.....

146 17 0
                                    

Kai menguis kakinya ke tanah. Berdebu habis kakinya. Dah lama dia bertapa di situ. Menyorok dari 3 dara sunti yang da gaya zombie asik menyeringai jek. Naik rimas dia. Ara pula sedang giat bantu opah tukar langsir. Sharul pula selepas subuh tadi dah tak nampak bayang. Sangat mustahil kalau dia mencari buluh lemang, bukan kerjaan Abang Sha uolss..

"Kaiii... Kaiiii. Mana Kai ni... Susah laa tinggi sangat tingkap ni" Ara mengeluh. Nak diharap 3 bebudak perempuan tu pun memang tak laa, semuanya generasi bantot. Yang mereka tahu dari tadi mereka menjeling atas bawah menengok si Ara. Tolongnye tidak.

"Apa yang kamu belekkan ha?" Jerkah opah kepada Shana, Shira dan Shura cucu-cucunya itu.

"Mane ada ape opah.. Tengok je tak kan tak boleh kot? Opah pun nak jadi Along eh tak suka kami balik ye?" Jelas Shana panjang lebar.

"Apa kau merepek Shana.. opah ni tanye ape yg kau belek si Ara tu? Ape kau nampak dia tumbuh kepak ke?"

"ISH ape opah ni!" Cebik Shura.

"Dia tu kawan abang korang. Dia tu ha adik si Kai tu EXO. Retis kpop yang juget lagu eureureong eureureong eureureong dae! Haa kome ape tau.. tak kpop macam aku"..

"Huh! Adik?" Mereka tiga beradik sudah saling berpandangan.

Shana terus merampas kain langsir yang dipegang Ara. Shira dan Shura mendudukkan Ara di sofa dan mereka pula mengambil alih tugas Ara. Ara terkesima, Opah mengenyet matanya sedikit kepada Ara. Ara yang masih ragu terkebil-terkebil dilayan bagai princess.

"Hahaha copek laa kerja aku cenginiii. Huntung juga aku kahKah. Mangkok punye cucu! Lantak korang la... Janji ketupat lemang rendang rumah aku beraya". Opah Na sudah nak putus urat kentut mengetawakan cucu2nya dek termakan penipuannya.

Opah terus berlalu keluar menyapu daun-daun kering yang berselerak di bawa angin. Suasana dalam rumah dibiarkan cucu-cucu perempuannya mengambil alih. Harap-harap menjadi la. Opah berhenti menarik nafas seketika, duduk di pangkin bila melihat kereta Myvi merah jambu Sharul meluncur masuk ke halaman.

"Ko kemane Caoi?"

"G butik tadi, amik butang baju. Habis pulak stok kat rumah ni. Nak letak kat baju Ara je lagi Opah" Sharul duduk bersama opahnya di pangkin bawah pokok.

"ArgHHHHh Sharul Hep me jeballll... jeballlllllll"

"SHUH SHUH SHUH!" Jerit Opah dan Sharul menghalau angsa-angsa masuk ke reban. Opah dengan penyapu masih ditangan bersilat menyelamatkan Kai.

"Ko duduk diam-diam boleh tak Kai? TIba-tiba hari ni kau muncul pulak dengan angsa! Grrr menyusahkan betul. Ko skodeng mak angsa tu bertelor plak je?" Marah Sharul.

Kai yang masih mencungap hanya duduk di pankin. Dia tidak langsung melawan sepatah pun amarah Sharul pasai sah-sah dia tak paham bahasa melayu.

"Kaiiiiiiiiii Kaiiiiii Kaiiiii" Shana, Shira dan Shura sudah berlari keluar bila terdengar suara Kai menjerit-jerit di kejar angsa tadi.

.....

si biasa and Kasanova RAYAWhere stories live. Discover now