Ameer Shafwan menarik selimut hingga menutupi tubuhnya itu. Sejuk punya pasal! Baru saja dia nak menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi, dia dikejutkan dengan bunyi benda terjatuh dari katil. Dah macam bunyi nangka busuk jatuh di atas tanah!
Cepat-cepat Ameer Shafwan bangun dari pembaringannya dan melihat ruang di sebelahnya...Kosong!
Ameer Shafwan mengeluh halus lantas mengengsot turun dari katilnya. Dia garu kepala yang tak gatal sambil melihat susuk tubuh yang sedang lena di atas lantai itu. Dengan kaki kiri masih di atas katil, baju tidur yang sedikit tersingkap dan tangan menelentang seolah-olah memberitahu 'Dunia-ini-aku-yang-punya!'....
Dia mengeluh lagi...
'Macam manalah aku boleh kahwin dengan budak ni?!' Rungutnya di dalam hati. Dia duduk mencangkung sambil mengerak-gerakkan tubuh isterinya itu. Umairah!
"Maira..." Panggilnya sambil menepuk-nepuk pipi montel isterinya itu.
Tetapi Umairah masih lagi tak sedar dari tidurnya yang lena itu. Ameer Shafwan mengeluh lagi dan lagi...
"Liat sangat nak bangun...Kalau aku buat apa-apa kat dia ni, bukannya dia sedar pun." Katanya sambil tersenyum nakal.
Ameer Shafwan berdiri lantas mengambil sesuatu di atas meja solek. Dia mencangkung semula dan meneruskan misi jahatnya dengan ketawa yang ditahan habis! Selesai saja menjalankan misinya. Dia mencempung tubuh budak tu ke atas katil dan menyelimutkannya. Sesudah itu berbaring semula dan tidur dengan hati yang gembira!
*.........................................*
YOU ARE READING
Cinta Kita OVERDOES !!!
RandomCinta bukanlah sepenuhnya antara suka dengan suka .. mungkin dengan magnet suka dan duka membuatkan kita menjadi bahagia.. Kerana cinta itu bukan dusta !!