EPILOG 1

1.3K 114 15
                                        

Dhuha meregang tangan ke atas. Setelah itu, telefon yang sejak tadi berlagu dengan Fade dicapai dan dia terus menapak keluar. Ruang tamu ketika ini hanya ada Sophie yang sibuk mengunyah kerepek kentang sambil layan drama.

"Layla mana?" Dhuha duduk di kaki sofa. Sempat tangannya dipanjangkan mencekau segenggam penuh kerepek kentang Sophie.

"Lepas makan tadi dia terus masuk tidur." Tak bernada Sophie menjawab. 

Ting!

Kening Dhuha terjongket sebaik dentingan notifikasi Instagram tiba-tiba naik ke permukaan layar telefonnya.

lyt.qb mentioned you in their story.

Uh?

Telunjuk Dhuha ringan membuka aplikasi dengan icon kamera itu.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Panas! Telefon pantas dijauhkan sebelum tangannya naik meraup wajah. Dah banyak amalan ke abang si Layla ni?!

"Kau kenapa?" Sophie mendongak dengan kening dikerut.

Dhuha menggeleng. Telefon yang sempat tercampak ke sisinya tadi kembali dicapai. Laju dia membuka fitur direct message pada username Nathan.

dhyat
LAYT INTIQAB
KAU DAH KENAPA?

lyt.qb
Dare or drink
kerja Waqqas 😭🙏

Astaghfirullahalazim. Dhuha pejam mata. Antara rasa nak menyumpah Nathan sebab buang tabiat atau menyumpah Waqqas yang putus saraf otak bagi dare tak beradab, dia tak tahu nak mula dari mana dulu.

Nak kena ruqyah agaknya budak berdua ni!

dhyat
Kau cakap kau akan behave??

lyt.qb
Tengah behavelah ni
Kalau tak, memang dah sampai ke bulan 🙂

dhyat
Insaf Layt Intiqab
mak kau tahu nanti dia tak mengaku anak 😭

lyt.qb
Janganlah bagi tahu dia
Setengah jam aje nanti aku delete balik

Dhuha menghela nafas sambil tangan yang bebas dari memegang telefon naik mengurut pangkal hidung. 

"Nathan kena sampuk apa tiba-tiba upload gambar mengundang macam ni?" Sophie yang sejak tadi senyap, tiba-tiba menunjukkan telefonnya dengan gambar yang dimuat naik oleh Nathan terpampang.

Gambar yang sekadar menunjukkan bayang-bayang tapi sesiapa pun tahu kalau pemilik bayang-bayang itu tengah tayang badan tanpa baju.

"Entah." Dhuha menatap Sophie dengan riak yang cuba dinormalkan. Nasib baik nama akaun Instagram Dhuha tak nampak jelas dalam gambar Nathan itu. Mahu timbul andaian liar tak terkendali.

Minta dijauhkan. 

"Oh, aku baru ingat dia orang tengah lepak dengan Ben." Sophie mencebik. Potongan video pendek dan gambar yang menunjukkan aktiviti majlis bujang Ben kelihatan selepas jarinya melihat Instagram Story dari akaun kawan-kawannya yang lain.

"Ni mesti tengah main Drink or Dare." Sophie menunjuk pula gambar Waqqas yang tengah bertinggung di depan mangkuk tandas. Tengah muntah agaknya.

"Kau tahu ke?" Dhuha tayang riak ngeri melihat gambar-gambar seterusnya. 

Satu kata; gila.

"Ini favourite game Ben. Antara dua aje, kalau tak nak mabuk then terimalah kena buat benda pelik-pelik yang mengaibkan." Ringkas penjelasan Sophie.

"Tapi memang orang-orang tertentu ajelah yang tahu." Macam pengikut-pengikut akaun kedua Instagram masing-masing yang tak sampai 100 orang jumlahnya ini. Termasuk Dhuha dan Sophie.

Dhuha kembali menatap telefonnya. Gelembung pesan daripada Nathan masih bertanda dengan seen tanpa dibalas.

dhyat
Narsis

Entah kenapa perkataan sepatah itu yang ditaip. Mungkin kesan dari kepala Dhuha yang huru-hara isinya kontra dengan jantung yang berdebar laju. 

