Iman Sufian !!

102 4 0
                                    

Ameer Shafwan hanya terkebil-kebil di situ.

"Abang...Maira sayangkan Abang! Sayang sangat-sangat! Bukan setakat sayang. Maira dah jatuh cinta dengan abang. Serius! Maira..."

Chup!

Umairah terkedu...Apa yang dia ingat, senyuman nakal Ameer Shafwan dan kucupan kedua di ubun-ubunnya.

Ya Allah, terima kasih dengan kesempatan yang Engkau berikan ini...

*.........................................*

Ameer Shafwan duduk di halaman rumah sambil membaca surat khabar. Sesekali Nescafe di atas meja diambil dan dihirupnya. Pembacaannya terganggu apabila terdengar tangisan dari arah hadapan. Berlari ke arahnya dengan patung yang tak serupa patung. Kepala patung tu entah kemana...

Dia tersenyum kecil, ini mesti kerja si hero dalam keluarganya ini...

"Papa..." Rengek si kecil yang berusia 6 tahun itu. Imanina Inas!

Surat khabar dilipat dan diletakkan di atas meja. Anak gadisnya itu dibawa ke pangkuan.

"Abang...rosakkan...patung Inas. Abang jahat..." Esak si kecil lagi. Kali ini lehernya dipeluk erat oleh anak gadisnya itu.

"Hush...Jangan nangis! Tak comellah kalau nangis macam ni." Pujuk Ameer Shafwan sambil mengusap kepala anaknya itu.

Mata Ameer Shafwan tertumpu pada kelibat budak lelaki yang sedang menuju ke arahnya. Anak lelakinya yang baru berusia 7 tahun. Berjalan selamba sambil memegang kepala anak patung Inas. Iman Sufian!

Cinta Kita OVERDOES !!!Where stories live. Discover now