𝐖𝐞 𝐥𝐢𝐬𝐭𝐞𝐧, 𝐰𝐞 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐣𝐮𝐝𝐠𝐞 (𝐒𝐂)

730 33 2
                                    

ELEANORA baring di atas katil, santai sahaja. Penat juga selepas menidurkan anak-anaknya. Mata menatap skrin telefon, dia scroll aplikasi TikTok. Ini adalah masa rehatnya. Walaupun sudah pukul 9 malam.

El menggeliat kecil apabila melihat susuk tubuh badan suaminya melangkah keluar daripada bilik air. Senyuman kecil terukir di bibir, dia betulkan posisi baringannya dan lalu mengenyit mata kepada suaminya.

Mahu bermanja sedikit!

"Hi abang. Best duduk dalam tandas lama-lama?"

"Ya Allah, apa punya soalan tu?" Aryan memutarkan bebola matanya tetapi dia melepaskan tawa kecil apabil si isteri mengusiknya. Sudah terbiasa dan takkan pernah serik dengan perangai si isteri.

Aryan menghenyak punggung di birai katil, badannya menghadap El. Tangan sibuk mengelus wajah isterinya. Kucupan singgah di dahi isteri. "Tengok apa?"

"Tengok video."

"Ya lah, video apa?"

El hanya diam. Aryan pun hanya mendiamkan diri di saat El tidak memberi apa-apa balasan. "Hm, penatnya. Sayang langsung tak layan kita. Sayang dah tak sayangkan abang ke?" Katanya dengan nada yang sedikit sedih.

Nampak sangat fake!

El menjeling si suami. "Ni, saya tengok video ni. TikTok trend. Nak tak buat?" El menghalakan skrin telefon ke wajah Aryan. Aryan meneliti video tersebut. Beberapa sekawan sedang bercerita.

"Tak faham?"

"Ish awak ni! Ni trend, 'we listen, we don't judge'. Maksudnya, kita cakap sesuatu yang memalukan tentang diri kita lepastu orang yang dengar tu jangan judge. Kena diam je! Faham tak?"

Aryan garu lehernya yang tidak gatal itu. Dia mengangguk perlahan. "Sikit, sayang nak buat ke?"

"Nak!!!"

"Okey, jom."

"Kalau macam tu, saya start dulu!"

El bangun daripada baringan lalu duduk bersebelahan suaminya. Wajahnya sedikit teruja, perasaan tidak sabar sudah lama terlubuk di dalam hati.

"1."

"2."

"3."

"We listen, we don't judge."

"Masa zaman sekolah menegah dulu, first time saya nampak awak, saya terus fikir 'acah cool lah mamat ni. Motosikal pun duit bapak.'" El memulakan dahulu, ayatnya sedikit pedas membuatkan Aryan tesedak sedikit. Dia mencengkam dadanya, pura-pura sakit.

"Seriously?" Aryan putarkan bebola matanya. Nasib baik perkara yang dah lepas. El hanya ketawa.

"Alright..."

El menunggu turn Aryan. Hatinya berdengup kencang sedikit. Risau.

"We listen we don't judge."

"Masa mula-mula masuk form 4, abang nampak awak. Pastu terus abang fikir, 'sanggul dia ni kalau boleh tinggi lagi.' Masa tu sayang rempit sangat lah! Tak sangka sikit." Aryan menghembus tawa besar. Penuh ruang bilik itu dengan tawanya.

El mencebik, tak suka langsung dengan kenangan itu! "Eh masa tu saya terpengaruh dengan kawan saya. Tersalah pilih kawan lah saya jadi macam tu! Tapi naik form 5 saya dah taubat eh!" Balasnya laju.

Aryan mencubit pipi El, cara isterinya bercakap sahaja boleh membuatkan dirinya tersenyum. Sudah lama berkahwin tetapi, dia tetap akan jatuh cinta terhadap Eleanora Aulia yang ke 100 lebih kali.

Dia menggeleng di saat melihat wajah cemberut isterinya.  Pipi berona merah sedikit. Aduhai, si isteri.

"We listen we don't judge!"

"Dulu saya perasan, awak selalu reject perempuan yang confess dekat awak. Lepastu saya perasan awak selalu berkepit dengan kawan awak. Jadi, saya fikir awak gay."