'Atau mungkin kau yang masih blushing sebab gambar tadi.'

lyt.qb
Aku ada banyak lagi
Bukan untuk tatapan publik, kalau kau nak aku boleh bagi personal.
Nak tak? 😏

dhyat
Diam Waqqas

lyt.qb
HAHAHA
Nathan tengah bergelut selamatkan diri
Ben dapat dare untuk kiss pipi dia

dhyat
nice info 👍

Hanya itu reaksi yang Dhuha mampu bagi. Cukup. Semakin lama dia melayan Waqqas, kewarasan akal dia akan tercabar. Bukan Waqqas aje, semua sekali termasuk Nathan. Jadi baiklah Dhuha berhenti dulu sebelum dia betul-betul gila.

"Nathan tak pernah mabuk, jangan risau." Sophie bersuara tiba-tiba. Senyumannya senget melirik Dhuha yang baru meletak telefon ke samping.

"Aku tak peduli." Dhuha menghembus nafas sebelum merehatkan tubuhnya ke belakang.

"Ya sangatlah tak peduli. Nathan mention kau ke dekat gambar tadi tu? Muka kau terkejut sangat." Kali ini suara Sophie tergelak memenuhi ruang. Ingat dia tak perasan ke dengan reaksi dramatik Dhuha tadi? Nasib tak sempat rakam aje lepas tu bagi Nathan tengok.

"Terkejutlah gila! Buka IG tiba-tiba dapat pemandangan macam tu." Sophie yang masih tergelak kecil dijeling. Abang Daffa yang rutin pergi gim itu pun tak pernah tunjuk gambar badan dia saja-saja.

"Sebab nilah kenapa Waqqas dengan yang lain tu suka sangat usik kau dengan Nathan." Sophie menyambung lagi.

Suka sangat sampai nama group pun sesat jadi Biiznillah. Alasan utama? Selain sebab nama Dhuha Inayat dan Layt Intiqab yang dilabel sangat islamik berbanding penghuni group yang lain, Dhuha dan Nathan antara yang paling tinggi self-control kalau menyangkut benda merepek macam permainan Dare or Drink itu.

Masing-masing dah macam gaya berlumba aje nak menyesatkan Dhuha yang agak polos dan Nathan yang 'kaku hidupnya'. Sophie pun tak faham macam mana geng Biiznillah ini masih bertahan dengan perangai anggotanya yang minta diazankan satu persatu.

"Kau pernah main sekali ke game ni?" Dhuha memusingkan tubuh menatap Sophie.

"Tak. Budak-budak lelaki je yang main. Bingai dia orang pun, dia orang tak nak ambil risiko kalau dah berkaitan dengan perempuan." Sophie jongket bahu. Sekurang-kurangnya untuk gadis-gadis dalam geng Biiznillah. Kalau di luar, Sophie sendiri tak pasti.

"Tapi dare dia orang tetap tak boleh pakai. Kau tahu tak Haziq pernah cerita, Nathan dapat dare untuk kiss aku?"

Anak mata Dhuha bulat. Jantungnya rasa nak gugur.

"Tak payahlah panik, Nathan tak buat pun. Dia tulis nama aku atas kertas lepas tu dia kiss kertas tu je." Sophie tergelak. Muka Dhuha yang pucat itu terasa menghibur. Iya sangatlah tak peduli.

"Gila." Pendek Dhuha menyumpah.

"Memang, sebab tu Ben suka game ni nak lagi kalau ada Nathan, Waqqas dan yang lain. Ben tahu dia orang tak akan minum dan akan pilih dare, jadi Ben akan bagi dare tak beragak. Budak-budak tu pandai mengelat, itu yang jadi hiburan untuk Ben."

Kepala diangguk walaupun penjelasan Sophie itu tetap tak berjaya buat hati Dhuha tenang. Apalagi selepas tahu dare yang pernah Nathan dapat.

Muat naik gambar di Instagram Story tadi rupanya tak ada apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Nathan yang pernah dicabar untuk mengucup Sophie.

Ah, rasa ini.

Dhuha berdeham. Entah kenapa dadanya sesak.



versi final draft, cerita ni genre romcom sebenarnya 🥰

Aksara Tentang RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang