1 Syawal '..dah Raya'.
"Berkumandang takbir raya mendayu-dayu, hati sedih siapa yang tahu Sobsob" Opah mengesat air matanya dihujung baju kebaya. Kebaya nyonya lagi hokay, Duduk dia di tepi tingkap bilik. Entah apa yang mensayukan sangat hatinya.
"Hoi anak-anak dara sekalian mohon ye siapkan hidangkan semua atas meja. Aku balik dr masjid kang korang da sudah susun segala2 atas meja. Korang tak siapkan jugak, Aku hentak sekor2 tanpa segan. Paham!" Arahan Sharul betoi2 menegakkan bulu roma adik-adik perempuannya. Masing-masing sudah bertempiaran dan sedia menjalankan tugas.
.....
"Kaiiii... Kaiiiiiiiiii. Tunggu.... Ish! Kaiii.."
Kai berlari.. Lari kerana merajuk. Ntah mana hala dia lari. Merajuk sangat dia bila dipakaikan jubah putih dan digelakkan kuat Sharul. Dia bukan marah jubah tu. Dia marah bila Sharul tak berhenti gelakkannya. Sakit sangat hati dia.
"Kaiii...." Ara masih berlari mengejar Kai, dengan langkah perlahan sebab kain kurungnya, silap langkah dia pula yang tersadung. Sudahlah dia masih kekok mengenakan baju kurung buat kali pertamanya.
"Kai berhenti. Dia menangis semahunya.
"Dah laa tu.. duduk sini. Mianhae.. Sharul tu..."
"Tak habis-habis Sharul. Aku nak balik la Ara!"
"Ye nanti kita balik.. Sini.." Ara menarik Kai duduk beralaskan batu berhampiran mereka. Di lipatnya lengan jubah putih Kai hingga ke paras siku. Di mata Ara, Kai segak je mengenakan apa sekalipun cuma cara digelakkan tu mungkin menguris hati Kai. Tak pernah Ara tengok Kai menangis depan2 macam ni. Kalau atas stage tu tak tahu la pulak dia. Tapi beza air mata kejayaan dengan air mata kena gelak. Rasanya Kai betul-betul kecik hati dengan Sharul.
Ara hanya diam. Dia tidak bereaksi apa. Hanya melihat mata Kai cerlung memandang rumah dihadapan mereka. Ya rumah usang. Ara sendiri baru perasan mereka berhenti di sebuah rumah rupanya.
"Eh jom Ara.."
"Ke mana?"
Kai menarik Ara ke rumah tadi. Matanya tadi melihat seorang ahjumma memangil-manggil melambai-lambai dia. Maka di tariknya Ara sama. Kot-kot dia boleh merasa suasana raya dirumah ahjumma ni pula.
Kai dan Ara menaiki tangga yang agak usang dan rapuh. Ara sedikit takot namun tangan Kai masih tak lepas dari memegang Ara. Perlahan mereka naik meniti anak tangga kayu yang pada Ara macam rumah ni dah tak berpenghuni.
"Masuklah.. Kamu buat apa duduk luar je. Tapi rumah Obasan [Makcik]
ni kotor lagi. Sempat kemas sikit je.." Jelas suara wanita lingkungan usia ibu bapa mereka dengan loghat Jepun yang Ara sangat faham. Kai juga terikut faham, almaklumlah semenjak jatuh chenta sama Ara yang mix Japan tu. Kai juga boleh bertutur Jepun sedikit."Boleh kami tolong kemaskan? Kami pun tak buat apa ni". Kai yang tadi bederai dengan air mata sudah senyum keparas telinga. Beria dia menawarkan diri untuk membantu. Ara juga dilibatkan sama.
Dari debu yang tebal Kai dan Ara menyiapkan rumah bak istana. Aip melampau sangat. Tapi kemas terlajak okei! Hasil tangan dua keringat dari negara import gitu. Perabut-perabut yang tadi nampak lusuh dan lama tersusun cantik. Sesuai dengan suasana sambut raya yang mereka lihat di rumah Sharul.
Ara yang masih berkurung berwarna peach sudah menyangul rambutnya, menyenteng lengan baju dan kain. Kai masih berjubah putih labuh tadi sudah terikat diparas pinggang dan menampakkan jeansnya. Bertungkus lumus sungguh mereka.
"Kai.. Ara! Nasib baik aku nampak. Korang berdua buat apa kat rumah kosong ni?".
"Hurmmm tolong ahjumma mengemas je.." Ara menjawab sepatah.
"Ahjumma mana? Korang merepek apa ni?" Sharul mengerutkan dahi. Setahu Sharul rumah ni dah lama tak berpenghuni. Tuan rumah ni dah lama meninggal.
"Dah jom balik. Mummy dengan Daddy aku pun dah balik tau." Sharul tiba-tiba menukar topik malas dia berteka teki pasal rumah ni di dalam hati. Baik dia cepat-cepat ajak budak berdua ni bla dari berlama-lama di rumah scary ni pikirnya.
"Kau je balik. Ara ikot aku..."
"Alaa Kai kau ni sensetif la.. ok Mian. Mianhae. Aku gurau je. Aku tak sempat nak buatkan kau baju melayu. Aku buatkan kau jubah sebab senang, cepat. Kau pun last minit mintak nak baju. Mana la sempat kalau aku jahitkan kau baju Melayu ni. Leceh, Remeh.."
Kai membatukan diri. Dia tidak menjawab lagi. Sangat tak releven alasan Sharul padanya. Sudahlah Sharul bersedondon dengan Ara. Warna peach. Tapi dirinya pula sebaliknya digelakkan pula oleh Sharul. Mendengarkan Sharul gelak, satu rumah sudah terbahak mentertawakan Kai. Opah dan adik-adik Sharul juga turut serta. Geram sungguh hatinya. Lengan dan labuh baju memang meleret. Dah macam hantu cina. Sangka Kai tu trend tradisional di sini tapi sebaliknya..
"Kenapa ni bising-bising? Duduk dulu boleh Obasan buatkan..."
"HANTUUUUUUU!!!! jerit Sharul dan rebah."
YOU ARE READING
si biasa and Kasanova RAYA
RandomOne Shoot sangat pendek ni saja ringan-ringan untuk dibaca di Raya ke-12 ni. Siapa yang pernah baca si biasa and KASANOVA mesti ingat watak Sharul pelajar pertukaran dari Korea? Ara dan Kai juga turut sama beraya. Terima Kaseh semua ^^.