"Izara,please maafkan i.I janji lepas ni i takkan curang dengan you lagi.I masih sayang kat you lagi,Izara.
Maafkan i please,Izara."-Faiq Luqman.
"Pergi mati la kau dengan janji-janji manis,palsu kau tu,Faiq.Aku benci kau!Hati aku ni dah tertutup
u...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Izara memulakan hari berikutnya dengan perasaan yang bercampur-baur. Kata-kata dan perhatian Tengku Khair malam tadi masih terngiang-ngiang di kepalanya, membuatkan dia sedikit tersenyum sendiri.
Namun, dia cuba mengalihkan fikirannya dengan fokus kepada kerja di bakeri.
Seperti biasa, bakeri kecil milik Izara dan Haira mula sibuk dengan pelanggan setia mereka. Izara sibuk di dapur, memastikan semua kek dan pastri berada dalam keadaan sempurna.
Namun, fokusnya terganggu apabila Haira muncul di dapur dengan senyuman penuh makna.
"Wehh...ada surprise untuk kau kat depan kedai. Cepat keluar!"
Haira menarik tangan Izara tanpa memberi ruang untuk bertanya.
"Haira! Aku tengah busy la. Siapa pulak—"
Belum sempat Izara habiskan ayatnya, dia terkedu melihat Tengku Khair Mateen berdiri di ruang depan bakeri dengan sejambak bunga mawar putih di tangannya.
Semua mata pelanggan di dalam bakeri tertumpu pada lelaki itu, termasuk Haira yang hampir ternganga.
"Wow...kau tak nak bagitahu aku ke yang Encik Tengku kau ni sweet macam ni?!"
bisik Haira sebelum berlalu, memberi ruang kepada Izara.
Izara menahan nafas seketika sebelum melangkah ke arah Khair Mateen.
"Awak buat apa kat sini? Dah la ramai orang tengok,"
bisik Izara dengan nada rendah, malu dengan perhatian yang diterimanya.
Khair Mateen tersenyum tenang.
"Aku datang nak hantar suprise untuk kau. Semalam aku nampak kau macam tak cukup happy je bila keluar dengan aku. Jadi, aku datang bagi suprise kat kau.Suka tak?"
Izara tergamam. Tengku Khair menghulurkan sejambak bunga itu kepada Izara. Tangannya teragak-agak untuk mengambil sejambak bunga itu dari Tengku Khair namun matanya masih memandang Khair dengan penuh tanda tanya.
"Bunga ni untuk saya ke?"
soalnya perlahan.
"Tak. Untuk kawan kau,Haira."
Khair Mateen menjawab sambil tersenyum nakal.
Tersedak Haira dibuatnya.
"Mestilah untuk kau. Siapa lagi my rose dalam hidup aku?"
Sambung Tengku Khaizel. Pipi Izara mula memerah. Sebelum dia sempat membalas Haira menatang sebuah dulang yang berisi kuih pastri.
"Ehemmm Encik Tengku Khair, since awak dah kat sini, awak kena rasa pastri Izara ni. Sedap tau semua pastri ni..fresh from oven."
Haira menolak dulang ke arah Tengku Khair dan memandang Khair dengan penuh harapan.
Khair Mateen ketawa kecil.
"Boleh je. Kalau Izara buat, mesti sedap punya."
Haira mengangkat kening ke arah Izara, memberi isyarat 'Cair tak cair lelaki ni kat kau?' sebelum kembali ke dapur.
Izara hanya mampu mengeluh perlahan sebelum duduk di meja bersama Khair Mateen. Dia memandang lelaki itu yang sedang menikmati pastri dengan tenang.
"So, awak betul-betul tak ada kerja ke datang sini pagi-pagi macam ni?"
Izara cuba mengalihkan perhatian daripada debaran hatinya.
"Ada. Tapi aku buat masa untuk kau. Lagipun, aku nak luangkan lebih banyak masa dengan orang yang penting dalam hidup aku."
Ayat itu membuatkan Izara terkedu sekali lagi. Dia tidak tahu bagaimana untuk membalas kata-kata lelaki itu.
Namun, sebelum dia sempat berkata sesuatu, telefon Khair Mateen berbunyi. Wajah lelaki itu berubah serius apabila melihat nama yang tertera di skrin.
"Sorry, aku kena jawab panggilan ni," ujar Khair sebelum bangun dan melangkah keluar dari bakeri.
Izara memandang ke arahnya dengan rasa ingin tahu. Siapa yang membuatkan Khair Mateen kelihatan resah?
Tidak lama selepas itu, Khair kembali dengan wajah yang sedikit tegang.
"Aku kena pergi sekarang. Nanti aku call kau, okey?"
Izara hanya mengangguk perlahan, walaupun hatinya dipenuhi dengan soalan. Tengku Khair berlalu pergi, meninggalkan Izara dengan sejambak bunga mawar putih di tangan dan fikiran yang penuh teka-teki.
Skip malam itu
Izara sedang membaca mesej di telefonnya apabila dia menerima panggilan video daripada Tengku Khair. Dengan teragak-agak, dia menjawab panggilan itu.
Di skrin, wajah Khair kelihatan letih tetapi masih tersenyum melihat Izara.
"Hey, my rose. Aku call sebab aku nak kau tahu, tak kira betapa sibuknya aku, kau tetap prioriti aku. Jaga diri kau, okey?"
Izara terharu tetapi tetap cuba menahan emosinya.
"Ye...Awak pun jaga diri. Jangan sampai lupa rehat. Saya tahu awak tu busy orangnya."
Khair tersenyum.
"Jangan risau. Aku nak rehat ni. Ada masa free nanti aku jumpa kau. Goodnight, my rose."
Panggilan itu tamat, meninggalkan Izara yang kini semakin keliru dengan perasaan sendiri.
Adakah dia sedang jatuh cinta dengan Tengku Khair Mateen, lelaki misteri yang kini menjadi sebahagian besar dari hari-harinya?
TBC
Haii gaiss...lama ryna tk update kan? Sorry busy sikitt so hrini bru ada masa free...harap korang enjoy baca chapter ni🥰🥰