Bab 02

37 6 3
                                    

"Okey takpe

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Okey takpe.Kali ni aku maafkan kau.Btw,alunan piano yang kau main tadi tu dengar macam lagu sedih je.Kau ada apa-apa masalah ke?"

Tengku Khair Mateen melihat wajah Izara Rose seperti mempunyai masalah.

"Tak ade apa-apa la...saya cuma tiba-tiba rasa rindu pulak kat arwah ayah saya.Sebab tu saya termain piano awak tu.Dulu dia pernah ajar saya main lagu yang saya mainkan tadi tu.Again,saya minta maaf.Satu lagi sebab saya sedih dicurangi dan dikhianati dengan orang yang saya sayang tu.Maksud saya ex-boyfriend saya."

luah Nur Izara Rose sambil menunduk ke arah lantai.

"Oooo...sorry,aku tak tahu pun ayah kau dah lama meninggal...Takziah.Hey,kau tak jawab lagi soalan aku.So,nama kau apa?Aku Khair.Tengku Khair Mateen.Kau?"

Tengku Khair mateen merenung wajah cantik bersih milik Izara Rose.

Tiba-tiba hatinya berdegup kencang apabila melihat wajah cantik Izara itu.Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke arah lain supaya Izara tidak perasan yang dia merenung muka Izara Rose itu.

"Ouhh....Sorry.Nama saya Izara.Nur Izara Rose.Awak boleh panggil saye Izara atau Zara je."

Kata Izara Rose sambil tersenyum kecil.Tengku Khair Mateen memandang ke arahnya seketika sebelum dia mengalihkan semula wajahnya ke arah lain.

'Damn...she's so pretty.'

getus hati Tengku Khair Mateen.

"Ouhh...Nur Izara Rose.Cantik...macam tuannya."

Kata Tengku Khair Mateen.Di hujung ayatnya itu sengaja diperlahankan supaya Izara tidak mendengar kata-katanya itu.

"Hmmm....so,aku panggil kau My Rose boleh?"

Terdiam seketika Izara Rose apabila ditanyakan oleh Tengku Khair Mateen soal nama panggilannya itu.

"Errr...suka hati awak la Encik Khair.Dah la saya nak pergi dulu.Saya minta maaf sebab menceroboh studio awak ni tanpa sengaja."

ucap Izara Rose lalu ingin keluar dari studio itu.

Belum sempat dia ingin keluar dari studio itu,Tengku Khair Mateen sempat menarik hujung lengan bajunya dan membuatkan langkahnya terhenti.Dia memandang Tengku Khair Mateen dengan hairan.

"Izara,aku tahu benda yang aku nak cakap ni akan buatkan kau terkejut,tapi percayalah...aku rasa aku dah terjatuh cinta dekat kau la.Izara,jom kahwin dengan aku.Aku akan jaga kau daripada manusia-manusia yang ingin menyakiti perasaan kau.Aku tahu ni memang tiba-tiba tapi percaya la, tiba-tiba terdetik hati aku ni nak melindungi kau,sayang kau.Aku janji aku akan buat kau bahagia dengan aku,okey My Rose?"

luah Tengku Khair Mateen.

Terkaku Izara Rose dibuatnya apabila Tengku Khair Mateen bertanyakan soal kahwin bersamanya itu.Sungguh dia terkejut dengan soalan yang tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Tengku Khair Mateen.

HIS PROMISETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang