu membuatkan jantung Que berdegup kencang. Senyuman lebar disorok, dia memandang ke arah kanak-kanak yang sedang bermain dengan ibu bapanya.

"Little star and my moon. Comelnya!" Que senyum mendengar suara Qaireena yang asyik mengulang nicknamenya dan diri sendiri.

'Little star and my moon.' Gumam Que sambil memandang ke langit biru. 'Macam langit malam. Bintang dan bulan takkan sempurna tanpa satu sama lain.'

Que senyum kecil sambil menyandarkan badannya pada batang pokok, membiarkan angin petang menyapa wajahnya.

Dalam diam, Qaireena menggenggam erat cincin yang diletakkan di atas tikar tadi. Entah mengapa, hatinya terasa berat. Tetapi untuk hari ini, dia memilih untuk fokus pada senyuman Que.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Malam Tanpa Bintang [ON GOING]Where stories live. Discover now