"Astaugfiruallah." Mengucap Aryan berkali-kali.  Sampai ke situ sekali pemikiran El! Tak sangka.

El terkekeh kecil, "sorry awak. Nak buat macam mana! HAHA!"

Aryan geleng kepala. Badan si isteri di tarik sehingga dia duduk di atas ribanya. Pinggang El dirangkul.

El cepat-cepat merangkul leher Aryan lalu membenamkan kepalanya di leher suaminya. "Saya dah tak ada idea lah awak. Rasa macam banyak sangat memori. Lawak lah! Zaman sekolah paling lawak sekali." El tersenyum kecil.

"Ya, sayang. Zaman sekolah juga di mana abang mula cintakan sayang."

Dang!

Berona merah pipinya dengan usikan Aryan. Dia menyorok mukanya di leher suaminya. Aryan dapat rasakan isterinya sedang malu. Tangan mengusap rambut isterinya. Umbun-umbun isterinya di kucup.

"Sampai bila lah sayang nak malu."

"Mana ada malu."

"Eleh. Comelnya dia ni. Nak gigit boleh?"

"Tak boleh! Majok! Hmph!" El memuncungkan bibirnya, tangan di silangkan di dada.

"Sayang tengah duduk atas riba abang tau?"

Dengan pantas El turun dari riba si suami. "Majok." Dia lari keluar dari bilik. Aryan menghembuskan tawa besar. "Alahai si isteri. Comel je perangai!"

Dia masih angau dengan isterinya. Walaupun sudah bertahun-tahun kahwin. Hati dia takkan pernah berubah.

Jom, misi pujuk si isteri!

...

BIBIR mereka bertemu sesaat. Tangan Aryan kemas merangkul pinggang isterinya. El langsung tidak meleraikan pelukan. Aryan tersenyum lebar melihat mata kuyup El. "Mengantuk? Kenapa lari hm?"

"Diam."

"Pergi tidur lah sayang. Jangan ganggu anak-anak ni nak tidur. You have me as your pillow, why run to them?" Ujar Aryan, nada mengusik.

El hanya mendiamkan diri. "We listen we don't judge, kita pernah ternampak awak beramah mesra dengan seorang perempuan muda ni dulu. Pastu saya terus nak buat surat cerai."

Terbuntang luas mata Aryan mendengar itu. "Sayang gila ke apa? Cemburu sangat sampai macam tu? Masa tu sayang period ke apa?" Soal Aryan bertalu-talu. Memang terkejut lah, macam dah hilang kawalan. Hanya sebab cemburu sahaja?

Cinta isterinya terhadap dia juga bukan calang-calang.

"Haah, masa tu saya period. Biasa lah kan. Siapa suruh cakap dengan perempuan lain. I thought you would never talk to women other than me and your mother."

Aryan tepuk dahi, "bukan. Perempuan tu kawan Ammara, masa tu I think I ask her about Ammara dekat sekolah macam mana je. Dia pun cerita lah. Lawak sangat, sebab tu abang gelak." Terang Aryan, risau jika isterinya masih memikirkan perkara itu lagi.

"Gelabah sangat lah abang ni. Saya dah tak kisah lah. Tiba-tiba teringat. Hehe, saja nak tengok reaction suami saya ni." El gelak. Aryan gigit bibir, oh macam tu eh?

"Sampai hati sayang..."

El menguap. "Kita mengantuk. Selamat malam." Dia membenamkan kepalanya di dada Aryan. Aryan angguk faham. Lantas, dia mengangkat isterinya gaya bridal style ke bilik tidur.

Perlahan-lahan dia baringkan isterinya di atas katil. Laju sahaja isterinya terlelap. Penat sangat agaknya.

"Sweet dreams, sayang."

Bersyukur, dia dan El kekal bahagia bersama. Mereka bina satu rumah tangga yang bahagia. Alhamdulillah.





Hi! Rasa pelik sikit sebab dah berbulan story ni complete, tiba-tiba ada special chapter! Tapi saya rasa ni macam oneshot! Tak apa lah, asalkan ada sikit. Terima kasih sudi singgah.

Boleh follow ig : violinisthao.
A

da free e-book kat situ!

Her Happiness: Mrs Aryan (C) EDITINGWhere stories live. Discover now