Assalamualaikum

82 4 0
                                    


Umairah melambaikan-lambaikan tangannya pada Ameer Shafwan yang semakin hilang dari pandangannya. Buku ditangan dibetulkan dan berpaling dari situ. Saat dia melangkah, seseorang memukul lengannya dari arah belakang.

"Assalamualaikum..." Ucap Qalisya di situ sambil tersenyum manis.

Umairah tersengih lalu membalasnya dengan senyuman tak lekang dari bibirnya. Mereka berjalan beriringan ke bilik kuliah yang tidak beberapa jauh dari situ.

"Aku tengok kau ni makin hari, makin happy aje. Kenapa?." Sakat Qalisya sambil melihat Umairah.
Tersengih-sengih macam kerang busuk!

Umairah merenung sahabatnya itu. "Tak boleh ke?." Balas Umairah dengan senyuman meleret.

Qalisya tayang muka tak puas hati. "Ini mesti pasal Abang Ameer kau tu kan...Hish, ini yang aku jealous ni! Aku pun nak suruh umi aku carikan jodohlah...Biar aje aku bercinta lepas nikah macam kau ni...Bahagia gitu!" Ujar Qalisya dengan mimik muka yang serius tapi melucukan.

Umairah ketawa di situ sambil memukul lengan Qalisya. Nakal!

*.........................................*

Umairah melangkah turun ke ruang tamu. Jam di dinding diperhatikan. Dah masuk pukul 10:00 malam. Tapi, matanya masih belum mahu terlelap!

Ameer Shafwan pulak berada di luar negeri atas urusan kerja. Bosannya....Siaran di kaca tv tidak dipedulikan, dia berbaring di sofa sambil memeluk bantal kecil. Satu keluhan kecil dilepaskan...
Selalunya kalau time macam ni...Kalau dia tidak boleh terlelap. Dia akan menempel dengan Ameer Shafwan di bilik kerja suaminya itu. Ameer Shafwan dengan kerjanya, dia dengan majalah ataupun novel. Kadang-kadang dia akan tertidur disitu dan hanya tersedar keesokkan paginya. Itupun dia sudah berada di atas katil. Dan juga, sesekali minum milo di tengah-tengah malam sambil menonton movie bersama-sama dengan suaminya itu...

Rindunya dengan dia! Bisik hati kecil Umairah.

'Ameer Shafwan'...

Nama itu disebut lembut sambil tersenyum. Memang betul yang perasaan sayang pada suaminya itu sudah mula terbit dihatinya seiring dengan waktu dan detik yang mereka laluinya bersama. Cuma ia belum terungkap. Alasannya hanya satu...Malu!

*.........................................*

Cinta Kita OVERDOES !!!Where stories live. Discover now