Aiskrim ??

94 5 0
                                    

Ameer Shafwan melangkah masuk ke dalam rumah selepas saja memberikan salam. Dengan tangan kanan membawa briefcase manakala tangan kiri membawa beg plastic yang berisi aiscream.
Tiba-tiba...

"Yeah, abang dah sampai! Mana aiscream Maira?." Riang Umairah sambil berlari anak mendapatkan Ameer Shafwan di ruang tamu.

Terus saja Ameer Shafwan memasamkan muka. Merenung Umairah dengan pandangan tajam...

"Aik, salam mana? Abang baru aje sampai dah cari aiscream...Bukan abang ke yang Maira kena cari dulu? Ini yang abang nak jadi Hulk kat sini ni..." Sindir Ameer Shafwan.

Umairah menggaru-garu kepala yang tak gatal. Siap tersengih-sengih. Tahu yang dirinya bersalah...Pantas saja briefcase ditangan Ameer Shafwan diambil dan diletakkan di atas sofa.

"Waalaikummussalam abang. Maaf ye." Ucap Umairah sambil mencium tangan suaminya itu.

"Hmm, tau takpe! Nah, abang dah belikan aiscream yang Maira nak tu. Abang beli sampai lima batang aiscream ni. Maira tu bukan boleh percaya. Abang tahu...Satu batang aiscream tu belum tentu cukup buat Maira. Biasalah, Maira ni kan jenis yang perut getah!." Ejek Ameer Shafwan sambil tersenyum sinis.

Umairah menyambut beg plastic yang berisi aiscream itu sambil tersenyum-senyum manis bak gula! Ejekan Ameer Shafwan tidak dipedulikan. Yang penting, aiscream!

"Ejeklah, Maira tak kisah!." Balas Umairah. Isi beg plastic itu dibelek-belek. Kemudian, tersenyum lega. Berpuas hati!

"Kenapa tiba-tiba Maira teringin nak makan aiscream ni? Mengidam ke?." Usik Ameer Shafwan sambil duduk di sofa. Tali leher dibuka dan baju kemeja dilipat hingga ke paras siku.

Muka Umairah merona merah. Pantas saja lengan Ameer Shafwan dicubit kuat...Ameer Shafwan hanya ketawa di situ. Mana mungkin isterinya itu mengidam, isterinya itu belum disentuhnya lagi!

"Hah, siapa mengidam?!." Tanya Puan Alisya yang tiba-tiba muncul dari tingkat atas.

Umairah mengurut dada, terkejut...Manakala Ameer Shafwan hanya tayang gigi. Tersengih habis!

"Ni haa...Maira teringin nak makan aiscream. Ingatkan mengidam tadi..." Usik Ameer Shafwan lagi sambil menjeling muka Umairah yang sudah memerah itu.

Umairah ketap bibir...

"Maira mengidam ke? Ya Allah, syukur ke hadrat Ilahi. Dah check ke ni?." Girang suara Puan Alisya sambil mendekati Umairah yang sedang berdiri di sebelah Ameer Shafwan. Tangan menantunya itu dipegang erat sambil tersenyum.

"Tak...Tak ibu. Maira tak mengidam. Maira memang macam ni kalau nak datang bulan. Mesti ada sesuatu yang Maira teringin nak makan." Geleng Umairah sambil tersenyum kelat.

Cinta Kita OVERDOES !!!Where stories live. Discover now